Kisah Aisyah dan hafalannya...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk kita semua menemui bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersama-sama kita berusaha untuk berhijrah menjadi yang lebih baik. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan sejarah yang baru dalam kehidupan kita :)

Untuk perkembangan terbaru Aisyah di kelas tahfiz, alhamdulillah Aisyah sudah pon lulus ujian imtihan juzuk 1. Aisyah nampak tidak yakin untuk menghafaz al-Quran. Sejujurnya saya berasa sedikit risau tetapi terus memberi semangat kepada Aisyah. Saya katakan yang dia sangat beruntung kerana Allah telah memilihnya menjadi hafizah.

Ye, ustazah pon kata begitu. Jawab Aisyah kembali dengan agak bersemangat.

Ya Allah campakkan dalam hati anak-anakku rasa cinta kepada al-Quran untuk membaca dan mengamalkannya. Jauhilah mereka daripada rasa bosan kepada al-Quran. Amin.

Malam tadi ketika pulang daripada masjid untuk solat terawih, Aisyah berkata :

"Ibu, tadi kan imam tu baca Surah al-Baqarah tertinggal satu ayat. Aisyah sedar..."

"Oh ye ke... bagus Aisyah ingat hafalan Aisyah " jawab saya sambil tersenyum.

Dalam hati saya berkata, subhanaAllah kuat juga ingatan Aisyah terhadap hafalannya. Semoga ayat-ayat suci tersebut kekal dalam hati Aisyah untuk diamalkan sehingga ke syurga. Amin.

Gambar hiasan: Semasa bercuti di Telok Cempedak :)
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

0 comments:

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template