Alhamdulillah... segala puji bagi Allah...
Tahun 2012, Sarah mula bersekolah. Sekolah pertama Sarah ialah Tadika MAIWP yang bertempat di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak. Sekolah yang sama dengan Aisyah dahulu.
Bayaran pendaftaran hanyalah rm200++ dan bayaran bulanan rm20. Kelas lengkap berhawa dingin serta makanan yang enak setiap hari. Antara menu yang saya dapat ingati : mee/meehun sup, nasi lemak, nasi himpit, coco crunch, mee/mihun goreng dan macam-macam lagi.
Guru-gurunya pula berpengalaman dan berdedikasi. Terima kasih dan saya doakan semua guru-guru ini dipermudahkan mendidik dan dipermudahkan segala urusan.
Sarah sewaktu sesi ibubapa berjumpa guru. |
Antara perbezaan yang besar dalam didikan saya untuk Aisyah dan Sarah ialah, saya tidak mengajar apa-apa langsung kepada Aisyah semasa umurnya 4 tahun. Manakala untuk Sarah pula, saya sempat mengajar Sarah mengenal huruf hijaiyah melalui flash card dan buku. Saya mula mengajar Sarah selepas mengikuti kursus mengajar al-Quran kepada bayi dan kanak-kanak anjuran Pn Lina Karim pada bulan Julai 2011.
Jadi, dalam masa beberapa bulan sebelum Sarah mula belajar di tadika, dia sudah mengenal huruf hijaiyah dan huruf hijaiyah yang bersambung (Iqrak 2). Saya juga sentiasa mengulangkaji pelajaran Iqrak dan lain-lain bersama Sarah supaya lebih mudah apabila dia ingin membacanya di hadapan cikgu di sekolah.
Setelah hampir setahun bersekolah pada usia 5 tahun, Sarah sudah berada di peringkat Iqrak 4 dan menghafaz beberapa surah lazim.
Kini tiada lagi sistem peperiksaan di tadika MAIWP. Penilaian dibuat oleh guru kelas berdasarkan sikap, kedatangan, ujian membaca dan lain-lain. Setiap guru kelas akan memilih 3 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki untuk 3 kategori anugerah :
1. Anugerah Iqrak Terbaik
2. Anugerah Kurikulum Terbaik
3. Pelajar Harapan
Paling mengejutkan saya, Sarah berjaya mendapat Anugerah Kurikulum Terbaik di dalam kelasnya. Saya memang terkejut kerana Aisyah dahulu semasa di tadika tidak pernah mendapat apa-apa anugerah. Pencapaian terbaik Aisyah ialah mendapat no 6 semasa berusia 6 tahun.
Alhamdulillah, dengan izin Allah Sarah mendapat anugerah tersebut hanya dengan sedikit pelajaran mengenal huruf hijaiyah yang sempat saya ajarkan sebelum dia masuk sekolah. Perbezaan yang sedikit tetapi memberi impak yang besar!
Benarlah kata orang bahawa pendidik yang pertama untuk anak-anak adalah ibunya sendiri. Carilah sedikit waktu untuk mengajar anak-anak di rumah walaupon hanya setengah jam sehari. Percayalah! ianya akan menghasilkan impak yang besar kepada anak-anak kecil ini.
Anugerah Kurikulum Terbaik 2012 (5 tahun) untuk Sarah |
Klik LIKE kalau suka entri ni :)
2 comments:
tahniah sarah. mama awin proud of u. n proud of my exhousemate...exmotormate...exfacultymate...exmajoringmate.....sekarang inspirasimate :) tentang Aisyah.... she is excellent in her own way.
tq mama awin!
i'm proud of you too! sama-sama kita cuba membesarkan khalifah kita dengan cara yg terbaik untuk menuju ke jannah! amin...
Post a Comment