Aisyah dah masuk darjah 1????

Aku mcm x percaya je, baru 13/12/2010 aisyah anak sulung aku sambut besday ke-6, masuk tahun 2011 ni, dia pon masuk darjah 1. Terasa mcm baru semlm aku kt spital melahirkan dia... huhuhu... cepat betul masa berlalu... (tanda2 kiamat kecil tu)

Hari ni (30 Dis 2010) aku amik cuti sebab nk hantar aisyah - hari orentasi. Kira mcm hari pengenalan la... khas utk darjah 1 shj. Aisyah masuk sekolah aku dulu, SKBTR 1. :) Sekolah ni dah jauh berubah daripada zaman aku dulu.... dah jauh lebih cantik... dan dengar-dengarnya akan jadi sekolah bestari. Syukur. Hendaknya aisyah pon terkena tempias jadi pelajar bestari.

Oh ye, terjumpa kawan aku kt UM dulu, Jek (bukan nama sebenar). Dia jadi cikgu kt situ dah agak lama gak la... Anak lelaki dia pon ada masuk darjah 1 jugak... Seronok jugak jumpa kawan lama... semua murid darjah 1 kena amik test tadi untuk tentukan kedudukan kelas. Hopefully aisyah dpt kelas terbaik lah... Amin.

Aisyah duduk tepi tingkap je tadi. So dptla jugak aku tengok apa yg dia jawab. Aku tinggalkan dia kejap. Pastu aku dtg balik. Tau tak dia buat apa? Termenung. Kalau dah siap xpe jugak. Ni belum siap. Aduh, kalau aku biarkan confirm dia termenung sampai ke sudah. Aisyah.. aisyah..


kt PUSRAWI...senget bontot duduk, sakit wooo...!

Happy Birthday to Aisyah, Jannah n Najah!

Happy birthday pada semua anak ibu yg terrrr sayang! Ibu sentiasa doakan kalian menjadi muslimah sejati... taat pada perintah Allah dan Rasulnya... dan ibu doakan... salah seorang atau kesemuanya akan menjadi tahfizah... itu hajat ibu... moga Allah makbulkan... dan semoga ibu dapat berikan didikan yang terbaik untuk semua anak-anak ibu... saaaaayang semua! mmuahh!



Ehh... dia datang setelah lama menghilang.... huhuhu

Lagi 2 hari umur twin setahun... en P dtg menjengok... huhu lama gile aku x melalui hari2 bersama en P nih... boringnye en P dah dtg melawat.... redho jelahhhh....


Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.

“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, tolong rujuk kembali entri dalam blog ini dalam tajuk: Mencari Ketenangan Hati)

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selalin berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!

Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.

Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

Santai di hujung minggu....

Ahad 5 Dis 2010 aku x pegi mana2 cuma ke wedding jiran. Habiskan masa dgn 4 org budak comel n pk menu dan jemputan utk majlis harijadi aisyah n twin pada 18 Dis 2010. Jemput dtg ye... Jgn x dtg!




AHB: Jual 1 bilion unit setahun

PELABURAN Hartanah Bhd (PHB) yang melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), semalam yakin dapat menjual 1 bilion unit dana dalam tempoh setahun, sekali gus membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah bagi pelaburan jangka panjang.

Dana AHB yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia tiga bulan ke atas dengan pelaburan minimum RM500.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman berkata, AHB skim unit amanah yang bersandarkan hartanah perdana dan memberi pulangan kompetitif serta stabil kepada pelabur.

Katanya, PHB juga akan memperbesarkan lagi skim AHB supaya setiap Bumiputera berpeluang melabur dan menjangkakan untuk menambah 50 peratus lagi saiz dana daripada jumlah sedia ada.

“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Kami juga percaya 1 bilion unit AHB yang ditawarkan dapat dijual dan mensasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 500 juta unit lagi dalam tempoh setahun lagi.

“Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, kami sudah bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara,” katanya di majlis pelancaran AHB di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid dan Pengerusi PHB, Tan Sri Md Nor Yusof.

Kamalul berkata, pelabur berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.

PS: Boleh tahan jugak kan... harga tetap rm1 seunit, min dividen 6%. Antara alternatif terbaik fund berlandaskan syariah.

Aisyah Convocation Day - Part 1

Selasa lepas, 2 Nov 2010 berlangsung majlis konvokesyen untuk semua murid 6 tahun sekolah tadika Islam under MAIWP di Masjid Wilayah Jalan Duta. Tok Wan, ayah, ibu & nenek ikut sekali. Tak ketinggalan jugak Sarah. Majlis belah pagi. Ceria jubah & topi Aisyah warna merah. Siap ade gerai jual makanan & bunga-bunga hadiah untuk graduan. Perghh mcm grad universiti pulak... hehehe... beli gak satu utk Aisyah... supaya dia lebih bersemangat pergi sekolah :)

Pukul 12 tengahari majlis selesai... belum sampai rumah lagi aisyah & sarah dah lentok dalam kereta.. letihla tu... oh lupa nk cerita... aisyah bagitau dia dpt no 10 drpd 30++ org... hehehehe... no 10 pon nak hadiah... okla tu kot... dia pon dah pandai baca buku cerita bahasa melayu dan pandai baca surah Yasin. Aku pon terkejut waktu dia baca Yasin tu. Tapi dia baca tak habisla... biasala budak2 jarang dpt fokus lama2... Tahun depan dah masuk darjah 1, semoga dia terus cemerlang dunia & akhirat. Amin.

PS: 13 Nov 2010 ade majlis konvokesyen kt sekolah pulak... that one is Part 2 :)














Happy Birthday To Me!

Walaupon dah agak basi tapi nak jugak update kt blog... :D

Birthday aku yg ke-31 pada 22 Oktober yang lepas... Happy Birthday To Me! Walaupon usia semakin bertambah tapi tahun ni aku rasa x kisah pon... malah makin happy dan bersyukur sgt2 nk tau apa rahsianye? Semakin tua semakin kaya! hahaha... mata $$$$ betul aku ni kan... :D

Dalam property investment, investor mmg x risau bila usia meningkat sebab:

1. Property yang disewakan semakin meningkat harganya....
2. Loan kepada bank semakin berkurang... (penyewa yg tolong byrkan installment ni tau)

So kira serampang 2 mata la... jom kite layan property investment! :)
*sorila melalut pulak aku pasal property investment kt personal blog...*

PS: Semakin tua pastikan IBADAH juga semakin bertambah... *pesanan untuk diri sendiri... huhuhu*

Tiramisu Cake sponsored by en Suami... Luv U! :)

Chicken Pox!

Saje nk update sikit pasal si kembar... skang 2-2 kena chicken pox... tataula dpt drpd mana... tapi jannah kena dulu... 3 hari kemudian najah pulak... now tengok benda yg bulat2 berair kt kulit diorang dah beransur kering... sian bibik penat... hehehe... ibu diorang lagila penat...

Mintak2 tak kena kt kakak2 diorang... terutamanya si sarah yg suke sgt cium si kembar walaupon dah pesan byk kali jgn cium!





2 Syawal - Melaka

Macam biasalah mmg wajib tiap2 tahun balik ke Ayer Keroh Melaka belah ijam... Aisyahlah yg paling seronok dpt main bunga api beramai2... Biasa kami konvoi ramai-ramai ke Kemuning... Penatnye toksah ckpla... tapi seronok... insyaAllah tahun depan jumpa lagi ye!


Aidilfitri 2010

Salam aidilfitri buat semua kawan-kawan dan pembaca yang sudi singgah kt sini... Mohon maaf atas segala kesilapan yang sengaja dan x sengaja... semoga bergembira di hari raya tanpa mengabaikan tanggungjawab kita kepadaNya... *pesanan untuk diri sendiri jugak*

Raya tahun ni amat bermakna bagi aku dengan kehadiran si kembar... wowowow... sedar x sedar aku dah ada 4 orang budak comel... collection duit raya 2 kali ganda tahun ni... hahaha... jgn takut nk jemput kami ke open house... kami mmg suka mkn free... :D





Hijrah

Selepas 8 tahun 4 bulan aku bekerja di ASMB, dah tiba masanye utk aku berhijrah di tempat baru. Pada 1 September 2010 yg lepas aku memulakan keje di syarikat baru. Syarikat baru aku bekerja ni beroperasi di Seksyen 19 PJ. Alhamdulillah 3 hari dah aku keje kt sini, so far so good :)


Memang ramai yg terkejut waktu aku buat keputusan ni... tapi aku nekad. Demi masa depan aku, aku kena berhijrah... Rasulullah SAW sendiri menggalakkan umatnye berhijrah... terlalu lama aku berada di dalam satu zon... ade byk lagi yg perlu aku pelajari dan aku boleh sumbangkan di luar sana...

Gambar kt bawah ni waktu farewell party di bulan puasa... so xde makan2la... bagi hadiah saje... sebenarnye aku sayang sgt kt ASMB tapi mungkin jodoh sampai sini saje... kepada semua team IT kt dlm gambar ni... thanks and sorry for everything... luv u ols... Dan kpd staf ASMB yg lain... semoga persahabatan berkekalan hingga ke akhir hayat...


Puasa ke?


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas di tengahari Ramadhan yg ke-8... Aisyah first day puasa full sampai petang... ingat nk suh dia posa setengah hari je tapi tengahari mak ckp dia ok je... so semua buat dek jelah... start kol 4 ke atas adoila asik merengek je nk air... hausla... nak air oren la... *sarah minum air oren depan aisyah* hiks sian aisyah sabo jelah ye... akhirnye lengkap gak posa sehari walaupon aisyah terbabas mkn mihun depan dia 2 minit sebelum azan maghrib... haha...

Semlm nampak aisyah dah kurang merengek bila posa... steady jek... aku igt tak puasa... hehehe... tapi yg kelakor nye time berbuka tu... aisyah nk nugget, aisyah nk murtabak, aisyah nk nasiiiii... adoi... ni bertambah gemuk ke kurus bile ramadhan habis ni? huhu....


Pelaburan Emas & Selamat Menyambut Ramadhan

Macam x kena je tajuk entri ni... belasah jelah... Point aku kali ni cuma nk cite pasal kebaikan menyimpan emas. Basically kite sbg kaum ibu ni suka beli emas perhiasan. Memang cantik tapi dari segi value dan spread agak kureng. Aku xdela melarang sape2 nk beli rantai, gelang & cincin bagai tu tapi berpada2la...

Diversify your investment. cewah. Peruntukan sedikit wang anda utk kumpul emas dlm bentuk dinar & jongkong. Emas dlm bentuk ni mempunyai spread yg rendah (which is good) jika ingin dijual. Dlm jangkamasa panjang (lebih 5 tahun) insyaAllah lebih menguntungkan dan berbaloi2! Cuba ingat balik berapa harga 1 gram emas waktu korang kawen dulu... mmg beza melampau la dengan harga sekarang...

Akhir kata, jgn lupa byr zakat dan selamat berpuasa!

*Selain drpd mengumpul rumah, aku juga baru start kumpul dinar emas - baru ada 2 dinar ni je tapi dia punye feel waktu pegang tu perghhhhh lain macam beb!* cubalah! :)

Ops lupa plak nk bagitau dari mana aku beli dinar emas aku ni... aku beli daripada ejen bertauliah Public Gold merangkap share partner rumah kami di Cyberia Crescent 2 iaitu en Pokli. Pokli adalah master dealer utk Public Gold, Public Dinar dan yang terbaru Public Jewellery. Sijil emas disertakan sekali... jgn risau ok!

Jika kawan-kawan ada modal sekitar rm40k, maka layakla anda utk menjadi ejen Public Gold dan akan diberi emas bernilai rm40k dengan diskaun 1.5%. Best kan? Boleh jual kat kawan-kawan atau saudara mara...

*Untuk jadi master dealer mcm Pokli modalnye rm100k... Ada bran?*

Akhirnye jadi milik kami juga...

Alhamdulillah akhirnye lepas sebulan main sorong papan tarik papan dengan tuan rumah, akhirnye keputusan muktamad : Rumah sedia dijual kepada kami dengan harga rm123k. Yeay! Jangan tak tau selama 6 tahun++ kawen ni kami duk umah sewa depan rumah parents aku. Sebab utama biasala senang nk hantar anak-anak bila kami bekerja & temankan parents aku jugak supaya diorang x kesunyian *aku kan anak bongsu* :D

Sebab kedua ijam tu keje tak setempat kejap kt nilai, kejap kt rawang, lepas raya ni insyaAllah balik ke ipoh pulak... so drpd aku duduk sorang2 kt rumah dan berjauhan drpd keluarga... *isk bahaya tu kan duk sorang2 dgn anak2 je bila ijam xde* so inilah keputusan terbaiknye... duk je diam2 depan umah mak pak aku... tihihi...

Sebelum ni bukan aku x pernah mintak nk beli rumah tu tapi tuan rumah takmo jual daaa... Alhamdulillah kali ni mmg dah rezeki anak-anak agaknye... lembut hati tuan rumah nk jual walaupon harga agak tinggi cket... Dalam minggu depan aku kenalah cargas sediakan dokumen utk apply loan rumah... Tapi hati dub dap dub dap jugak sebab takut loan x lepas... maklumla ini adalah pembelian rumah kami yg ke tujuh...... tsssskkkkk mintak2 bank bg lepaslah ye... kami adalah peminjam yg sgt baik :)

Doakan semuanya berjalan lancar & tuan rumah x tukar fikiran... Amin.

Raya dah dekat... yeeeha!

uit... sungguh advance tajuk entri ni... x agak2... posa pon belum... haha! ahad lepas saje tukar angin pi shopping barang dapur kt Mydin USJ... perghhh punyelah ramai org mcm ulat shit! Suasana mcm nk rayalah! Haadif anak abg aku pon ikut sekali... dgn mak aku... ceh mesti org ingat anak aku 5 org ni... uwaaaa.... Ada gak terjumpa baby kembar yg sebaya dgn jannah najah... tapi sure la twin aku lg comel *gile perasan*. Takde apa entri ni sebenarnye... saje nk tunjuk gambar aisyah naik kuda besar tapi haadif & sarah naik kuda kecik. Kenapa ye? ;)



Rebut-rebut...!

alhamdulillah kembar nk masuk 8 bulan dah 14 ogos ni... cepat betul masa berlalu...bila aku tengok diorang ni... aku x sangka aku yang telah mem'push' diorang daripada rahim aku ni... dlm selang masa 4 minit... woha! mmg x dpt byg camne diorang duk himpit2 dlm perut... :) diorang pon dah pandai makan sekarang ni... xdela asik nk keluarkan balik je... mak aku suka betul tengok si kembar ni... time diorang berebut barang... cute sungguh... tengok2 la aksi2 diorang berebut ni... kelakar!





Twin

Mungkin inilah rupa anak-anak kembar ku lagi 3-4 tahun... Perghhh ala-ala mat salleh tu... berangan x ingat2... sebenarnye anak-anak kembar comel ni aku terserempak dlm monorel waktu balik dari auction kelmarin. Hati tercuit melihat gelagat kembar ni. Terus teringat kembar ku di rumah... Arghhh bilela boleh resign terus utk berada di sisi anak-anak?

Aku dah janji dgn aisyah nk benti keje dan hantar/amik dia balik sekolah lagi 4 thn dari sekarang... Tak taulah boleh tercapai ke tidak... Yg pastinya aku akan berusaha keras utk dptkan pasif income sama atau lebih byk daripada aktif income aku sekarang... caiyok! I can do it! Retire rich, retire young insyaAllah... Jutawan Dunia dan Akhirat... Amin...

Moga Allah permudahkan niatku ini...

Erk... berbalik pada cerita kembar ni... cube korang teka diorang ni berbangsa apa?...... bangsa Arab daaa... cute sgt kan???


Panas... panas...

Percutian Hari Keluarga kitorang kt Marriot Putrajaya telah berlangsung dgn jayanye selama 2 hari 1 malam (24-25 Julai 2010)... Macam-macam acara yg diadakan termasukla ASM Idol, Treasure Hunt, Magic Show etc.... Yang paling happy mestilah kanak-kanak... tapi mak pak & nenek pon happy gak dpt mkn sedap-sedap dan FREE pulak tu... hehehe... kalau hari-hari dpt mkn mcm tu alamatnye mestila bertambah-tambah berlemak aku ni... huhuhu...

Guest artist utk dinner kali ni... pihak ASM menjemput Noryn Aziz... wow... aku bukannye jenis gayat sgt dgn artis ni tapi bile artis tu dah ade depan mata aku pon tumpang sekakila bergambar.... hehe apa org kata kenangan gitu....

Untuk gambar-gambar lain bolehla tengok kt FB ku... klik di sini...





Peluang buat saham akhirat....

RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK
salam
apa khabar, harap semuanya sejahtera.
Sebenarnya saya nak minta tolong, harap sudi foward rayuan saya to semua kenalan
Saya sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa.
Face book: anak yatim shifa setapak

Saya dah ada 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja. Deposit dah bayar. Tinggal 40 hari saja lagi untuk due.Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang bantu. kalau tidak terpaksa batalkan pembelian

Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Encik Azaine PEGUAM dari Tetuan Azaine & Fakhrul Sdn Bhd. Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544(Puan Zarina)
Saya dah bayar RM 122,550.00 (DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAU BATAL PEMBELIAN)
Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)
Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00
Sumbangan orang ramai RM 50,000.00
Jumlah terkumpul RM 1,022,250.00

Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)

TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini. Tolong ye.

RM1.00 seorang pun jadilah. SECARA ONLINE BANKING
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL
No. Account :
514066-429233 Maybank
076-202-200449-4 Ambank
1438-0005685-05-9- CIMB
Ada pelepasan cukai: LHDN. 01/35/42/51/179-6.6367
Terima kasih
Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA
017-3387959
03-40234818 (Fax)

Jgn risau, sumber ini telah disahkan oleh matjoe

Budak masam!

Bila tengok je gambar aisyah ni... terus nampak muka dia yg masam tu... aiyoooooo apasal masam sgt aisyah... senyumla sikit... huhu...

Tadika 6 tahun ni kira ok jugakla aisyah nk amik gambar... tahun lepas harammm dia tak mau bergambar... puas cikgu dia pujuk... so thn ni sib baik ade gambar kenangan walaupon muka masam! Tapi gambar ramai-ramai tu okla... x masam pon :)


Kelas Mekap kt opis!

Jumaat lepas... pi kelas mekap anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan ASMB. Fee rm50 seorang ditanggung oleh pihak kelab... yahooo mmg sukela sbb free... Biasala org pompuan memang sukela bab-bab kecantikan diri ni... ramai jugak yg join kelas ni... 20 org... mmg havoc lah...

Aku jugak yg kene jadi model time mekap mata... sabar jelah... berat mata ahkak ni... boleh tengok gambar before & after kt bwh ni ye :)

Dah habis kelas, adatla mesti ade jual2 barang ni... aku yg mmg tgh cari eye gel, bedak & lipstick pon terkolap la... rm200++ semuanye tapi baru bayar booking rm10 je... ujung bulan dpt brg yeay!


Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template