Aisyah Convocation Day - Part 1

Selasa lepas, 2 Nov 2010 berlangsung majlis konvokesyen untuk semua murid 6 tahun sekolah tadika Islam under MAIWP di Masjid Wilayah Jalan Duta. Tok Wan, ayah, ibu & nenek ikut sekali. Tak ketinggalan jugak Sarah. Majlis belah pagi. Ceria jubah & topi Aisyah warna merah. Siap ade gerai jual makanan & bunga-bunga hadiah untuk graduan. Perghh mcm grad universiti pulak... hehehe... beli gak satu utk Aisyah... supaya dia lebih bersemangat pergi sekolah :)

Pukul 12 tengahari majlis selesai... belum sampai rumah lagi aisyah & sarah dah lentok dalam kereta.. letihla tu... oh lupa nk cerita... aisyah bagitau dia dpt no 10 drpd 30++ org... hehehehe... no 10 pon nak hadiah... okla tu kot... dia pon dah pandai baca buku cerita bahasa melayu dan pandai baca surah Yasin. Aku pon terkejut waktu dia baca Yasin tu. Tapi dia baca tak habisla... biasala budak2 jarang dpt fokus lama2... Tahun depan dah masuk darjah 1, semoga dia terus cemerlang dunia & akhirat. Amin.

PS: 13 Nov 2010 ade majlis konvokesyen kt sekolah pulak... that one is Part 2 :)














0 comments:

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template