Assalamualaikum,
Topik : Wajar ke paksa anak masuk sekolah tahfiz? 
Menarik topik yang dibuka.
Mudah-mudahan ada rakan yg mendapat manafaat. 
Izinkan Pak Au berkongsi 
sedikit pengalaman. 
Maaf dipinta jikalau penyusunan Pak Abu tidak kemas 
flownya. 
Apa yg diilhamkanNya, Pak Abu tuliskan. 
1. Banyak fadhilat 
seorang Hafiz - antaranya dia akan menyelamatkan 10 ahli keluarganya YANG SUDAH 
DITENTUKAN masuk neraka. 
 
Kalau anak kita hafiz at least kita ibu ayah 
beliau. 
2. SEMUA KITA patut berNIAT dan berUSAHA menjadi hafiz. 
Kerana terdapat hadis barangsiapa berniat nak jadi hafiz dan berusaha 
kemudian dia mati sebelum menjadi hafiz, dia akan dibangkitkan bersama para 
hafiz 
Berjumpalah dengan ustaz-ustaz hafiz minta tips dari 
mereka.Buku-buku pun ada dijual meneragkan tip dan panduan. 
3. Untuk 
menjadi hafiz ianya bukan shaja KEBOLEHAN tapi PILIHAN. 
Kadang-kadang 30 
orang memulakan kelas hanya 2 oran khatam dan qualified. 
4. Justeru jika 
kita mahukan anak yang hafiz kita kena mulakan 
niat semasa berjimak lagi dan 
ikut sunnah dan adab berjimak. 
Begitu juga solat hajat dan doa jgn 
tinggal. 
Ada hadis mengatakan 
doa bapa pada anaknya sama macam 
doa nabi pada umatnya. 
5. Suasana rumah mestilah ada suasana madrasah 
iaitu 
kita mengaji di rumah, 
solat sunat dan 
jalani amalan 
sunnah sebaik mungkin. 
Kumpul famili 5-1 minit dan bacaka hadis-hadis 
fadhilat amal utk menjadi motivasi pada mereka setiap hari. 
Isteri yang 
menyusukan anak mulakanbreast belah kanan dan baca doa. 
Isteri memask 
makanan dengan berzikir. 
6. Ajar anak 
sayang dan cintakan alquran 
sejak kecil. 
peluk cium alquran. 
ajar adab pada alquran. 
tampal 
poster alif ba ta. 
Bentuk minda mereka dari kecil. 
Kalau mahu tolong 
mak ayah diakherat jadilah hafiz al-quran. 
7. Monitor agar mereka khatam 
alquran, boleh membaca dengan lancar seawal yang mungkin. 
Sebagaimana 
kita ambil berat tuition anak-anak begitulah kita kena ambil berat tahap 
kemajuan mereka. 
Kalau kita mampu kitalah patut ajarkan anak2 kita. 
8. Ada dua pendekatan terdapat pada tahun 80an. Belajar hafiz 100% atau 
belajar hafiz + akademik. Ada pro dan kontra. Banyak isu dan sudut boleh 
dibincangkan. 
Terserahlah pada ibu bapa memilihnya. 
Pemilihan pun 
kadang-kadang merujuk pada kemampuan kewangan. 
Ramai juga ustaz bersetuju 
ditumpukan tahfiz 100% dahulu. 
Namun tahun 90an ada trend baru dan 
terdapat yang berjaya. Iaitu belajar hafiz 100% .selepas syahadah@qualified 
mereka belajar sendiri dan ambil SPM. Mungkin kerana ibu ilmu sudah dalam dada 
mudah mereka lulus dan ramai dapat masuk UIA dan lain-lain pusat pengajian. 
Pak Abu lebih cenderung pada trend ini. Anak-anak boleh fokus satu-satu. 
9.Tempat belajar kadangkala serasi dan kadangkala tidak serasi. 
ramai juga pelajar tahfiz konvensional ( 100% tahfiz) bertukar-tukar 
madrasah. dan mereka akan kekal disatu tempat sampai khatam. Bertukar madrasah 
tidak digalakkan di kalangan setengah ustaz.Sebaiknya pelajar istiqamah di satu2 
tempat. Kena ada flexibility dan sebab yang munasabah untuk anak-anak berpindah. 
10. Bila melawat anak-anak di madrasah bawalah makanan kegemaran yang 
dimasak ibunya dan berilah kualiti time dengan mereka. tunjukan kasih sayang 
kita, peluk mereka dan moivasikan harapan bersama disyurga. 
Berilah 
penghargaan bila dia berjaya mencapai satu-satu tahap. 
Kalau mampu waktu 
cuti bawa mereka bercuti kerana mereka sangat mujahadah berkurung di Madrasah. 
Sedangkan kanak-kanak lain di luar sana bersukaria lebih dari mereka. 
Hormati ustaz anak kita dan kadangkala hadiahkan mereka sempena Hari 
Raya dan lain-lain jika mampu. 
Perhatikan kekurangan madrasah dan 
keperluan , bantulah setakat mampu. Contoh kita tengok budak2 thfiz main bola yg 
lusoh, belikan sebiji bola baru untuk mereka. 
Ia membuat anak kita 
bangga dengan keprihatinan kita dan motivasi untuknya. 
Sekian coretan 
pengalaman Pak Abu. Mudah-mudahan ada manafat. 
Segala puji bagi Allah 4 
x yang telah mengurniakan Pak Abu dengan 4 anak lelaki yang Hafiz, 3 anak 
perempuan yang Hafizah dan anak bungsu baru hafaz 3 juzuk. Untuk jaga hafalan 
kena baca5 juzuk setiap hari . 
Menantu Pak Abu Hafaz sejak umor 10 tahun 
dan kini mengajar pelajar tahfiz. Beliau baru mendapat anak dan berazam mahu 
jadikan anaknya hafizah seawal 7-8 tahun. Semoga Allah memilih anak-anak beliau 
menjadi Hafizah. 
Wassalam
  
Klik LIKE kalau suka entri ni :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment