Alhamdulillah...
|
Panglima Aisyah al-hafizah |
Aisyah telah lulus imtihan untuk juzuk 30 (juz amma)
Juz amma mengandungi 37 surah bermula daripada An-Naba' hingga An-Naas.
078. An Naba’
079. An Naazi’aat
080. ‘Abasa
081. At Takwiir
082. Al Infithaar
083. Al Muthaffifiin
084. Al Insyiqaaq
085. Al Buruuj
086. Ath Thaariq
087. Al A’laa
088. Al Ghaasyiyah
089. Al Fajr
090. Al Balad
091. Asy Syams
092. Al Lail
093. Adh Dhuhaa
094. Alam Nasyrah
095. At Tiin
096. Al ‘Alaq
097. Al Qadr
098. Al Bayyinah
099. Az Zalzalah
100. Al ‘Adiyaat
101. Al Qaari’ah
102. At Takaatsur
103. Al ‘Ashr
104. Al Humazah
105. Al Fiil
106. Quraisy
107. Al Maa’uun
108. Al Kautsar
109. Al Kaafiruun
110. An Nashr
111. Al Lahab
112. Al Ikhlash
113. Al Falaq
114. An Naas
Bermakna sekarang Aisyah sudah menghafaz 43 surah termasuk 6 surah pilihan (Ar Rahman, Al Waqiah, Yasin, As-sajdah, Ad Dukhan dan Al Mulk)
Alhamdulillah, tiada kata yang terucap bagi menggambarkan kegembiraan ibu bila menerima berita ini.
Walaupon hanya satu juzuk, perasaan saya sukar digambarkan dengan kata-kata.
Hmm, ada cerita menarik di sebalik kejayaan Aisyah ini kerana Aisyah dapat menghafaz surah Al Buruj dan lain-lain dalam masa yang agak singkat berbanding dengan 6 surah pilihan.
Kelainan ini menarik perhatian ustazah untuk bertanya,
Bagaimana Aisyah dapat menghafaz dengan cepat untuk juz amma ini berbanding surah-surah pilihan yang kamu hafaz sebelum ini?
Lalu Aisyah menjawab,
Ibu selalu memasang radio juz amma jadi sebab itulah Aisyah dapat hafaz dengan cepat.
Oh, jadi Aisyah menghafaz dengan radiolah ye? kata ustazah sambil tersenyum.
Ye, sejak saya menghadiri kursus
Seminar Asas Menghafal al Quran Dari Bayi Kaedah DarwishDarwisya pada Julai 2011, saya sentiasa memasang cd bacaan juz amma dari qari Ahmad Saud sebelum anak-anak saya tidur. Jadi mungkin bacaan yang selalu didengari sejak setahun yg lalu itulah yang membantu Aisyah menghafaz dengan cepat (dengan izin Allah).
Syukur pada Allah yang telah menemukan saya dengan Pn Lina Karim. Beliau sudi berkongsi teknik ini dan banyak lagi ilmu keibubapaan lain di
seminar dan
blog beliau. Terima kasih Pn Lina. Moga Allah berkati Pn Lina sekeluarga :)
Terima kasih juga kepada para guru dan ustazah yang memberi tunjuk ajar kepada Aisyah =)
Moga Allah berkati kalian...
Sekarang Aisyah meneruskan perjalanannya dan sedang menghafaz surah al Baqarah.
Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan Aisyah dan adik-adiknya menjadi seseorang yang bergelar hafizah.
Amin!
PS: Saya sendiri yang mula menghafaz dengan juz amma baru dapat hafaz 4 surah (An Naba’, An Naazi’aat, ‘Abasa dan At Takwiir). Aisyah sudah komplen kenapa ibu lambat sangat ni...
Aduh, kena tingkatkan prestasi! Ya Allah permudahkanlah urusan kami...
Klik LIKE kalau suka entri ni :)