Alhamdulillah projek siap dengan jayanya. Ijam beli rain gutter warna putih sepanjang 20 kaki di kedai hardware Taman Semarak, Nilai Negeri Sembilan. Kami bahagikan kepada 4 keping rak, setiap keping sepanjang 5 kaki.
Satu keping kami tampal di ruang tamu bawah, satu di hall atas dan setiap satu di bilik Aisyah dan Sarah. Selesai proses pemasangan, Aisyah dan adik-adik mula menyusun buku-buku yang ada di ruang hall atas. Hasilnya, taraaaaa....
  | 
| Sudut bacaan di hall atas... | 
  | 
| Pandangan dari sisi... | 
  | 
| Rak buku (yg diisi dengan mainan) di tampal dengan sticker bulat berwarna warni :) | 
  | 
| Bangun tido terus ke sudut bacaan... Eceh... | 
PS: Setakat ini, projek ini nampak sangat berkesan kerana 4 orang puteri nampaknya selalu singgah di sudut bacaan membelek-belek (sebab tak tau baca lagi) buku yang tersusun cantik. Aisyah sorang je yang dah boleh baca pon. Tak sabar nak tunggu Sarah pandai baca pulak ;) seterusnya wiwin Jannah & Najah...
Mereka tak ada masalah nak susun semula buku yang telah dibaca kerana mereka sangat seronok tengok buku yg 
colorful tu... 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)
 
4 comments:
Salam, berapa ye harga rain gutter ni kat kedai hardware? Cantik sangat reading corner gini. Menggalakkan anak2 membaca.
Salam Ummu Ahmad Salahuddin Al-Ayyubi, harga rain gutter ni hanya rm88 dengan panjang 20 kaki. Cap (penutup di hujung kiri dan kanan) pula rm5 sekeping. Boleh minta untuk dipotong mengikut ukuran yang ummu kehendaki :)
salam.. nak tanya.. utk rak buku ni perlu tak nak letak bracket di tengah yer..
t.kasih
Post a Comment