Kisah anak-anak...

Lama dah rasanya x cite pasal twin... Now mereka dah nak masuk setahun empat bulan. Dua-dua dah pandai jalan.... tapi Jannah lagi laju la... insyaAllah 13-16 April kami akan ke KK. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Haih... camne la pengalaman bwk twin naik flight nanti.... mesti huru hara kan... hahahha.... tapi takpa kitorang pegi ramai2... so ade assistant yang wajib tolong nanti.... twin (especially Jannah), tolong jgn buat hal dlm flight nanti ye...

Aisyah pulak... alhamdulillah nampak makin boleh sesuaikan diri dengan sekolah. Keje sekolah pon boleh siap cepat x mcm dulu bercinta nk tunggu dia siapkan....

As for Sarah, dia start sekolah seminggu sekali je... sebab aku x rasa dia prepare utk sekolah hari-hari... then aku nk dia seronok main2 dulu... x yah stres2 nk buat keje sekolah... tahun depan baru start tadika... Plannye nk hantar ke Tadika Othmaniah la mana lagi...

Sejak aku ade twin, aku terpaksa pakai bibik, aku x larat nk mengangkut diorang pagi2 pi hantar rumah org.... as for this month, dah masuk bibik ke 3... hehehe... mintak2 yg ni boleh tahan lama... Bibik dok rumah parents aku... aku pon dok rumah parents gak.... so senang pagi2 x yah berangkut2.... sian kt ijam je dok umah dia sorang2... ala bukan jauh pon depan rumah parents aku je... hehehhe....

Haaa... cite pasal rumah... dah settle dah proses pindah milik... owner pon dah dpt duit dia... barulah senyap mulut dia kalau tidak adoiii.... sabar jelah sib baik org tua malas aku nak gaduh2... Jadinya... officially rumah yg kami sewa sejak 6 tahun lalu telah menjadi milik kami... :)
Ingat tak kami ada masalah loan sebab rumah ini adalah rumah kami yang ke-7? Bank nk bagi kami margin loan 70% shj... akhirnya kakak ipar aku (kakak ijam) bermurah hati nak pinjamkan nama dia untuk kami beli rumah ni... makanya rumah ke-7 kami adalah atas nama kakak ijam (pinjam nama je... semua kos deposit 10% + legal fee kami yg tanggung). InsyaAllah lepas 3 tahun (kalau umur panjang) kami akan transfer balik rumah ni atas nama kami...

Excited kan bila dah beli rumah sendiri? Kami terus plan nk renovate jadi 2 tingkat tapi sejak Jepun dilanda tsunami barang-barang binaan naik harga... so kami amik tempoh bertenang dan survey2 dulu...

10 Tips Belajar Pengucapan Awam

Pada Januari lepas, penulis dijemput menyampaikan satu ceramah kepimpinan kepada barisan kepimpinan SMU (A) Muhammadi (L) Kota Bharu Kelantan. Penulis diminta mengupas sikap profesionalisme Rasulullah SAW sebagai pemimpin contoh. Sejumlah “15 i” yang mewakili intipati profesionalisme kepimpinan Rasulullah SAW yang boleh kita pelajari dan amalkan untuk menjadi pemimpin yang wibawa dan dihormati. InsyaAllah akan penulis kupas di tulisan mendatang. Pada tulisan kali ini penulis mahu memberi respon kepada 1 soalan dari seorang peserta yang bertanyakan bagaimanakah dia boleh memperbaiki pengucapan awamnya kerana dia amat berminat dalam memberi ceramah motivasi dan bimbingan. Berikut penulis kongsikan 10 tips Untuk Memantapkan Pengucapan Awam, semoga bermanfaat.

1. Tahu apa tajuk, isi kandungan, bahan-bahan dan sebagainya yang hendak disampaikan. Pilihlah tajuk yang anda minati, fasih, faham dan menguasai. Jangan cuba menjadi penceramah serba tahu. Cuba dapatkan lebih lanjut huraian tajuk, buat “homework” tajuk tersebut, ianya akan membantu anda untuk memantapkan bahan penyampaian anda. Pelbagaikan bentuk dan isi kandungan penyampaian, ada humor, cerita peribadi dan bahasa percakapan, kisah seseorang yang boleh dijadikan teladan, video yang bersesuaian, gambar dan sebagainya - dengan cara itu ia akan dapat membantu anda untuk mengingat dan menyusun bahan penyampaian anda dengan lebih menarik.

2. Latihan, Latihan, Latihan! Sentiasa berlatih, samada berseorangan dengan suara perlahan atau kuat, mahupun bersama rakan. Kemudian buat penilaian, baiki dan catat apa yang lemah dan perlu diperbaiki. Cuba kuasai setiap sub topik, recall apa isi penting yang hendak disampaikan dalam setiap sub topik. Amalkan pendekatan berhenti sejenak dan bernafas dengan tenang. Sentiasa berlatih dengan ambil kira perjalanan masa agar kelak penyampaian anda tidak terlalu panjang atau terkejar-kejar masa.

3. Visualisasikan diri anda dalam menyampaikan ceramah atau pidato anda. Bayangkan diri anda bercakap, suara lantang, jelas dan penuh keyakinan diri. Visualisasikan para pendengar bertepuk tangan, tersenyum dan sentiasa memandang anda tanda mereka gembira, berminat dan terfokus kepada penyampaian anda, ini akan meningkatkan rasa percaya dan yakin pada diri anda.

4. Sentiasa tiba awal di lokasi program. Berjalan di sekitar kawasan program, bersembang-sembang dengan urusetia program dan bertanya soalan berkenaan latarbelakang peserta, apa aktiviti yang telah dibuat sebelum ini dan sebagainya. Buat cubaan mikrofon dan alat bantu visual agar tidak berlaku gangguan ditengah sesi penyampaian anda kelak.

5. Kenali siapa audien atau pendengar anda. Menyapa beberapa peserta atau pendengar apabila memulakan bicara, bertanya khabar, memanggil mereka dengan panggilan yang menarik seperti adik-adik sayang, adik-adik kasih dan sebagainya. Lemparkan senyuman. Pandang wajah-wajah mereka terutama wajah yang menyenangi hati melihatnya.

6. Tenang. Mulailah dengan doa, zikir dan selawat di dalam hati. Ambil masa anda untuk menenangkan saraf anda. Duduk dengan kemas, berdiri dengan betul, berjalan dengan tertib. Lemparkan senyuman, tutur sepatah demi sepatah, jangan terlalu laju bercakap, pindahkan rasa gementar kepada ketenangan dengan bersembang dan bertanya khabar/soalan kepada peserta.

7. Sedarilah bahawa mereka yang mendengar inginkan anda berjaya menyampaikan sesuatu yang terbaik untuk mereka. Audien ingin anda berjaya menarik perhatian mereka, menstimulasi minda, emosi dan sikap mereka, memberi maklumat dan tips yang berguna dan menghiburkan hati mereka. Mereka yakin kepada anda. Maka anda tidak perlu risau, sampaikan kepada mereka dengan yang terbaik.

8. Beri tumpuan pada mesej yang anda mahu sampaikan. Jangan sampai hilang arah atau terlalu banyak bercerita perkara-perkara di luar tajuk / sub topic. Jangan biarkan penonton hilang arah penceritaan dalam penyampaian anda, sentiasa menarik focus audien setiap kali memulakan sub topik.

9. Tingkatkan dan timba pengalaman. Pengalaman membina rasa percaya diri, yang merupakan kunci untuk mampu memberi ceramah dengan lebih berkesan. Jangan segan silu ikut siri program pelatihan pengucapan awam, ianya akan membantu anda.

10. Jangan jemu-jemu bermunajat dan berserah diri kepada Allah, luruskan niat bahawa kita melaksanakan pengucapan awam ini adalah dalam proses melaksanakan tuntutan dakwah. Bukan mencari nama, populariti dan mencari duit tambah. Jangan bergantung semata kepada bakat dan kebolehan, sebaliknya tawadhu’lah di hadapan Allah yang sesungguhnya Dia-lahpenganugerah potensiserta kemahiran yang kita bina dan miliki. Maka sebagai imbal baliknya, sampaikan penyampaian / ceramah anda semata-mata mencari keredhaan Allah dan pahala dari Allah SWT.

Sumber:http://usrahkeluarga.blogspot.com/2011/02/10-tips-belajar-pengucapan-awam.html

Seminar... ilmu... mari melabur :)

hmm macamana nk mula ye... actually aku dan kawan2 blogger aku (property investor) nak buat sesi perkongsian ilmu dan tips tentang bagaimana nk start buat pelaburan hartanah.

Alhamdulillah... sepanjang 7 tahun penglibatan aku dalam dunia hartanah, aku dah beli 7 biji rumah sejak 2004 dan 5 daripadanya disewakan dengan positif cashflow(CF). Positif CF maksudnye lepas tolak instalment dan maintenance masih ade lagi baki duit sewa yg masuk ke dalam akaun bank aku. Dan baki-baki ni setelah dikumpulkan adalah lebih daripada mencukupi untuk membayar instalment bulanan rumah yang aku tinggal sekarang. Maknanya instalment rumah aku di bayar oleh penyewa-penyewa aku la. Menarik tak?

Kalau korang duplicate lagi formula ni dengan menambah jumlah rumah yang positif CF makanye insyaAllah dlm masa 10 tahun atau lebih (ikut strategi masing-masing) korang dah boleh buat pilihan untuk nk datang pejabat atau duduk rumah jaga anak / buat apa yang kita suka tanpa perlu bimbang tentang wang dan masa... financial freedom beb! :) tapi duit tetap masyukkkk tiap-tiap bulan... ini bukan skim cepat kaya boleh jadi jutawan sekelip mata ye...

Idea seminar ni sebenarnye datang daripada kawan-kawan blogger dan diorang invite aku sekali... so i think why not? Niat aku nk berkongsi ilmu. Semoga bermanafaat untuk kita semua.

Klik link di bawah untuk keterangan lanjut tentang Seminar Pelaburan Hartanah. Have a nice day!

http://propertyandco.blogspot.com/

Melaka Wonderland

Dah 2 bulan lepas aku pegi sini waktu cuti sekolah ujung thn lepas... la ni baru nk update kt blog... hehehe... Melaka Wonderland baru dibuka kepada org ramai bermula lebih kurang May 2010...

Ceritanya aisyah la ni minat sgt dgn 2 org budak kembar botak tu kan... sape lagik... upin ipinla... so bila aku dpt tau upin ipin nk pegi melaka wonderland maka bersemangatla aku melobi ijam pi sana.... mmg dah lama usha nk pi sana... ni kire masa terbaekla ni kan... *kononnnn*

So sampai masa... kitorang pon pegila... angkut semua + mak + bibik sekali... sampai sana mmg aisyah la paling enjoy... naik segala mak nenek permainan air yg ade kt sana... sarah penakut air la... isk isk aku kesian dgn dia sebab dia ni mcm fobia air... paling kuat pon dia duduk tepi kolam rendam kaki... adehhh... camne nk buat dia suke masuk kolam ek... huhuhu

Byk maskot kartun yg ade kt sana waktu ni... badut pon ade... dia suka dtg tengok jannah... pastu kacau org sana sini... maskot upin ipin je yg aku x nampak... Aisey konon nk dtg jumpa upin ipin tapi x nampak pon diorang...

Waktu nk balik tu... tiba2 upin ipin dtg melintas lalu depan kitorang... aisyah + sarah punyelah takuttt... sebab diorang sgt besarrrr... adehla... aisyah + sarah betul2 ingat upin ipin tu saiz mcm dlm tv jek... so terkejutla tengok diorang ni besar... tangkap gambar pon tamau...

Ermm takpela nk wat camno kan... janji enjoy p mandi manda... tapi bayaran masuk dia mcm agak mahalla bagi aku... rasa mcm malas lagila nk pegi tempat2 camni... tunggu la si kembar besar dulu... letih wooo...





Twin: Jannah dah dpt kaki!

Lama aku tak update pasal twin... lebih kurang umur Jannah setahun 1 bulan dia dah pandai jalan! hehehhe kire Jannah ni rekod terhebat paling cepat jalan la... Aisyah dgn Sarah pon pandai jalan betul umur setahun 3 bulan gitu...

Bestnye tengok dia dah pandai jalan... buat masa ni.. dia jalan mcm robot! hehehe... Najah blum lagi... still merangkak... tapi badan dia dah naik la... aku tengok mcm lagi besar drpd Jannah je... Jannah pon susut pasal asik berjalan je kot...

Semalam... tgh main sama2 tiba-tiba terjerit Najah... Rupa-rupanya si Jannah gigit tangan dia pasal nk rebut mainan la tu... hehehe lawak je aku tengok... dalam gambar-gambar kt bawah ni Najah xde sebab dia tengah tidur...



Aisyah tumbuh gigi kekal???

Last 2 weeks mcm tu aisyah bagitau gigi depan bhg bawah dia dah patah... tapi aku mcm x amik port je... tapi satu hari tu dia ulang lagi ckp benda yg sama... aku pon panggil dia mai nk tengok gigi dia...

Lorrrr.... bukannya gigi dia patah... tapi gigi kekal dia dah tumbuh kt bhg dalam gigi susu... 2 batang gigi yg baru nk tumbuh... alamak! camne ni... x cantik ke gigi anak aku nanti? Cuti CNY dah la byk klinik gigi tutup...

Call punye call... last2 sabtu lepas baru bwk dia p klinik gigi utk cabut gigi susu dia... dah bergoyang pon... rasa2 x susah nk cabut... tapi aku yg seram lebih2 ok :) aisyah relaks jek... hehehe

Sampai giliran aisyah, dr suruh aku sekali duduk atas kerusi patient tu... aisyah baring atas aku... adehhh... aisyah tau jelah badan dia camne... dr letak mcm ubat bius perisa strawberi tp aisyah x suka... di ludah2 nye ubat tu...

Hmmm... nasib baikla dr jenis sabar gak n rajin layan karenah budak2... pastu dia bg ubat bius xde perisa... x lama tu... tap! dia dah cabut gigi aisyah sebatang... eh kejapnye...

Tapi ade lagi sebtg nk kena cabut (sebab gigi baru dah tumbuh 2 btg kan)... Aisyah request cabut minggu depan. Dr kata ok je... So weekend ni aku kena p klinik gigi lagik... hmmm... jadi pengunjung setia la lepas ni gamaknye... Lupa nk bgtau... klinik caj rm25 ari tu... okla xdela mahal sgtkan...

Treasure Hunt + Appreciation Dinner for CSM Staff

Salam semua... lama betul aku x update blog ni... hehhehe... tu pasal la nuffnang aku x cecah rm10 walaupon dah 2 tahun aku berblog.... takpe2 aku ikhlas ber blog taw... tak dpt duit pon xpe... :P

Actually Sabtu & Ahad lepas aku join co baru aku ni utk Treasure Hunt drpd KL ke Melaka. Ni first time aku masuk treasure hunt tau. OMG it's really fun! Gianla pulok! hehehhe... paling best group aku (ade 4 org ) dpt no 4 drpd 22 group.... Power jugak kami nih! sonok... sonok... dpt hadiah rm400 so rm100 sorang la... sape nk bagi wehhh.... alhamdulillah...

Kami bermalam kt Hotel Mahkota, Melaka. First time aku bermalam di hotel tanpa anak2 di sisi... Rasa janggal sangat... Bila call rumah dengar suara Aisyah dan adik2nye rasa mcm nk menangis lak.... hish... over sunguh kan....

Macam biasala malam2 mesti ade dinner, department show & lucky draw. Untuk department show department aku, R&D dpt no 2. Lucky draw pulak... alhamdulillah aku menang lagi! this time xdela dpt grand prize tapi cukup utk buat aku senyum sampai telinga.... walaupon aku tak pandai masak! hahahha.... sudah semestinya mak aku yg akan guna benda ni... kenwood multi cooker... apa nk masak pakai benda alah ni eh... boleh bagi cadangan? (al maklum aku ni mmg jahil bab2 masak ni....)

Ni pon tgh google pemenda aku nk masak guna multi cooker ni.... hmmm....


Aisyah first day @ school....

Hari ni 3 Jan 2011, aku cuti lagik... just utk pastikan anak daraku selesa menjalani hari pertama persekolahan darjah 1... Hari ni jugak, akan ditentukan Aisyah dpt kelas mana... berdasarkan ujian diagnostik tempoh hari... Aku sebenarnya x kisah sgt pon aisyah dpt kelas mana... baru darjah 1 kan... terlalu awal utk menilai kemampuan murid2... tapi Alhamdulillah ... Aisyah dpt kelas pertama.... 1 Smart... begitu juga dengan best fren nye... Najwa.... tahniah!

Kurang kerisauan aku sebab aisyah dah ade kawan... boleh rehat sama2... aku tunggu sampai aisyah rehat... tengok dia beli makanan...makan... isk payah... lebih baik aisyah bwk bekal... senang tak buang masa beratur... dia makan bihun goreng pon x habis... x sedap kot... insyaAllah aku akan pastikan aisyah bwk bekal lepas ni... lepas rehat aisyah masuk kelas... aku n ijam pon balik... kol 1 datang balik amik dia... aisyah nampak ok... bila tanya best tak sekolah? dia kata tak best! kenapa??? sebab lama sgt... huhuhu ... aku harap aisyah cepat sesuaikan diri...

Petang kol 2.30 - 5.30 pegi sekolah agama pulak... aisyah nampak letih.. apa boleh buat... ini utk masa depan dia jugak... aku tanak dia kaya ilmu dunia je... aku nk dia kaya ilmu akhirat jugak...
*mintak2 dia boleh kurus cket...hehehe*

Kalau ditanya apa perasaan aku? Aku rasa nk teman aisyah hari2 pegi sekolah... huhuhu...


Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template