- Sentiasa mengucapkan kalimat La ilaha illa Allah dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal (misalnya: menyentuh mukanya; membuka tangannya; menggosok atau mengurut badannya selepas mandi
- Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang dan kemesraan
- Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah. Misalnya: set anggota (pegang anggotanya yang berkenaan);
- Tekankan hanya Allah berkuasa memberikan kepadanya anggota itu, makhluk selain daripada Allah tidak mampu berbuat demikian.
- Terus baca “La ilaha illa Allah”
- Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah: misalnya: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya
- Membawanya bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekelian alam.
- Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah
- Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang Allah berikan kepada ciptaan-Nya. Misalnya: panas, sejuk, kasar, licin, rata, bulat, kesat, halus. Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis, masin, pahit dan masam. Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan –Nya.
- Solat di samping anak. Mencium dan mendukungnya selepas solat.
- Membaca al Qur’an dan ma’thurat di sampingnya.
- Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan rata. Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap. Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit
- Bagi keseimbangan badannya, cubalah beransur-ansur menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati. Lakukan semua aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid. Penggunaan nasyid adalah berkesan.
Tahap Umur : 6 – 12 bulan
- Teruskan ransangan yang dibaut untuk kumpulan umur 0 – 6 bulan.
- Mengajar kalimah tauhid dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur.
- Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar atau buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya. Contoh: Set tanda kekuasaan Allah di langit ( matahari, bulan , bintang, planet ). Set kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika
- Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set.
- Kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set). Pembinaan ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga.
- Memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan –persamaan pada set makhluk yang sama jenisnya; juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk pada set makhluk yang sam jenis. Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan oleh ibu.
- Untuk meransang fizikal anak biarlah anak merangkak secara bersilang (criss-cross pattern) kerana ini insyaAllah membantu perkembangan otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan otak kiri) . Sediakan tempat selamat untuk anak merangkak dan bermain. Galakkan anak merangkak dengan cara permainan , misalnya: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat terowong dari kotak untuk anak itu lalui.
- Klau boleh elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby walker) kerana ini akan mengurangkan peluang anak merangkak.
- Teruskan ransangan sebelum ini
- Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat lapang dan selamat, misalnya padang. Pada tahap ini aktiviti ini insyaAllah membantu perkembangan bahagian tertentu otak anak (cortex).
- Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang Esa.
- Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal oleh anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah. Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya: bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali. Penggunaan nasyid boleh membantu.
AL QUR'AN
0 comments:
Post a Comment