Jannah dan Najah dah 3 tahun!

Alhamdulillah...

Pada 14 Disember 2013 genap umur si kembar buah hati ibu - 3 tahun.

SubhanaAllah... cepat betul masa berlalu. Terasa baru semalam melahirkan mereka.

Kini, mereka semakin petah bercakap. Lihat sahaja video di bawah yang sempat saya ambil semasa mereka sedang bermain. Waktu ni, mereka tak perasan yang saya sedang mengambil video mereka. Kalau mereka tau, dah tentu mereka tak jadi bermain dan sibuk merebut hp saya pula :)



InsyaAllah, tahun hadapan (2013) saya akan menghantar mereka ke kelas asas mengaji Al-Baghdadi cawangan Bandar Tun Razak. Ada sesiapa yang pernah dengar tentang teknik Baghdadi?

Oh ye, Sarah dan sepupunya Haadif dan Rifqi telah menyertai kelas Baghdadi pada awal Disember 2012 dan mereka nampak seronok pergi ke kelas :)

Ok saya terangkan sikit ye tentang teknik Baghdadi:
( Kredit untuk laman web http://www.dasyworld.com/mengaji-teknik-al-baghdadi )


Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.
Set Alat Ketuk
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Buku TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.
Buku TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
 sebelum terlupa untuk mengetahui cara ini dengan lebih dekat tontonilah Tv ALHIJRAH (114) setiap SABTU jam 8.30am..
Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN!

Untuk sesiapa yang berminat, sila hubungi ATC Bandar Tun Razak, Ustaz Syed Mohd Hasnul - 016-337 3267. 

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah ke ...?

Alhamdulillah...

Hari ini berkesempatan mengemaskini blog yang telah lama terbiar... uhuk uhuk...

Mungkin kerana hari ini adalah hari yang istimewa buat anakanda Nur Aisyah Syazana...

Ye... hari ni genap hari ulangtahun ke-8 tahun buat anakanda Nur Aisyah Syazana... selamat hari lahir anakku... semoga cita-citamu untuk menjadi tentera (pulak?) akan tercapai...

Dahulu Aisyah bercita-cita ingin menjadi seorang doktor tapi setelah menjadi peminat setia novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib, kini cita-citanya berubah untuk menjadi tentera Islam yang berjuang untuk menang atau syahid...

SubhanaAllah...

Antara novel yang menjadi kegemaran Aisyah ialah Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah dan Salahuddin Al-Ayyubi.

Oh ye, Aisyah selalu mencuri baca novel di dalam kelas maka kakak-kakak di tahfiz selalu menegur dan merampas novel tersebut. Aduh, dia betul-betul menghayati novel-novel tersebut!

Kemaskini cerita di madrasah pula.

Lebih kurang sebulan yang lalu Aisyah telah pon menghafaz surah ke enamnya iaitu surah al-Mulk, kemudian kini menyambung dengan hafazan surah-surah di dalam Juz Amma. Alhamdulillah Aisyah telah menghafaz surah an Naba dan an Naziat dan kini sedang giat menghafaz surah Abasa.

Ibu juga yang masih terkial-kial menghafaz surah Abasa. huhuhu....

Ya Allah permudahkanlah semua orang-orang mukmin yang sedang menghafaz al-Quran serta permudahkanlah pekerjaan guru-guru mereka yang mengajar. 

Allahumma amin!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Sarah cemerlang di Tadika MAIWP!

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah...

Tahun 2012, Sarah mula bersekolah. Sekolah pertama Sarah ialah Tadika MAIWP yang bertempat di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak. Sekolah yang sama dengan Aisyah dahulu.

Bayaran pendaftaran hanyalah rm200++ dan bayaran bulanan rm20. Kelas lengkap berhawa dingin serta makanan yang enak setiap hari. Antara menu yang saya dapat ingati : mee/meehun sup, nasi lemak, nasi himpit, coco crunch, mee/mihun goreng dan macam-macam lagi.

Guru-gurunya pula berpengalaman dan berdedikasi. Terima kasih dan saya doakan semua guru-guru ini dipermudahkan mendidik dan dipermudahkan segala urusan.

Sarah sewaktu sesi ibubapa berjumpa guru.

Antara perbezaan yang besar dalam didikan saya untuk Aisyah dan Sarah ialah, saya tidak mengajar apa-apa langsung kepada Aisyah semasa umurnya 4 tahun. Manakala untuk Sarah pula, saya sempat mengajar Sarah mengenal huruf hijaiyah melalui flash card dan buku. Saya mula mengajar Sarah selepas mengikuti kursus mengajar al-Quran kepada bayi dan kanak-kanak anjuran Pn Lina Karim pada bulan Julai 2011.

Jadi, dalam masa beberapa bulan sebelum Sarah mula belajar di tadika, dia sudah mengenal huruf hijaiyah dan huruf hijaiyah yang bersambung (Iqrak 2). Saya juga sentiasa mengulangkaji pelajaran Iqrak dan lain-lain bersama Sarah supaya lebih mudah apabila dia ingin membacanya di hadapan cikgu di sekolah.

Setelah hampir setahun bersekolah pada usia 5 tahun, Sarah sudah berada di peringkat Iqrak 4 dan menghafaz beberapa surah lazim.

Kini tiada lagi sistem peperiksaan di tadika MAIWP. Penilaian dibuat oleh guru kelas berdasarkan sikap, kedatangan, ujian membaca dan lain-lain. Setiap guru kelas akan memilih 3 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki untuk 3 kategori anugerah :

1. Anugerah Iqrak Terbaik
2. Anugerah Kurikulum Terbaik
3. Pelajar Harapan

Paling mengejutkan saya, Sarah berjaya mendapat Anugerah Kurikulum Terbaik di dalam kelasnya. Saya memang terkejut kerana Aisyah dahulu semasa di tadika tidak pernah mendapat apa-apa anugerah. Pencapaian terbaik Aisyah ialah mendapat no 6 semasa berusia 6 tahun.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Sarah mendapat anugerah tersebut hanya dengan sedikit pelajaran mengenal huruf hijaiyah yang sempat saya ajarkan sebelum dia masuk sekolah. Perbezaan yang sedikit tetapi memberi impak yang besar!

Benarlah kata orang bahawa pendidik yang pertama untuk anak-anak adalah ibunya sendiri. Carilah sedikit waktu untuk mengajar anak-anak di rumah walaupon hanya setengah jam sehari. Percayalah! ianya akan menghasilkan impak yang besar kepada anak-anak kecil ini.

Anugerah Kurikulum Terbaik 2012 (5 tahun) untuk Sarah

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Kelima - Ad-Dukhan

Alhamdulillah... 15 Oktober 2012 Aisyah telah lulus hafazan surah ad-Dukhan. Kini sedang menghafaz surah al-Mulk.

Ibu Aisyah juga berjaya menamatkan surah an-Naziat. (hehe surah pendek je).

Semoga kami terus istiqamah.

Aisyah juga mengikuti kelas renang setiap sabtu dan ahad di Kompleks Renang Bandar Tun Razak. Bayaran amat berpatutan iaitu rm80 sebulan untuk 8 kali kelas selama satu jam. Semoga lemak-lemak terutamanya di bahagian perutnya cepat terbakar. Huhu.

Badan Aisyah yang dah elok kurus sejak lepas puasa sekarang ni membesar bagai johan. Bila raya je dia makan tak ingat. Dah montel balik. Hmm... sabar jelah.

Sarah pula sedang belajar di iqrak 4. Alhamdulillah.

Twin Jannah dan Najah pula dah kenal huruf tapi tak berganjak-ganjak sebab ibu dia malas atau takde idea nak suruh diorang duduk diam-diam mengaji. Huhuhu...

Tengok kakak berenang :)
InsyaAllah tahun hadapan akan mendaftar twin di tadika PASTI Ar-Raudhah, Taman Midah. Semoga mereka mendapat ilmu yang bermanafaat di sana. Amin.

Aisyah sebelum kelas renang bermula.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Keempat - As-Sajdah

Alhamdulillah...

Aisyah berjaya dan lulus ujian menghafaz surah As-Sajdah pada 29 September 2012 yang lalu. Kini sedang menghafaz surah Ad-Dukhan.

Nak cerita sikit kisah sebelum Aisyah lulus hafazan surah As-Sajdah :)

Pagi 28 Sept 2012, saya mengambil MC kerana tekak kurang sihat. Tetapi masih boleh menghantar anak-anak ke sekolah :)

Aisyah sedang menghafaz 5 ayat terakhir daripada surah As-Sajdah. Dia minta izin untuk lewat ke Baitul Ilmi kerana masih belum dapat menghafaz ayat tersebut.

Saya izinkan dan bagi dia masa memandangkan saya tidak bekerja pada hari tersebut.

Pukul 9.30 pagi, saya bertanya samada dia sudah bersedia untuk ke madrasah. Tiba-tiba dia menangis.

Katanya ayat tersebut sangat susah dan dia takut untuk ke madrasah. Bimbang dimarahi ustazahnya.

Alahai... kesian.

Saya berfikir apa yang boleh saya buat untuk memujuknya.

Akhirnya, saya memanggil aisyah duduk si sebelah saya dan membantunya menghafaz 5 ayat tersebut.

Alhamdulillah, hampir setengah jam berlalu dan aisyah berjaya menghafaz kesemuanya.

Saya pon menghantar dia ke madarasah dengan senang hati :)

Sebelum masuk ke dalam madrasah, sempat aisyah bertanya,

'Ibu, mata aisyah merah tak?'

'Takdelah... dah tak merah dah...', jawab saya.

PS: Tau pula malu kalau kawan tau dia menangis... hehehe...

Riadah di Taman Tasik Permaisuri

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Menuntut ilmu bagaikan mengukir di atas batu atau di atas air?

Mahfudzat...

Belajar di waktu kecil, bagaikan mengukir di atas batu,
belajar di waktu tua, bagaikan mengukir di atas air,

Nampak sekilas perbedaan hasil yang di perolah antara mereka yang masih muda dan telah tua,
yang masih muda dalam menuntu ilmu, maka ilmu itu akan cepat membekas, cepat dipahami, sebagai mana jika kita mengukir diatass batu, maka ukiran itu kan nampak jelas di batu tersebut...

Sedangkan yang sudah tua, dalam menuntut ilmu, maka membutuhkan proses yang lama, harus senantiasa di re-view secara berkesinambungan, sebagiamana jika air yang senantiasa mengalir akan cepat sirna, jika tidak terus menerus...

Adapun dampak yang dihasilkan dari keduanya, bagi mereka yang menuntut ilmu di waktu muda, maka ilmu yang akan di ajarkan itu pun hanya berkisaran antar batu yang satu dan batu yang lain,
tetapi bagi mereka yang menutut ilmu di waktu tua, jika mereka mengajarkan ilmunya itu, orang tua itu mampu mengajarkan pada setiap batu-batu yang dilewatinya bagiakan air yang melewati semua batu dari bukit hingga hilir..

Seorang pemuda yang mengajarkan ilmu itu hanya berkisaran pada personal saja, mereka kurang mampu memberikan ilmunya itu pada medan yang sangat luas,
melainkan jika orang yang telah tua di berikannya ilmu padanya, maka penyampaian ilmunya itu dapat di rasakan oleh banyak orang disekitarnya, sebagai mana air yang telah di warnai, maka semua jenis betu yang dilewatinya tersebut akan mengalami perubahan warna sebagiamana warna air itu...

Maka, tidak ada rugi bagi mereka yang senantiasa menuntut ilmu baik di waktu muda maupun tua...
Insya Allah...
Allahu A'lam...

Sumber: http://sang-muawiyah.blogspot.com/2012/07/menuntut-ilmu-bagaikan-mengukir-di-atas.html

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Ketiga - Yasin

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah yang telah mencipta sekalian alam...

Tanggal 14 Sept 2012, Aisyah lulus ujian menghafaz surah yang ketiganya - Yasin. Alhamdulillah. Sebak jugak.

Sekarang sedang menghafaz surah keempat - as Sajdah.
Sarah pula sedang belajar di peringkat Iqrak 4.

Usia kanak-kanak adalah masa keemasan dalam kehidupan seseorang. Segala yang dipelajari dan dialami pada masa ini –dengan izin Allah– akan membekas kelak di masa dewasa.

Pepatah arab ada mengatakan :

Belajar di waktu kecil, bagaikan mengukir di atas batu,
Belajar di waktu tua, bagaikan mengukir di atas air.
Nampak tak perbezaannya?

Permudahkanlah ya Allah. Biar kalam mu itu tertanam dalam hati kami.

Ngaji sambil tido ;)
PS: Ibu aisyah jugak yang lambat... huhuhu...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Parents Nowadays...

Terkena batang hidung sendiri...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran

Semoga dapat mempelajari ilmu yang bermanafaat
Alhamdulillah.

Dengan izin Allah, esok saya dan suami akan menyertai seminar di atas. Semoga kami dapat menambah ilmu demi mendidik anak-anak menjadi yang terbaik di sisi Allah ~ dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Jika ada kawan-kawan yang turut mendaftar seminar ini, kita jumpa esok ;)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

~semoga Allah menerima amalan kami dan kamu~
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam?


Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Rak Buku Takung Air Hujan

Promosi Ramadhan ~ Syawal
Kelebihan Rak Buku Kanak-kanak ~ Rain Gutter Bookshelves.

1. Daya tarikan yang tinggi

Cuba kalian tengok gambar di atas tu. Menarik sangat kan? Saya tak tahu orang lain tapi saya sangat teruja melihat rak-rak buku yang boleh DIY ini.

Kita yang dewasa ini boleh teruja, apatah lagi kanak-kanak yang sukakan benda berwarna-warni. Bila dipamer dan disusun begini, dengan cepat kanak-kanak boleh nampak kulit buku yang pelbagai rupa dan warna. Dan kebanyakan buku kanak-kanak memang kulitnya menarik.

Jika disusun menegak, bagaimana kanak-kanak nak nampak kulitnya kan? Minat nak pegang, nak ambil, nak belek buka itu amat kurang. Saya sudah buat eksperimen dalam penyusunan buku ni. Bila kita susun buku seperti dalam gambar, kanak-kanak lebih cepat mengambil buku itu untuk dibawa ke kerusi dan membelek/membacanya. Sangat efektif.

2. Jimat ruang

Maksud saya, kita boleh pasang rak buku takung air hujan ni kat mana-mana ruang dinding kosong yang kita ada. Kalau rak buku biasa, pastinya kita nak menggunakan ruang dinding dan juga ruang lantai kan? Tapi dengan 'raingutters' kita hanya perlukan ruang dinding yang kosong tak kira luas atau sempit. Tengok contoh di atas.

3. Jimat belanja

Secara relatifnya ia lebih murah berbanding kayu. Modalnya tidaklah besar.

Di luar negara juga semua guru dan ibu bapa yang memasang rak buku 'rain gutter' ini memberikan maklum balas positif iaitu rak buku ini amat menjimatkan bajet.

4. Mudah untuk dipasang.

Anda pasti boleh memasangkannya sendiri dengan tutorial yang terdapat di internet. Ianya sangat mudah! Paling mudah, pihak kami juga boleh memasang untuk anda :)

Berita baik!

Tempahan dibuka sekarang :) Emel saya untuk maklumat lanjut...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Kedua - al Waqiah

Alhamdulillah tanggal 12 Ramadhan 1433H, Aisyah telah lulus menghafaz surah al-Waqiah pula.

Nur Aisyah Syazana al-Hafizah
Wah! terasa sekejap pula. Memang otak kanak-kanak seperti Aisyah masih suci dan senang menyerap apa sahaja yang diajar.

SubhanaAllah... AllahuAkbar!

Surah ketiga adalah surah Yasin. Kali ni nak kira tempoh hafazannya.

Mercun pop-pop yang dibeli di bazar Ramadhan...
Sekotak mercun pop-pop sebagai hadiah motivasi untuk Aisyah meneruskan perjuangannya ;)

Catatan ini ditulis untuk kenang-kenangan perjalanan Aisyah menuju destinasi al-hafiz ~ InsyaAllah...

Ya Allah, permudahkanlah pekerjaan kami... hiasilah akhlak anak-anak kami seperti akhlak Rasulullah SAW...

Amin, amin, amin ya Rabbal 'alamin.. 

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Novel Sejarah Islam ~ Imam Syafie

Saya baru sahaja menghabiskan bacaan novel sejarah Islam karya Pak Latip yang bertajuk Imam Syafie. Alhamdulillah setelah membaca novel Al-Fateh, Ataturk dan Imam Syafie, saya dan Aisyah menjadi 'ketagih' untuk membaca novel sejarah Islam karya Pak Latip yang lain. Malangnya, kombo Ramadhan yang saya idamkan seperti dalam laman web ini sekarang telah kehabisan stok :(

Berbalik kepada kisah Imam Syafie, terlampau banyak yang saya dapat pelajari dan amalkan tentang sifat terpuji pengasas mazhab Syafie ini. Saya ringkaskan dengan 10 pesanan beliau seperti di bawah:

Kulit Buku Imam Syafie

10 pesanan Imam Syafie' yang perlu diikuti

Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara" :

1. Hak kepada diri:
-mengurangkan waktu tidur, makan dan perkataan.
-berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut:
-menqadakan kewajiban yang tertinggal dan mendapatkan kemaafan dari orang dizalimi.
-membuat persediaan untuk mati & merasa cinta kepada Allah swt.

3. Hak kepada kubur:
-membuang tabiat suka menabur fitnah & tabiat suka kencing merata-rata.
-memperbanyakkan solat & membantu orang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar & Nakir:
-Tidak berdusta & wajib berkata benar.
-meninggalkan maksiat & saling menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan di hari akhirat):
-menahan:kemarahan sebaliknya selalu berzikir.
-mengikhlaskan amalan & sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kepada sirat (titian merentangi neraka ke syurga):
-membuang tabiat suka mengumpat.
-warak, suka membantu orang beriman & suka berjemaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik (penjaga neraka):
-menangis lantaran takutkan Allah swt dgn berbuat baik kepada ibu bapa.
-bersedekah semasa terang-terangan & bersembunyi serta memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Riduan (penjaga syurga):
-merasa redha kepada qadha' Allah swt & bersabar menerima bala.
-bersyukur dengan nikmat Allah swt & bertaubat daripada melakukan maksiat.

9. Hak kepada Rasullulah SAW:
-berselawat ke atasnya & berpegang dengan syariat.
-bergantung kepada al sunnah (hadis) & menyayangi para sahabat baginda.
-bersaing mencari kelebihan daripada Allah swt.

10. Hak kepada Allah swt:
-mengajak manusia ke arah kebaikan & mencegah dari kemungkaran.
-menyukai ketaatan & membenci kemaksiatan.

~ SELAMAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN YANG PENUH BAROKAH~

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Pertama

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam :)

Hendak mengemaskini tentang kisah Aisyah di Baitul Ilmi. Aisyah kini sedang menghafal surah Ar-Rahman. InsyaAllah hari ini dia akan menghabiskan hafalannya dan inilah surah pertama yang berjaya dihafaz (tidak termasuk surah-surah pendek) di Baitul Ilmi.

Bukan senang untuk menghafal surah ini kerana terdapat 31 ayat sama yang diulang.

Oh ye, sekadar berkongsi rasa gembira kerana ibu Aisyah ini juga sedang mengikuti kelas hafazan secara part time dengan ustazah Mardhiah di Baitul Ilmi. Kelas hanya pada hujung minggu dah sudah sebulan kiranya. Surah pertama yang saya diminta menghafal ialah surah An-Naba. Alhamdulillah sungguh teruja dan seronok. Sedang cuba menghafal 3 ayat terakhir sebelum dapat menghafal sepenuhnya surah An-Naba.

Sarah pon dah hafal sikit-sikit surah-surah di atas kerana saya selalu mainkan cd nya di rumah :)

Semoga Allah permudahkan usaha kecil kami ini :)
Amin!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Wordless Wednesday

  Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Ajar Si Kecil Tentang CintaNya.


Salam ukhuwwah, salam mawaddah buat semua..
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Memiliki anak yang bijak lagi soleh merupakan idaman setiap insan. Mampukah kita mendepani cabaran di dunia masakini yang penuh cabaran dan noda ini untuk melahirkan zuriat soleh yang mampu mendoakan kesejahteraan buat kita suatu hari nanti..
Menghadapi realiti anak-anak murid seagama setiap hari di sekolah , hati saya banyak mentafsir dan berfikir. Benarlah pelajaran dan ilmu agama ibubapa amat mempengaruhi sakhsiah dan aqidah anak-anak mereka. Kalau tidak, terjadilah apa yang telah terjadi..Sedih hati saya melihat sebahagian besar anak-anak bangsa seagama hidup dalam fantasi keseronokan yang mereka cipta sendiri. Tiada keinginan pada agama. Apatah lagi untuk memahami erti mencintai Allah dalam segenap aspek kehidupan. Sebagai guru, kadang-kadang saya hilang punca..di mana mahu saya mulakan dalam ruang dan peluang yang terbatas...
Justeru, harapan saya terutamanya buat ibubapa yang mempunyai permata hati penyeri hidup. Sedari kecil didiklah mereka dengan kalimah-kalimah tauhid, bisikkan di telinga mereka ayat-ayat tentang cintaNya, ceritakan pada mereka tentang keagunganNya, pakaikan mereka dengan pakaian taqwa..agar mereka membesar seiring dengan teguhnya aqidah pada Allah SWT.
Saya ingin berkongsi tips menanamkan cinta Ilahi ke dalam jiwa anak sejak dari bayi.Tips ini saya ambil dari kotak email yang dikirimkan seorang teman. Baca, hayati dan aplikasikan dalam pentarbiahan anak-anak anda..
Tahap Umur : 0 hingga 6 bulan
BAHASA
  1. Sentiasa mengucapkan kalimat La ilaha illa Allah dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal (misalnya: menyentuh mukanya; membuka tangannya; menggosok atau mengurut badannya selepas mandi
  2. Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang dan kemesraan
INTELEK
  1. Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah. Misalnya: set anggota (pegang anggotanya yang berkenaan);
  2. Tekankan hanya Allah berkuasa memberikan kepadanya anggota itu, makhluk selain daripada Allah tidak mampu berbuat demikian.
  3. Terus baca “La ilaha illa Allah” 
  4. Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah: misalnya: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah.  Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya
  5. Membawanya bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekelian alam.
  6. Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah
  7. Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang Allah berikan kepada ciptaan-Nya.  Misalnya: panas, sejuk, kasar, licin, rata, bulat, kesat, halus.  Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis, masin, pahit dan masam.  Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan –Nya.
JIWA
  1. Solat di samping anak.  Mencium dan mendukungnya selepas solat.  
  2. Membaca al Qur’an dan ma’thurat di sampingnya.
FIZIKAL       
  1. Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan rata.  Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap.  Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit 
  2. Bagi keseimbangan badannya, cubalah beransur-ansur menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati.  Lakukan semua aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid.  Penggunaan nasyid adalah berkesan.

Tahap Umur : 6 – 12 bulan
INTELEK
  1. Teruskan ransangan yang dibaut untuk kumpulan umur 0 – 6 bulan.
  2. Mengajar kalimah tauhid dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur. 
  3. Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar atau buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya. Contoh: Set tanda kekuasaan Allah di langit ( matahari, bulan , bintang, planet ). Set kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika
  4. Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah.  Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set.
  • Kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set).  Pembinaan ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga.
  •  Memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan –persamaan pada set makhluk yang sama jenisnya; juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk pada set makhluk yang sam jenis.  Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan oleh ibu.
FIZIKAL
  1. Untuk meransang fizikal anak biarlah anak merangkak secara bersilang (criss-cross pattern) kerana ini insyaAllah membantu perkembangan otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan otak kiri) .  Sediakan tempat selamat untuk anak merangkak dan bermain.  Galakkan anak merangkak dengan cara permainan , misalnya: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat terowong dari kotak untuk anak itu lalui.
  2. Klau boleh elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby walker)  kerana ini akan mengurangkan peluang anak merangkak.                   
Tahap Umur : 12 - 18 bulan
  1. Teruskan ransangan sebelum ini
  2. Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat lapang dan selamat, misalnya padang.  Pada tahap ini aktiviti ini insyaAllah membantu perkembangan bahagian tertentu otak anak (cortex).
  3. Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang Esa.
  4. Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal oleh anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah.  Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya: bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali.  Penggunaan nasyid boleh membantu.
Tahap Umur : 18 - 36 bulan
Maksud hadith:  
1.  Ajarlah anak kamu surah al Furqan ayat 2 apabila dia mula  berkata-kata
2.  Ajarkan anak kamu 3 perkara : mencintai Nabi mu, mencintai keluarganya dan membaca al Qur'an
INTELEK
 AQIDAH TAUHID      
Mengajar potongan-potongan Surah al Furqan:2 menggunakan teknik pembelajaran yang menarik dan berkesan. Ayat-ayat lain, termasuk An. Nahl17; Al 'A'laa : 1,2 3 dan 4; al Ikhlas: 1,2,3 dan 4; Al Fatihah: 1,2 dan 3; dan seterusnya mengikut kemampuan dan kesediaan anak.  Objektif utama ibu adalah memperkenalkan Allah sebagai Rabb dan melalui proses ransangan seterusnya, dia akan dibimbing untuk mentauhidkan Allah sebagai Ilah.
SEERAH  RASUL   
Pengajaran seerah para rasul, khususnya seerah Rasulullah SAW mesti membawa penekanan yang jelas kepada anak, iaitu para rasul adalah contoh manusia yang mentauhidkan Allah sebagai Rabb dan Ilah dan para rasul mengajar manusia mentauhidkan Allah, tidak menyengutukan-Nya dengan apa-apapun.  Teknik penceritaan mestilah mudah dan berkesan.  Buku-buku bergambar dapat membantu menarik perhatian dan minat anak.

 AL QUR'AN 
Merkenalkan al Qur'an sebagai Kitabullah dan Kalamullah secara beransur-ansur.  Adakan sesi hafalan surah-surah pendek dalam Juz 30.  Sila perhatikan bahawa sesi ini berasingan dari sesi pembelajaran aqidah yang menggunakan ayat-ayat tertentu dari al Qur'an.  Nasyid boleh digunakan untuk memperkenalkan fungsi al Qur'an, misalnya: nasyid " al Qur'an itu petunjuk"


Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Emel dari seorang sahabat...

Assalamualaikum farah,

Baru-baru ini, saya selesai membaca sebuah buku. Perangai saya yang tidak baik adalah jika saya sudah asyik dengan jalan cerita sebuah buku, saya akan susah untuk meletakkannya selagi ia tidak habis. Setiap kali saya terpaksa meletakkannya, kepala saya akan berfikir tentangnya sehingga saya memegang buku tersebut semula. Sebab itu saya sangat berhati-hati dengan bahan bacaan saya supaya ianya mestilah bermanfaat dan tidak hanya menghabiskan masa saya. Untuk pengetahuan farah, buku-buku yang telah saya baca dan saya fikir menarik, telah saya masukkan ke e-shop Islamic Parenting Network. Jemputlah jenguk buku-buku tersebut ya!. Buku terbaru yang saya baca adalah sebuah Novel bertajuk Mustapha Kamal Attartuk. Buku ini menyebabkan saya rasa sedih dan termenung sambil membuat perbandingan dengan buku-buku yang telah saya baca sebelumnya. Kesimpulan yang boleh saya buat adalah..

"3 nama iaitu Imam Shafie, Muhammad Al Fateh dan Kamal Attartuk mempunyai ibu yang kuat agama dan kuat beribadat. Ketiga-tiganya selalu berdoa untuk anak mereka dan selalu menyatakan harapan mereka kepada anak mereka supaya mereka menguasai al Quran. Tetapi kenapa 2 jadi kenyataan (Imam Syafie dan Muhammad Al Fateh) dan seorang lagi (Mustapha Kamal Attartuk) tidak? Malah dialah penghapus sistem kekhalifahan Islam di muka bumi, menukar azan, menghapuskan sekolah agama, menutup masjid dsb."

Sesiapa yang tidak tahu tentang 3 tokoh ini saya perkenalkan disini serba sedikit, Imam Syafie yang dimaksudkan adalah Imam Mazhab kita yang menghafal seluruh al Quran pada umur 9 tahun, Muhammad Al Fateh adalah penakluk Kota Konstantinopal yang diberitakan dalam hadis Rasulullah 800 tahun sebelumnya, dan Mustapha Kamal Attartuk adalah Presiden Turki yang pertama. Cita-cita ketiga-tiga ibu mereka ini adalah untuk melihat anak mereka menjadi penghafal al Quran namun saya telitikan banyak bezanya antara ibu-ibu yang berjaya dengan seorang ibu yang agak malang ini. Didalam setiap kejadian yang telah berlalu, memang Allah sematkan pengajarannya bagi orang yang berfikir dan mengambil pelajaran darinya. InsyaAllah saya akan kongsikan di emel yang akan datang. Namun saya ingatkan, bahawa sesuatu cerita, akan di nilai lain bagi orang yang berlainan. Maka, sama jugalah seperti buku ini. Saya mungkin menilainya lain dari farah. Jika saya membaca buku seseorang tokoh (seperti 3 tokoh diatas), saya sentiasa ingin menyelidik orang dibelakang tabir yang membentuk ketokohannya iaitu ibubapanya dan saudara serta kawan-kawan sekelilingnya. Penumpuan saya tidak fokus pada subjek yang dibincangkan. Maka jika ianya berlainan dari pendapat orang lain pada buku yang sama, ia adalah kerana sebab-sebab tersebut. 

Bagi saya, membaca 3 buah buku ini adalah seolah membaca kisah berkisar cara mendidik anak dalam bentuk sebuah novel yang menarik dan terbukti hasil kisahnya dan bukan seperti membaca sebuah buku peraturan panduan mendidik anak  yang biasa-biasa di pasaran. Saya pasti tentu ada sebab Allah mempertemukan saya dengan buku-buku ini. Alhamdulillah.. Semoga saya mengambil pengajaran daripadanya. 

Sebelum kita ambil pengajaran dari ibu-ibu ini, saya ingin bercerita serba sedikit tentang Mustafa Kamal Attartuk. Saya menyentuh tentang beliau kerana saya rasakan dia begitu dekat dengan zaman kita. Meninggal pada tahun 1938 (zaman nenek atuk kita). Memang dekat jika dibandingkan dengan 2 tokoh lain yang zamannya terlampau jauh. Ibunya, Zubaidah Hanim, membesarkan dia sangat hampir dengan kebanyakkan ibu-ibu zaman sekarang membesarkan anak. Sebab itulah pentingnya kita mengkaji siapa Mustafa Kamal Attartuk ini dan kenapa dia jadi begitu sebagai pengajaran untuk kita dalam mendidik anak-anak kita. Mengapa Allah murka kepadanya hingga meninggalnya dalam keadaan tersiksa dan mayatnya tidak diterima bumi walaupun sudah beberapa kali cuba ditanam. 

Mustafa Kamal Attartuk adalah antara orang yang sangat tidak bersetuju melihat orang membaca al Quran tetapi tidak faham makna. Baginya membaca al Quran tanpa kita mengetahui maknanya adalah seperti orang mabuk atau seperti orang gila! Maka beliau memerintahkan supaya semua Quran ditukar kepada bahasa Turki. Membacanya mesti dalam Bahasa Turki dan tidak ketinggalan, azan juga ditukar sama. 
Sebenarnya bukan beliau sahaja yang beranggapan begitu. Ada ramai manusia diluar sana juga beranggapan yang sama. Cuma yang membezakan orang diluar sana adalah mereka bukanlah penguasa negara seperti Mustapha Kamal Attartuk yang boleh mengeluarkan perintah seperti itu. Saya sendiri pernah ditanya oleh seorang muslim.. kenapa al Quran tidak di buat seperti Bible yang dialih bahasa supaya kita faham membacanya dan tidak perlu tengok terjemahan. Juga tidak perlu belajar membaca al Quran (iqra). 
Ingin saya ingatkan, Rasulullullah s.a.w mempunyai lebih dari 1000 mukjizat dan tiada satu pun yang tinggal untuk kita yang berada di zaman ini kecuali al Quran. Mukjizat al Quran itu adalah benar jika ia dibaca dalam bentuk asal. Adalah wajib kita belajar membacanya dengan betul dan bertajwid terlebih dahulu. Memahami makna al Quran kemudian pun tidak mengapa. Sebuah kajian yang dilakukan, seseorang yang tidak tahu apa maknanya "La haulawala quwataillah..." bila menyebutnya berulang kali, akan memberi satu tekanan pada mekanoreceptor yang terletak didalam mulut yang menyebabkan timbulnya rasa tenang kepada penyebutnya. Mulut mempunyai beberapa bahagian yang agak sensitif dan menyebut perkataan didalam al Quran dengan tekanan di lidah dengan betul (tajwid yang betul) akan mengeluarkan neural signal yang disalurkan ke otak. Ia juga memberi kesan mengurangkan tekanan kepada jantung, baik mereka yang menghidap penyakit jantung. Kesan ini tidak terdapat di dalam mana-mana bahasa didunia yang mengeluarkan apa pun bentuk susunan perkataan mereka termasuk bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Pernah dengar kuasa bunyi (ultrasound) dalam bidang perubatan? Contohnya, doktor menggunakan ultrasound untuk memecahkan batu karang didalam buah pinggang tanpa pembedahan major. Ayat al Quran yang dibaca dengan betul, bila didengar akan mengeluarkan satu kuasa penyembuhan untuk tubuh. Membacanya memberi satu kesan, dan mendengarnya juga memberi satu kesan lain pada tubuh badan manusia. Saya akan kongsikan buku yang saya baca mengenai kajian ini di emel akan datang. InsyaAllah. 

Janganlah kita memberatkan maknanya dahulu ketika mengajar anak-anak kecil membaca al Quran.  Alif Lam Mim yang tidak kita tahu apa maknanya jika dibaca  akan mendapat 30 pahala kerana Allah telah berjanji setiap huruf dibaca mempunyai 10 pahala.  Kejarlah kesan kebaikkan membacanya dan pahalanya dahulu. Janji Allah, jika kita jaga kalam Allah, Allah akan jaga kita. Jika anak kita yang menjaganya, anak kita InsyaAllah akan terpelihara. Semoga anak kita terpelihara dari segala kerosakkan rohani ataupun kerosakkan jasmani. InsyaAllah, terlampau banyak terjemahan al Quran yang boleh dibaca di luar sana yang boleh dibacanya jika dia sudah boleh membaca nanti. 

Kita bercerita tentang impian suami isteri untuk anak yang sama. 

Alhamdulillah jika kita mempunyai cita-cita yang sama untuk anak-anak kita. Mudah kita untuk merancang hala tuju pendidikan mereka. Tetapi apa kata jika ianya berbeza? Suami ingin anak jadi begini, isteri ingin anak jadi begitu? Memang tidak dinafikan ada ramai pasangan yang bertengkar dengan pasangan masing-masing kalau tidak kerana masalah duit, ia boleh jadi kerana ibu mertua, adik ipar, juga sebab anak dan lain-lain. Yang pertengkaran kerana anak inilah yang kita kena utamakan/segerakan penyelesaiannya. Itulah juga antara topik yang saya bincangkan dalam kursus 'Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak-Kanak'.

Berbalik kepada Pengajaran Dari 3 Ibu (Ibu Imam Syafie, Ibu Muhammad Al Fateh, Ibu Mustafa Kamal Attartuk) . Maafkan saya jika kali ini saya ingin melencong sedikit. Saya ingin berbincang tentang BAPA sebelum berbincang tentang ibu-ibu ini. Dari 3 bapa ini, hanya bapa Mustafa Kamal Attartuk sahaja yang tidak mahu anaknya bersekolah di sekolah agama dan mahu dia di sekolahkan di sekolah yang baik pada tanggapannya. (biasa dengar cerita macam ni?) Ayahnya berkawan baik dengan orang Yahudi, sangat tertarik dengan kejayaan orang Yahudi dalam bidang ekonomi dan mahu anaknya bersekolah seperti anak mereka. (untuk senario zaman sekarang, mungkin kita pernah tengok orang kita hantar anak pergi Sekolah Cina dengan sebab yang sama) Ini menyebabkan ayahnya selalu bertengkar dengan ibunya tentang kemana arah hala tuju anaknya itu. Ayahnya mengimpikan anaknya untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. Ibunya pula ingin dia menjadi seorang tahfiz. Rapat bapanya dengan orang Yahudi sehingga bila dia meninggal dunia, rakan Yahudinya itulah yang membantu menanggung persekolahan anaknya sehingga Mustafa Kamal Attartuk menganggapnya sebagai bapanya yang baru. Rasulullah telah mengajar kita untuk berhati-hati dengan orang Yahudi tetapi nampaknya dia mengejar cita-cita untuk anaknya lebih dari dia menyayangi Rasulullah. Tentulah Allah Maha Arif tentang niat buruk yang tersembunyi didalam hati mereka sehingga Rasulullah menyuruh kita berhati-hati dengan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai dari ayahnya, anaknya dan semua manusia"

Ingin saya perjelaskan disini, bagi negara Barat, tercatat dalam sejarah mereka bahawa Mustafa Kamal Attartuk adalah seorang wira. Beliau adalah seorang tokoh... satu contoh yang dipuja dan dihormati. Manakan tidak, Tentera Salib telah cuba menghancurkan kerajaan Kekhalifahan Islam selama berabad lamanya tetapi tidak berjaya. Rupanya ia perlu dihancurkan dari dalam dan boleh dilakukan dengan sekelip mata oleh Mustafa Kamal Attartuk. 

Saya harap jangan salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak salah untuk menghantar anak ke sekolah mana pun tetapi jangan ketepikan al Quran. Alangkah baiknya jika Mustafa Kamal Attartuk menjadi seorang pemimpin seperti yang diimpikan bapanya DAN JUGA seorang tahfiz seperti yang diimpikan ibunya. Akhirnya hanya impian bapanya sahaja yang tercapai dan begitulah yang tercatat dalam sejarah.

Untuk siri ke 4 dan terakhir, saya ingin membawa farah ke senario dibawah..

"Kesian tengok budak-budak zaman sekarang bersekolah. Pagi nak pegi sekolah agama, balik tukar baju kena pegi sekolah kebangsaan. Balik sekolah kebangsaan, budak dah letih. Mandi, makan malam selesai semua lepas tu nak kena buat kerja sekolah pulak. Mana nak tusyen lagi, mengaji lagi?"

Biasa dengar? Saya sendiri kasihan tengok anak-anak buah saya balik sekolah dalam keadaan penat. Itu belum lagi kalau anak saya sendiri pula nanti. Semoga saya lebih mengasihani masa depan mereka dari mengasihani kepenatan mereka ketika itu. Ramai ibubapa tidak sanggup 'memaksa' anak mereka untuk memegang al Quran kerana rasa kasihan dan belas mereka yang tidak sepatutnya. Begitulah juga kesilapan ibu kepada Mustafa Kamal Attartuk. Sebab itu saya kata Novel Mustafa Kamal Attartuk yang saya jual dan kehabisan stok itu lebih mirip dengan kehidupan ibu-ibu zaman sekarang membesarkan anak mereka. Itulah kesilapan beliau sehingga anaknya menjadi seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Tanpa kita sedari akhirnya al Quran adalah keutamaan kita yang paling akhir. Al Quran di pegang di 'hujung-hujung' sahaja.  Memang Zubaidah Hanim, ibu kepada Mustafa Kamal Attartuk ini selalu bercerita dengan anaknya supaya bila dewasa nanti anaknya itu mesti menjadi seorang tahfiz al Quran. Namun, ianya cuma hanya pada kata-kata, harapan dan doa. Hakikatnya, kehidupannya tidak dimanifestasikan selari dengan harapannya. Anaknya membesar dengan bersekolah disebuah sekolah terkenal (Dia bersekolah di sekolah kadet ketika itu yang mungkin sama terkenalnya ala-ala Royal Military College, Malaysia kot?). Kasihan dia melihat anaknya balik kepenatan kemudian mengulangkaji pelajaran hingga larut malam. Maka berlalulah hari-hari hingga dia dewasa tanpa al Quran. Maka, walaupun ketiga-tiganya adalah wanita yang kuat beribadat, ketiga-tiganya adalah wanita yang kuat beragama, mempunyai cita-cita yang sama untuk anak masing-masing iaitu menjadi tahfiz al Quran, tetapi usaha mereka adalah berlainan. Allah itu Maha Adil, hasilnya juga adalah berlainan. Yang dua menjadi pengharum agama dan penakluk kota dunia dan yang satu lagi menjadi pemusnah Islam
Yang jelasnya.. Ibu Imam Syafie dan Ibu Sultan Muhammad Al Fateh sangat tegas dan pentingkan al Quran. Mereka sanggup memarahi dan membiarkan anak mereka dipukul guru kerana mahu anaknya mempelajari al Quran. Selepas menguasai al Quran barulah mereka ke cabang lain. Imam Syafie suka pada syair hingga dia menghafal 10,000 syair dalam masa 2  bulan sahaja? Dan Muhammad Al Fateh boleh bertutur 6 bahasa pada umurnya 17 tahun sahaja. Mengutamakan al Quran tidak menyebabkan mereka tinggal ke belakang jika mereka memilih untuk terus kedepan. Namun peranan ibulah yang menentukan dan mendorong hala tuju mereka.
Cuba kita tanya pada diri kita sendiri pula. Adakah kita ibubapa yang hanya punya cita-cita sahaja atau sentiasa ingin mencari peluang dan cara untuk menjadikan anak kita menguasai al Quran. Sanggupkah kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk anak kita mahir al Quran?
Ada juga suara yang berkata anak mereka dah disekolahkan ke sekolah agama pagi/sekolah agama rakyat (betulkan saya akan namanya jika saya silap) maka tak perlu dah untuk mengajar al Quran. Seorang ustazah sekolah agama rakyat ini pernah memaklumkan pada saya  untuk kanak-kanak darjah 1-6 ini, sukatan pelajaran mereka tidak fokus untuk mengajar al Quran sahaja. Akhlak, hadis, sirah, khat, Jawi dan lain-lain itu adalah antara pelajaran yang diajar. Mata pelajaran al Quran cuma dalam beberapa kali sahaja dalam satu minggu. Sebab itu ada murid yang sudah ke tahun 6 disekolah ini masih tidak boleh membaca al Quran jika ibubanya sendiri tidak ada usaha untuk mengajar diluar sekolah.

Kesimpulan yang saya buat adalah tidaklah terhad kepada apa yang saya tulis. Jika di satukan Novel ketiga tiga tokoh ini ianya melebihi 1000 muka surat. Terlalu banyak untuk saya pelajari dari 3 novel ini. Maaflah segala kekurangan dan kesilapan dalam membuat kesimpulan yang terhad ini. Semoga ianya sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua. Jika farah ingin mendapatkan novel tersebut boleh klik disini.

Ikhlas dari,

Lina Karim
http://darwishndarwisya.blogspot.com/
http://islamicparentingnetwork.com.my/
 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Teknik Kilat Menghafal 10 Minit

Sumber rujukan : The best Ummah

Ikhwan dan akhwatfillah…

Saya berharap antum-antunna semua membaca tema yang sangat penting ini agar dapat mengambil manfaat darinya dalam menghafal Al-Quran dalam 10 minit. Tidak ada istilah mustahil… antum-antunna semua bisa.

Kalau sekiranya setiap kita membuat jadual harian, nescaya kita dapatkan betapa banyak waktu kita yang terbuang sia-sia. Ketahuilah bahwasanya kita akan dihisab tentang waktu yang kita gunakan di dunia ini.

Marilah kita hisab waktu kita sebelum kita dihisab dihadapan Allah SWT kelak.
Sebagaimana sabda Rasulillah SAW;

“Tidaklah berdiri tegak kedua kaki hamba Allahsehingga ia ditanya tentang 4 hal; umurnya untuk apa ia habiskan, masa mudanya untuk apa ia gunakan, hartanya dari mana ia dapatkan dan kemana ia belanjakan,dan ilmunya bagaimana ia mengamalkannya. ..”

Kerana ittulah saya ketengahkan cara ini untuk antum-antunna, kepada mereka yang menghabiskan waktunya dalam kelalaian dan hanya mengisi dengan menyanyikan lagu-lagu syahwat, menonton film serta berleka-leka tanpa membawa sedikit punmanfaat…

Mungkin antum-antunna bertanya-tanya bagaimana cara menghafal Al-Quran dalam 10 minit? Berikut ini saya saya jelaskan langkah-langkah menghafal 10 minit;

Menghafal Al-Quran 10 minit yang dimaksud adalah menggunakan waktu 10 minit setelah solat fardu lima waktu.

Antum-antunna menghafal Al-Quran satu halaman setiap harinya. Satu halaman Al-Quran terdiri dari 15 baris. Dan 1 halaman dibahagi 5 waktu solat dalam sehari-semalam dengan lama waktunya masing-masing10 menit. Atau dengan kata lain antum-antunna memerlukan waktu 50 minit sahaja.
Ya hanya 50 minit… 1 jam kurang 10 minit.

Jika dibandingkan dengan waktu antum-antunna sia-siakan sungguh sangat sedikit sekali. Antum-antunna hanya menghafal 3 baris saja dalam waktu 10 minit setelah solat fardhu. 3 baris x 5waktu = 15 baris atau sama dengan 1 halaman. Sedangkan Al-Quran Resam Utsmaniy terdiri dari 604 halaman. Bererti antum-antunna akan hafal Al-Quran dalam masa kira-kira 1 tahun 8 bulan 15 hari.

Bukankah 10 minit itu mudah dan ringan bagi antum-antunna untuk melakukannya? Terlebih ia akan mengangkat kedudakan antum-antunna di sisi Alllah SWT dan makhluk-makhluk- Nya serta antum-antunna akan bersama para Malaikat yang baik dan mulia.

Selanjutnya cara tersebut kita perinci sebagai berikut;

1. 10 minit setelah solat subuh; menghafal 3 baris = kurang lebih 20 kalimat saja. Ini seperlima bahagian pertama.

2. 10 minit setelah solat zuhur; menghafal 3 baris. Ini seperlima bahagian kedua.

3. 10 minit setelah solat asar; menghafal 3 baris. Ini seperlima bahagian ketiga.

4. 10 minit setelah solat maghrib; menghafal 3 baris. Ini seperlima bahagian keempat.

5. 10 minit setelah solat isya; menghafal 3 baris. Ini seperlima bahagian kelima.

6. Terakhir menutup hari dengan solat witir 3 atau 5 rakaat dan didalamnya membaca hafalan 1 halaman yang telah didapat pada hari itu. Ini sekaligus dijadikan sarana muraja’ah harian yang efektif.

TEKNIK MURAJA’AH

HARI PERTAMA

1. Solat sunah Qobliyah dan ba’diyah dhuhur; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah subuh atau hafalan seperlima bahagian pertama

2. Solat sunah Qobliyah ashar; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah zuhur atau hafalan seperlima bahagian kedua

3. Solat sunah ba’diyah maghrib; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah asar atau hafalan seperlima bahagian ketiga

4. Solat sunah Qobliyah isya; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah maghrib atau hafalan seperlima bahagian keempat

5. Solat sunah ba’diyah isya; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah isya atau hafalan seperlima bahagian kelima

6. Sholat Witir; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat pada hari ke-1 ini atau 1 halaman penuh.

HARI KEDUA

1. Solat sunah qobliyah subuh; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah isya hari ke-1 atau hafalan seperlima bahagian kelima

2. Solat sunah dhuha 2 rakaat; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan 1 halaman yang telah didapat pada hari ke-1.

3. Solat sunah qobliyah dan ba’diyah zuhur; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah subuh atau hafalan seperlima bahagian pertama hari ke-2 ini.

4. Solat sunah qobliyah ashar; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah zuhur atau hafalan seperlima bahagian kedua hari ke-2 ini.

5. Sholat sunah ba’diyah maghrib; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah asar atau hafalan seperlima bahagian ketiga hari ke-2 ini.

6. Solat sunah qobliyah isya; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah maghrib atau hafalan seperlima bahagian keempat hari ke-2 ini.

7. Solat sunah ba’diyah isya; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat setelah isya atau hafalan seperlima bahagian kelima hari ke-2 ini.

8. Solat sunah witir; setelah membaca Al-Fatihah dilanjutkan dengan membaca hafalan yang didapat pada hari ke-2 ini atau hafalan 1 halaman hari ini.

HARI KE-3 HINGGA HARI KE-6

1. Dilakukan mengikuti ritme muraja’ah hari ke-1 dan ke-2 dan begitu seterusnya

2. Solat sunah witir dengan hafalan 2 halaman yang sudah didapat pada hari sebelumnya dan hari yang sedang berlangsung dan begitulah seterusnya.

HARI KE-7

1. Hendaknya jatuh pada malam Ahad agar dibuat program ‘qiyamullail’ seminggu sekali dengan mengulang hafalan yang sudah didapat selama seminggu.

2. Jika antum-antunna sudah berkeluarga, boleh juga dibuat program tasmi’ bersama suami/isteri dan anak-anak dalam seminggu sekali (memperdengarkan hafalan yang sudah didapat selama seminggu). Dan bagi yang belum berkeluarga, boleh juga mengundang teman-teman dan sekalian jamuan makan kalau mampu.

3. Antum-antunna ada cara lain?….silahkan di-share.

MudahBukan?

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, makaadakah orang yang mengambil pelajaran?” (Qs. Al-Qomar(54) : 17, 22, 32,40)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Minta Izin

MasyaAllah... SubhanaAllah... Allahuakbar...

Semalam bila pulang dari kerja.... Aisyah mengkhabarkan berita gembira,

"Ibu! Nak dengar satu berita gembira?"

Saya menjawab, "Ye sayang, berita apa tu?"

"Aisyah dah khatam baca novel Sultan Muhammad Al-Fateh!"

"Alhamdulillah... ", dan saya pon memeluk, menciumnya serta melemparkan kata-kata pujian dan kekaguman saya atas kesungguhannya membaca novel tersebut. Aisyah gembira.

Tidak lama kemudian, selepas maghrib seingat saya. Aisyah membisikkan sesuatu.

"Ibu, Aisyah nak minta izin untuk pergi berperang di jalan Allah boleh?"

MasyaAllah! Tersentak hati saya... Aisyah mengidam untuk menang/syahid dan masuk ke syurga. Sungguh dia ingin mempraktikkan apa yang dibacanya di dalam novel Sultan Muhammad Al-Fateh!

Sebak bercampur terharu rasa di hati.

"Ok, ibu izinkan tapi Aisyah mesti tamat menghafaz al-Quran dan penuhkan ilmu di dada dulu ye..."

"Ok!" Jawab Aisyah dengan gembira.

Alhamdulillah sungguh banyak perubahan diri Aisyah sekarang ini berbanding Aisyah yang dulu. Dia nampak lebih matang, sering mengingatkan kami untuk menutup aurat dengan sempurna dan solat awal waktu.

Ya Allah, terima kasih atas kehadiran malaikat kecil ini. Permudahkan kami dalam segala amalan dan hijrah kami serta kumpulkanlah kami semua di Jannah atas rahmatMu. Amin! 

PS: Sekarang, Aisyah sedang membaca novel Imam Syafie pula :)
Saya sendiri belum khatam novel-novel tersebut. Lapangkan masa kami ya Allah! Amin.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Novel Sejarah Islam: Sultan Muhammad Al-Fateh

Sekarang Aisyah sedang membaca buku sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh. Walaupon katanya dia tak berapa faham ayat-ayat yang panjang tapi dia faham juga sikit-sikit perjalanan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Alhamdulillah sekarang dah hampir 80 mukasurat dia membaca. Saya akan membantunya menerangkan tentang ayat-ayat yang dia kurang faham.

Muka depan novel sejarah Islam Sultan Muhammad Al-Fateh
Semoga semangat mujahid hebat Sultan Muhammad Al-Fateh akan subur di dalam jiwa Aisyah. Semoga cita-cita Aisyah untuk mengembalikan sistem khalifah di muka bumi akan tercapai. Amin.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Projek Rak Buku Takung Air Hujan (2)

Rak Buku Takung Air Hujan atau dalam Bahasa Inggerinya, rain gutter bookshelves adalah idea yang sangat menarik bagi saya yang mahukan anak-anak saya minat membaca.

Projek Rak Buku Takung Air Hujan (1) pada entri yang lalu boleh saya katakan sebagai berjaya :)

Aisyah suka membaca. Begitu juga dengan adik-adiknya. Walau pon belum boleh membaca selancar Aisyah tetapi mereka suka mengambil dan membelek buku-buku yang ada.

Pemasangan rak buku takung air hujan di bilik tidur utama

Rain gutter bookshelves kesayangan hamba :)

Ruang di bawah tingkap yang boleh dimanafaatkan.
Rak buku kanak-kanak yang amat praktikal, murah dan menarik!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Naik ke tingkatan al-Quran

Alhamdulillah...

2 minggu sudah Aisyah berjaya khatam Iqrak dan naik ke tingkatan al-Quran. Dalam usia 7 tahun 5 bulan, Aisyah berjaya melakukannya.

Syukur ya Allah.

Majlis khatam iqrak sekolah Ar-Rahmah
Wahai anakku,

Perjalananmu masih jauh. Meskipon begitu, doa ibu akan sering menemani Aisyah di mana jua Aisyah berada. Teruskan perjuanganmu menjadi generasi al-Quran merayap dan jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah. Semoga Aisyah sentiasa dilindungi olehNya. Amin.

Bersama sahabat-sahabat yang khatam iqrak

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Bapa Hebat

Assalamualaikum,

Topik : Wajar ke paksa anak masuk sekolah tahfiz? 
Menarik topik yang dibuka.
Mudah-mudahan ada rakan yg mendapat manafaat.
Izinkan Pak Au berkongsi sedikit pengalaman.

Maaf dipinta jikalau penyusunan Pak Abu tidak kemas flownya.
Apa yg diilhamkanNya, Pak Abu tuliskan.

1. Banyak fadhilat seorang Hafiz - antaranya dia akan menyelamatkan 10 ahli keluarganya YANG SUDAH DITENTUKAN masuk neraka.
 

Kalau anak kita hafiz at least kita ibu ayah beliau.

2. SEMUA KITA patut berNIAT dan berUSAHA menjadi hafiz.

Kerana terdapat hadis barangsiapa berniat nak jadi hafiz dan berusaha kemudian dia mati sebelum menjadi hafiz, dia akan dibangkitkan bersama para hafiz

Berjumpalah dengan ustaz-ustaz hafiz minta tips dari mereka.Buku-buku pun ada dijual meneragkan tip dan panduan.

3. Untuk menjadi hafiz ianya bukan shaja KEBOLEHAN tapi PILIHAN.
Kadang-kadang 30 orang memulakan kelas hanya 2 oran khatam dan qualified.

4. Justeru jika kita mahukan anak yang hafiz kita kena mulakan
niat semasa berjimak lagi dan
ikut sunnah dan adab berjimak.
Begitu juga solat hajat dan doa jgn tinggal.

Ada hadis mengatakan

doa bapa pada anaknya sama macam doa nabi pada umatnya.

5. Suasana rumah mestilah ada suasana madrasah iaitu

kita mengaji di rumah,
solat sunat dan
jalani amalan sunnah sebaik mungkin.
Kumpul famili 5-1 minit dan bacaka hadis-hadis fadhilat amal utk menjadi motivasi pada mereka setiap hari.
Isteri yang menyusukan anak mulakanbreast belah kanan dan baca doa.
Isteri memask makanan dengan berzikir.

6. Ajar anak
sayang dan cintakan alquran sejak kecil.
peluk cium alquran.
ajar adab pada alquran.
tampal poster alif ba ta.
Bentuk minda mereka dari kecil.

Kalau mahu tolong mak ayah diakherat jadilah hafiz al-quran.

7. Monitor agar mereka khatam alquran, boleh membaca dengan lancar seawal yang mungkin.

Sebagaimana kita ambil berat tuition anak-anak begitulah kita kena ambil berat tahap kemajuan mereka.

Kalau kita mampu kitalah patut ajarkan anak2 kita.

8. Ada dua pendekatan terdapat pada tahun 80an. Belajar hafiz 100% atau belajar hafiz + akademik. Ada pro dan kontra. Banyak isu dan sudut boleh dibincangkan.
Terserahlah pada ibu bapa memilihnya.
Pemilihan pun kadang-kadang merujuk pada kemampuan kewangan.
Ramai juga ustaz bersetuju ditumpukan tahfiz 100% dahulu.

Namun tahun 90an ada trend baru dan terdapat yang berjaya. Iaitu belajar hafiz 100% .selepas syahadah@qualified mereka belajar sendiri dan ambil SPM. Mungkin kerana ibu ilmu sudah dalam dada mudah mereka lulus dan ramai dapat masuk UIA dan lain-lain pusat pengajian.

Pak Abu lebih cenderung pada trend ini. Anak-anak boleh fokus satu-satu.

9.Tempat belajar kadangkala serasi dan kadangkala tidak serasi.
ramai juga pelajar tahfiz konvensional ( 100% tahfiz) bertukar-tukar madrasah. dan mereka akan kekal disatu tempat sampai khatam. Bertukar madrasah tidak digalakkan di kalangan setengah ustaz.Sebaiknya pelajar istiqamah di satu2 tempat. Kena ada flexibility dan sebab yang munasabah untuk anak-anak berpindah.

10. Bila melawat anak-anak di madrasah bawalah makanan kegemaran yang dimasak ibunya dan berilah kualiti time dengan mereka. tunjukan kasih sayang kita, peluk mereka dan moivasikan harapan bersama disyurga.

Berilah penghargaan bila dia berjaya mencapai satu-satu tahap.
Kalau mampu waktu cuti bawa mereka bercuti kerana mereka sangat mujahadah berkurung di Madrasah. Sedangkan kanak-kanak lain di luar sana bersukaria lebih dari mereka.

Hormati ustaz anak kita dan kadangkala hadiahkan mereka sempena Hari Raya dan lain-lain jika mampu.

Perhatikan kekurangan madrasah dan keperluan , bantulah setakat mampu. Contoh kita tengok budak2 thfiz main bola yg lusoh, belikan sebiji bola baru untuk mereka.

Ia membuat anak kita bangga dengan keprihatinan kita dan motivasi untuknya.

Sekian coretan pengalaman Pak Abu. Mudah-mudahan ada manafat.

Segala puji bagi Allah 4 x yang telah mengurniakan Pak Abu dengan 4 anak lelaki yang Hafiz, 3 anak perempuan yang Hafizah dan anak bungsu baru hafaz 3 juzuk. Untuk jaga hafalan kena baca5 juzuk setiap hari .

Menantu Pak Abu Hafaz sejak umor 10 tahun dan kini mengajar pelajar tahfiz. Beliau baru mendapat anak dan berazam mahu jadikan anaknya hafizah seawal 7-8 tahun. Semoga Allah memilih anak-anak beliau menjadi Hafizah.

Wassalam

 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template