Nasihat Ustaz Fitri

Sepanjang bulan puasa ni waktu lunch hour, pihak kelab akan menjemput seorang ustaz untuk bagi ceramah. Kehadiran ustaz2 ni setiap hari bagi kesan gakla kat aku dalam usaha membersihkan hati ye dak... Dalam banyak2 ustaz, ceramah daripada ustaz fitri amat menyentuh hati. Bayangkan kami yang mendengar ni kebanyakannya menangis (pompuanla... lelaki x perasan pulak) dek kerana insaf dan tersentuh hati dengan dosa-dosa sendiri.

Ada 6 pesanan daripada ulama besar yang disampaikan oleh ustaz fitri yang nak aku kongsikan dengan pembaca-pembaca blog ni...

1. Solat pada awal waktu. Bila dengar je azan, org lelaki SEPATUTNYE bersolat di tempat dari mana azan dilaungkan. Mengikut sejarah, Nabi Muhammad SAW nak bakar rumah-rumah yang mana penghuninya tidak bersolat di tempat azan dilaungkan. Tinggalkan semua kerja yang sedang dilakukan sewaktu azan berkumandang, kerana Allahu Akbar. Allah yang Maha Besar daripada segala-segalaNya.

2. Baca al-Quran setiap hari. Waktu jem dalam kereta, waktu dalam lrt, waktu lapang dimana-mana saja insyaAllah...

3. Bacakan hadis Nabi Muhammad SAW setiap hari kepada keluarga. Daripada hadis-hadis ni kita akan belajar keperibadian & adab Rasulullah SAW yang amat indah sebagai ketua keluarga & ketua negara. Kita sendiri akan automatik rasa sayang dan kagum dengan Nabi SAW bila baca hadis-hadis ni dan boleh aplikasikan adab-adab tersebut dalam kehidupan seharian kita. Aku sendiri tengah cari buku-buku hadis ni untuk dibeli. Selama ni aku pon tercari-cari jugak bahan bacaan apa yang nak aku ceritakan kat anak-anak aku setiap malam :) Antara kita-kitab yang dicadangkan oleh Ustaz Fitri : Al-Azhar & Hadis Kursi.

4. Ajarkan anak-anak dengan doa-doa harian. Sekarang ni kita agak senangla sebab semua doa harian dah diajar di sekolah. Jadi kita sebagai ibubapa perlu suruh anak kita baca dan Aminkan beramai-ramai contohnya sewaktu nak makan ataupon menaiki kenderaan.

5. Pesanan khas untuk kaum perempuan, hidup sederhana & jangan bebankan suami... begitu juga kepada para suami... :) contohi adab-adab rumahtangga seperti Nabi SAW & Aisyah insyaAllah kemanisan itu akan lebih terasa...

6. Kaum wanita juga perlu sentiasa memberi galakkan kepada suami untuk ke masjid dan membuat kerja-kerja amal.

Itu saje yang dapat ku ingat buat masa ni dan yang paling penting letak Allah dalam hati kita insyaAllah... Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga, Maaf Zahir & Batin...

0 comments:

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template