Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah..
Semalam (8 April 2012) saya dan keluarga diberi peluang oleh Allah untuk belajar tentang pohon solat.
Program diadakan di rumah rakan (Mama Awin) di Shah Alam. Pengajarnya pula ialah Mama Zila dari Telekung Project.
Perkongsian kali ini adalah tentang gambaran solat yang kita lakukan dalam bentuk pohon/pokok.
Ringkasnya, satu pohon pokok seperti di bawah mewakili gambaran solat kita untuk seminggu.
7 hari = 7 dahan.
5 waktu solat = 5 helai daun pada setiap dahan.
Jika saya solat awal waktu warna hijau segar saya warnakan daun solat,
jika
akhir waktu, kuning saya warnakan dan jika 'terhutang' warna daun menjadi
kering (coklat).
Begitu juga untuk melatih anak-anak solat.
Aisyah dan Sarah mempunyai pohon solat masing-masing untuk diwarnakan mengikut prestasi mereka.
Jika kami membuat ibadah tambahan seperti solat sunat Dhuha, solat sunat sebelum solat fardhu, mengaji, bersedekah atau lain-lain ibadah, maka ganjaran buah pula akan dilukis pada dahan pohon solat tadi.
Menarik kan?
Alhamdulilah, kami anak-beranak banyak mengambil manfaat daripada
aplikasi pohon solat ini.
Pulang daripada kelas pohon solat, usai mandi dan solat Maghrib, Aisyah terus mewarnakan pohon solatnya. Aisyah sempat pula menunaikan solat sunat sebelum Isyak dan mengulangkaji Surah Lokman usai solat Isyak (terdorong untuk melukis lebih banyak buah di pohon solatnya). Kemudian Aisyah menyambung kerja-kerja mewarna pohon solatnya. Hasilnya.... seperti
di bawah. Semoga istiqamah ye Aisyah! Amin...
 |
| Pohon solat Aisyah ;) |
Selepas Sarah melihat pohon solat kakaknya, Aisyah. Timbul cemburu
dalam hatinya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dengan
bersemangatnya dia mengambil telekung dan bersolat Isyak. Biar pon
solatnya belum sesempurna Aisyah, saya benarkan dia mewarna satu daun
dengan warna kuning. Manakala lain-lainnya warna coklat.
Alahai... kesian Sarah. Esok solat rajin-rajin ya!
 |
| Pohon solat Sarah :) |
Kepada pembaca yang berminat, bolehlah mencuba pohon solat ini... atau
mencipta pohon solat sendiri. Saya sekadar berkongsi. Semoga kita semua beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat,
InsyaAllah.... Wasalam.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)