Showing posts with label exam result. Show all posts
Showing posts with label exam result. Show all posts

HAC SRA Othmaniah 2014

Alhamdulillah tercapai juga hajat Sarah nak naik ke pentas untuk mengambil hadiah.

Sarah terpilih untuk mendapat hadiah kategori keseluruhan terbaik (tempat ke sembilan daripada 6 kelas) dan matapelajaran terbaik (Bahasa Arab).

Tahniah Sarah!

Ibu sayang cikgu Sarah al-hafizah kerana Allah ^_^

#HAC #SRA
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Result Exam Sarah November 2014

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ar-Rahman 55:13
Sekejap sahaja masa dirasakan berlalu. Terasa baru sahaja Sarah memulakan sesi persekolahan tahun 1 sesi 2014. Kini 2014 hampir melabuhkan tirainya. Waktu yang tersisa semakin mengecil terasa. Ampunkan dosa-dosa kami yang sentiasa lalai ya Allah...

Pada bulan November 2014 yang lepas, keputusan peperiksaan akhir tahun untuk Cikgu Sarah al-Hafizah dah keluar.

Seperti biasa saya upload di sini untuk kenang-kenangan dan rujukan di masa akan datang.

Ibu sayang sangat Sarah kerana Allah. :) 

Keputusan Peperiksaan Sek Kebangsaan


Keputusan peperiksaan SRA
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Result Exam Sarah Jun 2014

Alhamdulillah.

Dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun untuk Cikgu Sarah al-Hafizah dah keluar.

Jadi saya upload di sini untuk kenang-kenangan dan rujukan di masa akan datang.

Ibu sayang sangat Sarah kerana Allah. :)


Keputusan peperiksaan Sekolah Kebangsaan
Keputusan peperiksaan Sekolah Rendah Agama

Jalan-jalan Zoo Negara
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Sarah cemerlang di Tadika MAIWP!

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah...

Tahun 2012, Sarah mula bersekolah. Sekolah pertama Sarah ialah Tadika MAIWP yang bertempat di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak. Sekolah yang sama dengan Aisyah dahulu.

Bayaran pendaftaran hanyalah rm200++ dan bayaran bulanan rm20. Kelas lengkap berhawa dingin serta makanan yang enak setiap hari. Antara menu yang saya dapat ingati : mee/meehun sup, nasi lemak, nasi himpit, coco crunch, mee/mihun goreng dan macam-macam lagi.

Guru-gurunya pula berpengalaman dan berdedikasi. Terima kasih dan saya doakan semua guru-guru ini dipermudahkan mendidik dan dipermudahkan segala urusan.

Sarah sewaktu sesi ibubapa berjumpa guru.

Antara perbezaan yang besar dalam didikan saya untuk Aisyah dan Sarah ialah, saya tidak mengajar apa-apa langsung kepada Aisyah semasa umurnya 4 tahun. Manakala untuk Sarah pula, saya sempat mengajar Sarah mengenal huruf hijaiyah melalui flash card dan buku. Saya mula mengajar Sarah selepas mengikuti kursus mengajar al-Quran kepada bayi dan kanak-kanak anjuran Pn Lina Karim pada bulan Julai 2011.

Jadi, dalam masa beberapa bulan sebelum Sarah mula belajar di tadika, dia sudah mengenal huruf hijaiyah dan huruf hijaiyah yang bersambung (Iqrak 2). Saya juga sentiasa mengulangkaji pelajaran Iqrak dan lain-lain bersama Sarah supaya lebih mudah apabila dia ingin membacanya di hadapan cikgu di sekolah.

Setelah hampir setahun bersekolah pada usia 5 tahun, Sarah sudah berada di peringkat Iqrak 4 dan menghafaz beberapa surah lazim.

Kini tiada lagi sistem peperiksaan di tadika MAIWP. Penilaian dibuat oleh guru kelas berdasarkan sikap, kedatangan, ujian membaca dan lain-lain. Setiap guru kelas akan memilih 3 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki untuk 3 kategori anugerah :

1. Anugerah Iqrak Terbaik
2. Anugerah Kurikulum Terbaik
3. Pelajar Harapan

Paling mengejutkan saya, Sarah berjaya mendapat Anugerah Kurikulum Terbaik di dalam kelasnya. Saya memang terkejut kerana Aisyah dahulu semasa di tadika tidak pernah mendapat apa-apa anugerah. Pencapaian terbaik Aisyah ialah mendapat no 6 semasa berusia 6 tahun.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Sarah mendapat anugerah tersebut hanya dengan sedikit pelajaran mengenal huruf hijaiyah yang sempat saya ajarkan sebelum dia masuk sekolah. Perbezaan yang sedikit tetapi memberi impak yang besar!

Benarlah kata orang bahawa pendidik yang pertama untuk anak-anak adalah ibunya sendiri. Carilah sedikit waktu untuk mengajar anak-anak di rumah walaupon hanya setengah jam sehari. Percayalah! ianya akan menghasilkan impak yang besar kepada anak-anak kecil ini.

Anugerah Kurikulum Terbaik 2012 (5 tahun) untuk Sarah

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

HAC SRA BTR 2011

Naik ke pentas untuk mengambil hadiah
Seronok sungguh anak ibu ni... Tahniah sayang :)
Gambar kad jemputan dah ditayang di entri terdahulu. Ni baru nak upload gambar majlisnya.

Alhamdulillah Aisyah seronok sangat dapat naik pentas HAC mengambil hadiah. Tak sangka hadiahnya agak canggih sebab tengok keadaan sekolah yang agak menyedihkan (dari segi kemudahan).

Alhamdulillah juga sekolah ni telah diambil alih oleh pihak JAWI dan proses membaik pulih akan dijalankan pada musim cuti sekolah ni. Sekolah juga telah diberi nama baru - kira rebranding la kot...

Aku terfikir untuk menghantar Aisyah ke sekolah tahfiz sepenuhnya (takde akademik) atau sekolah rendah agama integrasi (swasta + ada akademik) pada tahun hadapan (2012).

Masih belum dapat membuat keputusan. Moga Allah beri petunjuk. Amin.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Result Exam - Semester 2

Alhamdulillah... terima kasih kepada semua guru-guru yang mengajar Aisyah... di SRA BTR dan SKBTR 1. Sama-sama kita lahirkan bukan seorang malah beribu-ribu orang srikandi dan pendakwah Islam serta hafiz dan hafizah... yang akan membantu menyuburkan Islam di seluruh dunia... moga dipermudahkan olehNya... Amin.

Tahun depan, Sarah dah 5 tahun dan akan mula bersekolah tadika di Tadika Othmaniyah. Hmm.. excited ok! Besar harapan ibu untuk semua puteri-puteri ibu... Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat... Amin.

Alhamdulillah... ada peningkatan berbanding Semester 1


Tingkatkan usaha Aisyah... insyaAllah ibu akan sentiasa membantu mana yg mampu :)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Kad Jemputan

Wah... dapat kad la...
Erk... aisyah dapat hadiah?
Tahniah Aisyah...
Betapa kembang kempisnya hidung setiap mak bapak kalau dapat kad macam ni... Alhamdulillah...

Thank you Allah...

PS : SKBTR 1 aisyah dapat no 13 je... Alhamdulillah jugak... :)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Pertama kali dalam sejarah...

Seminggu lepas open day SKBTR 1, sekolah agama aisyah pulak buat Open Day, aku tak bolehla nak amik cuti lagik... nak gak simpan untuk raya jugakkan... so Ijam je yang pegi amik result...

Jeng jeng jeng... Ijam cerita kat aku... bila dia masuk je kelas aisyah dan duduk depan ustazah, terus ustazah tu cakap...

'Tahniah! Aisyah dapat no 1...'

wah!!! aku memang tak sangka langsung la... Aisyah dapat no 1! Hooray! Alhamdulillah... Sejak Aisyah tadika mana la dia pernah dapat no 1.... so kira Hari Ini Dalam Sejarah jugak la ni kan.... hahaha

Ada gak subjek yang dia dapat 60% je... bila ijam tanya ustazah tu, ustazah kata ramai budak lain yang fail... isk isk isk... Aisyah duduk dalam kelas ke-2 daripada 2 kelas... so ade hikmah la aisyah dok kelas ke-2 ni... merasala dapat no 1... ahaks...

overall untuk budak darjah 1, ustazah kata Aisyah dalam top 10... keep it up Aisyah... malam tu kebetulan aku dah plan nak bawak budak-budak pegi Tiara Beach Resort... so kira hadiah untuk Aisyah dapat no 1 jugakla... punyelah suka dia dapat hadiah pegi TBR.... hehehehe...

Aku memang nampak Aisyah cenderung dalam bidang agama ni... moga-moga jadi tahfizah dan srikandi Islam... Amin!

Result Aisyah - SKBTR 1

Cepat betul masa berlalu... sekarang dah Julai... dah 6 bulan Aisyah melalui hari-hari persekolahan dalam darjah 1... periksa penggal pertama pon dah dapat keputusan... Open day SKBTR 1 aku siap ambil cuti lagi... excited la kan nak jumpa cikgu dia... for sure nak tau anak dapat no berapa.... hahahaha...

Pagi-pagi dalam kol 8.30 dah sampai sekolah... tunggu giliran... jumpa Ustazah Nurul Shahida... guru kelas Aisyah... hmm... cuba teka aisyah dapat no berapa? No 16 la... hehehe... tapi semua subjek dapat A, kecuali Pendidikan Jasmani... so aku rasa still ok la memandangkan Aisyah duduk dalam kelas pertama daripada 4 kelas... dah tentulah saingan sengit...

Apa yang cikgu cakap? Aisyah ok... makin lama makin pick up... cuma pergerakan tu agak slow... kena laju lagi ye Aisyah... boleh kan? Sebagai kenangan dan rujukan peribadi, aku upload kat sini... senang nak buat perbandingan untuk penggal ke dua nanti... Aisyah u go girl!

Next entry aku cite pasal exam sekolah agama aisyah pulak...

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template