Jannah dan Najah dah 3 tahun!

Alhamdulillah...

Pada 14 Disember 2013 genap umur si kembar buah hati ibu - 3 tahun.

SubhanaAllah... cepat betul masa berlalu. Terasa baru semalam melahirkan mereka.

Kini, mereka semakin petah bercakap. Lihat sahaja video di bawah yang sempat saya ambil semasa mereka sedang bermain. Waktu ni, mereka tak perasan yang saya sedang mengambil video mereka. Kalau mereka tau, dah tentu mereka tak jadi bermain dan sibuk merebut hp saya pula :)



InsyaAllah, tahun hadapan (2013) saya akan menghantar mereka ke kelas asas mengaji Al-Baghdadi cawangan Bandar Tun Razak. Ada sesiapa yang pernah dengar tentang teknik Baghdadi?

Oh ye, Sarah dan sepupunya Haadif dan Rifqi telah menyertai kelas Baghdadi pada awal Disember 2012 dan mereka nampak seronok pergi ke kelas :)

Ok saya terangkan sikit ye tentang teknik Baghdadi:
( Kredit untuk laman web http://www.dasyworld.com/mengaji-teknik-al-baghdadi )


Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.
Set Alat Ketuk
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Buku TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.
Buku TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
 sebelum terlupa untuk mengetahui cara ini dengan lebih dekat tontonilah Tv ALHIJRAH (114) setiap SABTU jam 8.30am..
Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN!

Untuk sesiapa yang berminat, sila hubungi ATC Bandar Tun Razak, Ustaz Syed Mohd Hasnul - 016-337 3267. 

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah ke ...?

Alhamdulillah...

Hari ini berkesempatan mengemaskini blog yang telah lama terbiar... uhuk uhuk...

Mungkin kerana hari ini adalah hari yang istimewa buat anakanda Nur Aisyah Syazana...

Ye... hari ni genap hari ulangtahun ke-8 tahun buat anakanda Nur Aisyah Syazana... selamat hari lahir anakku... semoga cita-citamu untuk menjadi tentera (pulak?) akan tercapai...

Dahulu Aisyah bercita-cita ingin menjadi seorang doktor tapi setelah menjadi peminat setia novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib, kini cita-citanya berubah untuk menjadi tentera Islam yang berjuang untuk menang atau syahid...

SubhanaAllah...

Antara novel yang menjadi kegemaran Aisyah ialah Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah dan Salahuddin Al-Ayyubi.

Oh ye, Aisyah selalu mencuri baca novel di dalam kelas maka kakak-kakak di tahfiz selalu menegur dan merampas novel tersebut. Aduh, dia betul-betul menghayati novel-novel tersebut!

Kemaskini cerita di madrasah pula.

Lebih kurang sebulan yang lalu Aisyah telah pon menghafaz surah ke enamnya iaitu surah al-Mulk, kemudian kini menyambung dengan hafazan surah-surah di dalam Juz Amma. Alhamdulillah Aisyah telah menghafaz surah an Naba dan an Naziat dan kini sedang giat menghafaz surah Abasa.

Ibu juga yang masih terkial-kial menghafaz surah Abasa. huhuhu....

Ya Allah permudahkanlah semua orang-orang mukmin yang sedang menghafaz al-Quran serta permudahkanlah pekerjaan guru-guru mereka yang mengajar. 

Allahumma amin!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Sarah cemerlang di Tadika MAIWP!

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah...

Tahun 2012, Sarah mula bersekolah. Sekolah pertama Sarah ialah Tadika MAIWP yang bertempat di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak. Sekolah yang sama dengan Aisyah dahulu.

Bayaran pendaftaran hanyalah rm200++ dan bayaran bulanan rm20. Kelas lengkap berhawa dingin serta makanan yang enak setiap hari. Antara menu yang saya dapat ingati : mee/meehun sup, nasi lemak, nasi himpit, coco crunch, mee/mihun goreng dan macam-macam lagi.

Guru-gurunya pula berpengalaman dan berdedikasi. Terima kasih dan saya doakan semua guru-guru ini dipermudahkan mendidik dan dipermudahkan segala urusan.

Sarah sewaktu sesi ibubapa berjumpa guru.

Antara perbezaan yang besar dalam didikan saya untuk Aisyah dan Sarah ialah, saya tidak mengajar apa-apa langsung kepada Aisyah semasa umurnya 4 tahun. Manakala untuk Sarah pula, saya sempat mengajar Sarah mengenal huruf hijaiyah melalui flash card dan buku. Saya mula mengajar Sarah selepas mengikuti kursus mengajar al-Quran kepada bayi dan kanak-kanak anjuran Pn Lina Karim pada bulan Julai 2011.

Jadi, dalam masa beberapa bulan sebelum Sarah mula belajar di tadika, dia sudah mengenal huruf hijaiyah dan huruf hijaiyah yang bersambung (Iqrak 2). Saya juga sentiasa mengulangkaji pelajaran Iqrak dan lain-lain bersama Sarah supaya lebih mudah apabila dia ingin membacanya di hadapan cikgu di sekolah.

Setelah hampir setahun bersekolah pada usia 5 tahun, Sarah sudah berada di peringkat Iqrak 4 dan menghafaz beberapa surah lazim.

Kini tiada lagi sistem peperiksaan di tadika MAIWP. Penilaian dibuat oleh guru kelas berdasarkan sikap, kedatangan, ujian membaca dan lain-lain. Setiap guru kelas akan memilih 3 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki untuk 3 kategori anugerah :

1. Anugerah Iqrak Terbaik
2. Anugerah Kurikulum Terbaik
3. Pelajar Harapan

Paling mengejutkan saya, Sarah berjaya mendapat Anugerah Kurikulum Terbaik di dalam kelasnya. Saya memang terkejut kerana Aisyah dahulu semasa di tadika tidak pernah mendapat apa-apa anugerah. Pencapaian terbaik Aisyah ialah mendapat no 6 semasa berusia 6 tahun.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Sarah mendapat anugerah tersebut hanya dengan sedikit pelajaran mengenal huruf hijaiyah yang sempat saya ajarkan sebelum dia masuk sekolah. Perbezaan yang sedikit tetapi memberi impak yang besar!

Benarlah kata orang bahawa pendidik yang pertama untuk anak-anak adalah ibunya sendiri. Carilah sedikit waktu untuk mengajar anak-anak di rumah walaupon hanya setengah jam sehari. Percayalah! ianya akan menghasilkan impak yang besar kepada anak-anak kecil ini.

Anugerah Kurikulum Terbaik 2012 (5 tahun) untuk Sarah

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Kelima - Ad-Dukhan

Alhamdulillah... 15 Oktober 2012 Aisyah telah lulus hafazan surah ad-Dukhan. Kini sedang menghafaz surah al-Mulk.

Ibu Aisyah juga berjaya menamatkan surah an-Naziat. (hehe surah pendek je).

Semoga kami terus istiqamah.

Aisyah juga mengikuti kelas renang setiap sabtu dan ahad di Kompleks Renang Bandar Tun Razak. Bayaran amat berpatutan iaitu rm80 sebulan untuk 8 kali kelas selama satu jam. Semoga lemak-lemak terutamanya di bahagian perutnya cepat terbakar. Huhu.

Badan Aisyah yang dah elok kurus sejak lepas puasa sekarang ni membesar bagai johan. Bila raya je dia makan tak ingat. Dah montel balik. Hmm... sabar jelah.

Sarah pula sedang belajar di iqrak 4. Alhamdulillah.

Twin Jannah dan Najah pula dah kenal huruf tapi tak berganjak-ganjak sebab ibu dia malas atau takde idea nak suruh diorang duduk diam-diam mengaji. Huhuhu...

Tengok kakak berenang :)
InsyaAllah tahun hadapan akan mendaftar twin di tadika PASTI Ar-Raudhah, Taman Midah. Semoga mereka mendapat ilmu yang bermanafaat di sana. Amin.

Aisyah sebelum kelas renang bermula.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Keempat - As-Sajdah

Alhamdulillah...

Aisyah berjaya dan lulus ujian menghafaz surah As-Sajdah pada 29 September 2012 yang lalu. Kini sedang menghafaz surah Ad-Dukhan.

Nak cerita sikit kisah sebelum Aisyah lulus hafazan surah As-Sajdah :)

Pagi 28 Sept 2012, saya mengambil MC kerana tekak kurang sihat. Tetapi masih boleh menghantar anak-anak ke sekolah :)

Aisyah sedang menghafaz 5 ayat terakhir daripada surah As-Sajdah. Dia minta izin untuk lewat ke Baitul Ilmi kerana masih belum dapat menghafaz ayat tersebut.

Saya izinkan dan bagi dia masa memandangkan saya tidak bekerja pada hari tersebut.

Pukul 9.30 pagi, saya bertanya samada dia sudah bersedia untuk ke madrasah. Tiba-tiba dia menangis.

Katanya ayat tersebut sangat susah dan dia takut untuk ke madrasah. Bimbang dimarahi ustazahnya.

Alahai... kesian.

Saya berfikir apa yang boleh saya buat untuk memujuknya.

Akhirnya, saya memanggil aisyah duduk si sebelah saya dan membantunya menghafaz 5 ayat tersebut.

Alhamdulillah, hampir setengah jam berlalu dan aisyah berjaya menghafaz kesemuanya.

Saya pon menghantar dia ke madarasah dengan senang hati :)

Sebelum masuk ke dalam madrasah, sempat aisyah bertanya,

'Ibu, mata aisyah merah tak?'

'Takdelah... dah tak merah dah...', jawab saya.

PS: Tau pula malu kalau kawan tau dia menangis... hehehe...

Riadah di Taman Tasik Permaisuri

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Menuntut ilmu bagaikan mengukir di atas batu atau di atas air?

Mahfudzat...

Belajar di waktu kecil, bagaikan mengukir di atas batu,
belajar di waktu tua, bagaikan mengukir di atas air,

Nampak sekilas perbedaan hasil yang di perolah antara mereka yang masih muda dan telah tua,
yang masih muda dalam menuntu ilmu, maka ilmu itu akan cepat membekas, cepat dipahami, sebagai mana jika kita mengukir diatass batu, maka ukiran itu kan nampak jelas di batu tersebut...

Sedangkan yang sudah tua, dalam menuntut ilmu, maka membutuhkan proses yang lama, harus senantiasa di re-view secara berkesinambungan, sebagiamana jika air yang senantiasa mengalir akan cepat sirna, jika tidak terus menerus...

Adapun dampak yang dihasilkan dari keduanya, bagi mereka yang menuntut ilmu di waktu muda, maka ilmu yang akan di ajarkan itu pun hanya berkisaran antar batu yang satu dan batu yang lain,
tetapi bagi mereka yang menutut ilmu di waktu tua, jika mereka mengajarkan ilmunya itu, orang tua itu mampu mengajarkan pada setiap batu-batu yang dilewatinya bagiakan air yang melewati semua batu dari bukit hingga hilir..

Seorang pemuda yang mengajarkan ilmu itu hanya berkisaran pada personal saja, mereka kurang mampu memberikan ilmunya itu pada medan yang sangat luas,
melainkan jika orang yang telah tua di berikannya ilmu padanya, maka penyampaian ilmunya itu dapat di rasakan oleh banyak orang disekitarnya, sebagai mana air yang telah di warnai, maka semua jenis betu yang dilewatinya tersebut akan mengalami perubahan warna sebagiamana warna air itu...

Maka, tidak ada rugi bagi mereka yang senantiasa menuntut ilmu baik di waktu muda maupun tua...
Insya Allah...
Allahu A'lam...

Sumber: http://sang-muawiyah.blogspot.com/2012/07/menuntut-ilmu-bagaikan-mengukir-di-atas.html

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Surah Ketiga - Yasin

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah yang telah mencipta sekalian alam...

Tanggal 14 Sept 2012, Aisyah lulus ujian menghafaz surah yang ketiganya - Yasin. Alhamdulillah. Sebak jugak.

Sekarang sedang menghafaz surah keempat - as Sajdah.
Sarah pula sedang belajar di peringkat Iqrak 4.

Usia kanak-kanak adalah masa keemasan dalam kehidupan seseorang. Segala yang dipelajari dan dialami pada masa ini –dengan izin Allah– akan membekas kelak di masa dewasa.

Pepatah arab ada mengatakan :

Belajar di waktu kecil, bagaikan mengukir di atas batu,
Belajar di waktu tua, bagaikan mengukir di atas air.
Nampak tak perbezaannya?

Permudahkanlah ya Allah. Biar kalam mu itu tertanam dalam hati kami.

Ngaji sambil tido ;)
PS: Ibu aisyah jugak yang lambat... huhuhu...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Parents Nowadays...

Terkena batang hidung sendiri...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template