Alhamdulillah...
Bertempat di Masjid Negara, 22 April lepas kami (saya, Aisyah dan Sarah) serta seorang rakan dan anak-anaknya sempat meluangkan masa ke seminar Anak Soleh Anak Cemerlang anjuran ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia).
Seminar ini sangat bermanafaat untuk ibu bapa yang bersungguh-sungguh menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah.
 |
| Syukran kepada semua speaker jemputan :) |
 |
| Aturcara Majlis |
 |
| Aisyah dan Sarah bermain bersama Darwisya (tudung biru muda) dan Darwish (baju kuning belang-belang) dan rakan-rakan lain. |
Terlalu banyak ilmu berharga yang dapat kami cedok di dalam seminar ini.
Artikel ini ditulis oleh
Pn Mazlina Karim yang telah berjaya mendidik
anak-anaknya dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal
30 surah al-quran pada umur 3 tahun. Beliau merupakan Ibu kepada 2 orang
anak Darwish dan Darwisha
Selain daripada kaedah mengajar, pemakanan anak-anak juga sangat diambil berat oleh
Pn Mazlina Karim.
Terima kasih kerana menyumbangkan artikel yang hebat ini.
Bagaimana Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah-Surah Penting dan Panjang Dalam Al Quran
Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan
dihafalnya,
cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah
panjang.
Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah
tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu
bacaannya.
Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman
perjalanan anak kita.
InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal
sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali.
Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan.
Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL.
Selalunya
Darwisya dapat menghafal sehari dua selepas dia dapat membaca
mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.
Untuk
diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait,
Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy.
Mencari CD yang
jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang
salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas.
Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk
mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah
1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)
2. Pergi ke http://www.muslimtents.com/alafasy/
3.
Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap
surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah
tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit
sahaja.
4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)
5. Dah siap..
Sebelum
menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio
dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia
terlena dan diteruskan hingga esok pagi. Pastikan volume
perlahan(kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada
untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu
CD tersebut.
Untuk
di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya
dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan
yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan,
ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka
sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka
jika saya berseorangan memandu.
Sekiranya anda tiada masa untuk mengumpulakn sendiri bacaan Al-quran itu, anda boleh dapatkan VCD Bacaan Al-quran
disini.
 |
| Amin! |
Mencorak
anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah,
dari kita sebagai ibu dan bapa.
Ia bukan bermula di sekolah atau tadika.
Memang ada
tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu
mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak!
Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh
menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar
hinggalah anak tersebut faham.
Bagi
saya, adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli
pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan
berjaya. Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam
keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau
berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik
anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie,
Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat
menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru
dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang
dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan
beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun!
Saya
bersyukur kerana diberi Allah rezeki dan petunjuk untuk menghantar anak
saya ke tadika Arab. Namun saya tetap tekankan kejayaan anak tetap
bermula dari rumah. Darwisya ke tadika atau tidak, dan tadika tersebut
arab atau bukan arab, dia tetap akan mengaji dan menghafal di rumah.
Kaedah Mengajar Bayi Mengenal Al-Quran
 |
| Flash Card Huruf Hijaiyah |
Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda atas, bawah dan depan yang saya
gunakan untuk mengajar anak-anak saya mengenal huruf. Rata-rata 3 set
untuk seorang anak sebelum anak saya mengenal huruf.. Tentulah mula-mula
beli satu, kemudian bila dah hancur, anak masih belum habis mengenal,
beli satu lagi dan seterusnya. Selalunya kehancuran kad huruf ini adalah
disebabkan ianya di ronyok, digigit dan sebagainya oleh anak kita.
Sekiranya anda memerlukan Flashcard, anda boleh melayrai laman web ini untuk mendapatkan Flashcard untuk anak-anak anda..Klik Sini
 |
| Set Buku dan VCD al Furqan |
Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya
dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni,
saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start
dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.
Sekiranya anda memerlukan Set Al-Furqan, anda boleh mendapatkannya disini.Klik Sini.
 |
| Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. |
Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.
Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Tak perlu beli semua. Dapat
dalam 3-5 buah buku tersebut sudah mencukupi untuk memperkenalkan pada
anak kita cara menghafal. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak
saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat
membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya.
Untuk
membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu
memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi
atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia
membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu
mendengarnya dari CD/VCD.
Pengenalan
Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak
kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5
tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak
bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak
kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak
lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap
air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun,
kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak
semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita
dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.
Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin
kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan
memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah
saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa
lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas
di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk
umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan
rumahlah menjadi sekolahnya.
Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC
dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya
terpulang pada pilihan anda. . Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih
untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya
mengaji setiap hari.
Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja
kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al
Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya
telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah
tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi
tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada
masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang
berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi
telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang
membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur
hidup.
Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :
1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD. Boleh dapatkan disini
(dalam RM25 untuk 4 buku beserta
CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak
melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV
bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD
iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.)
2. Beli Flash Card Alif Ba Ta dan latih setiap pagi. Boleh dapatkan disini
3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst
bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau
lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita.
Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau
kecil lagi tak perlu.
PANDUAN MENGAJAR
a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu.
Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan
mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam
setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat
termasuklah hari Sabtu dan Ahad.
b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak
banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu
anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti
dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik
nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah
kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan
susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.
c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.
d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita
untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita
sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak
kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi
hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur
setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut
untuk dikeronyok2.
f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum
mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu
pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal,
bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal,
tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.
g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk
kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan
diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam
mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika
kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai
mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan
melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika
ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.
Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya
dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman,
Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak
mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan.
Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak
lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama
seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran
dan seronok bila di suruh mengaji.
Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan
'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4
years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang
mencintai apa yang diajar secara semulajadi.
Ada juga yang perasan tentang saya memberi 2 posting kaedah menghafal
yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga
jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak
sendiri. Alhamdulillah, bertambah saham saya..
Memang betul
saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah
pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru
mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal 30 surah
terakhir tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Seterusnya boleh
guna alquran sahaja. Hinggalah satu hari
skill ini semakin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat
dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu
kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.
Walaupun
dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan
bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan
bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya
mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Ini adalah kerana
Adik Ahmad Saud tiada punya bacaan surah-surah lain selain 30 surah
terakhir tersebut. Apa pun caranya tetap sama untuk melatih kanak-kanak
menghafal.. MENDENGAR, MEMBACA sehingga lancar, dan kemudian baru MENGHAFAL.
Alhamdulillah Darwisya semakin sihat dan semoga apa yang berlaku tidak
memberi kesan jangka panjang pada kesihatannya atau pada perkembangan
otaknya. Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu
saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah
mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan
keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan
pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah
berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya
memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang
lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal
dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak
dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan
kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini
melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas
habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran.
Jika kakaknya,
Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun
8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwish mungkin agak
kebelakang sedikit. Ini kerana beberapa faktor yang saya rasa sinonim
dengan kanak-kanak lelaki :
1) Lebih bermain
2) Buas
3) Tidak fokus
4) Tidak boleh duduk diam walau dimarah (tak takut)
Itu
belum dicampur faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat
bercakap dan sebagainya. Darwish masih tidak boleh bercakap dengan
sempurna. Contoh lorry disebut oo-ii dan robot disebut oo-bot. Itu bukan
lagi perkataan lain yang boleh disebut tapi tidak jelas. Setiap hari
saya melatihnya untuk menyebut dua perkataan ini tapi belum lagi berjaya
nampaknya. Pentingnya menyebut lorry dan robot kerana jika berjaya, dia
akan boleh menyebut perkataan 'Bismillahirrahmanirahim' dengan
sempurna. Harapan saya tinggi supaya dia boleh menyebutnya sebelum dia
memulakan hafazan secara serius seperti Kak Wisyanya. Namun, saya pasrah
jika ianya tidak berlaku secepat seperti yang saya harapkan.
Kredit to blog: http://darwishndarwisya.blogspot.com
Klik LIKE kalau suka entri ni :)