Pelaburan Hartanah: Jual atau simpan?

Baru-baru ni saya giat mengiklan unit Bukit OUG Condo saya untuk dijual dan disewa. Ini disebabkan oleh penyewa telah memberi notis untuk keluar hujung bulan ni :)

Ianya tidak dirancang. Ramai yang menelefon. Ramai juga yang datang melihat rumah. 2 minggu lepas, seorang pemuda berbangsa tiong hua (saya namakan A) pergi melihat rumah ditemani suami. Tengok punya tengok, nampak dia berminat. Harga buka, rm250k. Rakyat Malaysia sukakan diskaun bukan? Jadi harga akhir kami setuju beri rm245k. Selesai malam itu.

SMS lanjutan daripada pemuda A, dia dah berbincang dengan peguam. Nampak positif. Suami pun dah pesan yang dia kena bayar duit booking sebanyak 2% kepada kami. Tiada bantahan.

Temujanji diatur. Malam itu, pemuda A datang ditemani peguamnya. Wah, bukan calang-calang ni siap bawa peguam datang rumah saya :) Mula perbincangan, semuanya nampak ok. Di pertengahannya, saya dimaklumkan yang pemuda A mahu meletakkan duit booking sebanyak 2% di dalam akaun peguamnya dahulu. Kemudian, setelah S & P siap ditandatangani barulah pihak peguam akan menyerahkan 10% deposit kepada pihak kami. Apa cerita?

Makanya, pihak kami tidak bersetuju. Pemuda A juga tetap dengan pendiriannya. Hmm, nampak gaya tak jadi jugak ni :)

Tak mengapalah, kami pon bukan terdesak untuk menjual. Saya optimis harga unit ini akan memcecah rm300k apabila stesen LRT di hadapan kondo siap tak lama lagi. Buat masa ini, kami hanya mencari penyewa baru. Boleh lihat iklan di sini : Bukit-Oug-Mudah.my

Sayang juga sebenarnya untuk menjual unit ni. Ini rumah ke-2 saya yang dibeli melalui acara lelongan. Rumah yang berkeluasan 1222sf dan berstatus FREEHOLD ini saya beli tanpa melihat keadaan rumah terlebih dahulu. Sudahlah datang lambat pada hari lelongan. Alhamdulillah memang dah rezeki agaknya, saya menang pada harga rizab, rm108k. Harga semasa rumah ketika itu: rm120k. Murahkan? Siapa sangka sekarang harganya telah melonjak lebih daripada 100% ? Kadar sewa minimum pula ialah rm1k. Rugilah saya tak beli 2-3 bijik unit ni dulu... hehehe...

Betul ke kata orang, beli rumah lelong ...

Memerlukan wang tunai yang banyak?

Risiko pon tinggi?

Betul ke?

Sebenarnya nak beli rumah lelong bukanlah susah sangat kalau anda dah tau apa nak buat.
Setuju tak kalau saya katakan, dalam semua perkara yang kita lakukan di dunia ni :

Semakin tinggi pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin rendahla risiko yang mungkin kita hadapi.

dan

Semakin rendah pengetahuan kita tentang sesuatu perkara, maka semakin tinggila risiko yang mungkin kita hadapi.

Begitu jugalah halnya dengan membeli rumah lelong. Tambah ilmu dan buat homework sebelum masuk membida. Beli rumah bukan macam beli ikan di pasar. Sedikit kesilapan, bersedialah untuk menanggung kerugian beribu ringgit. Dengan teknik yang betul, insyaAllah membeli rumah lelong akan membawa keuntungan yang besar.

Saya ingin berkongsi tips dan teknik dalam membeli rumah lelong dalam seminar saya yang akan datang, Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari. Jemput kawan-kawan pembaca semua yang berminat untuk mendaftar ke seminar Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari ini dengan mengisi borang di bawah. 



Kursus ni sangat sesuai untuk beginner yang mahu menceburkan diri dalam hartanah lelong tetapi tidak tahu bagaimana ingin melakukannya.

InsyaAllah saya akan cuba memberi yang terbaik serta berkongsi pengalaman saya sebagai ejen dan pelabur hartanah lelong. Paling menarik ialah kehadiran peguam, Pn Nurul yang biasa mengendalikan jual beli hartanah lelong. Beliau akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan pembelian hartanah lelong dari sudut perundangan, antaranya:

- Tempoh penyelesaian bayaran 90 hari.
- Membeli rumah lelong yang ada caveat
- Sekatan unit bumiputra
- Tuan punya hartanah yang lama tak mahu keluar walaupun hartanah dah terlelong
- Sekatan dan kelulusan pembelian rumah kos rendah.
- Pecah masuk rumah lelong selepas menang bidaan

Sehingga ke hari ini, hartanah lelong masih menjadi pilihan utama dan tetap di hati saya insyaAllah ;)




Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Pertandingan Pakaian Beragam si Kembar Pa&Ma 2012

Assalamualaikum,

Yang ini pula gambar yang saya cedok dari lensa rakan FB di group Dianugerahkan Kembar. Alhamdulillah ada juga gambar kenang-kenangan memandangkan gambar yang saya ambil pada hari pertandingan sangat sedikit dan kualiti pon kurang (guna kamera hp) sahaja.


Sebelum pertandingan...

Si pari-pari...

Menunggu giliran

Muka kehairanan melihat audiens yang ramai

berdiri tercegat tanpa apa-apa gaya... sabar jelah

Jannah

ibu disoal tentang twin

Jannah hairan melihat audiens yang ramai

Najah pusing-pusing sikit ye?

Semua peserta si kembar...

Alhamdulillah menang tempat ke-3

Seronoknya dapat piala :)

Para pemenang kategori 2-4 tahun :)

Kak Aisyah pon sama naik pentas? hehehe...

Bergambar kenangan bersama team Pa&Ma

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Hampir 3 bulan

Hujung bulan Mac ini bermakna genap 3 bulan sejak Aisyah memulakan pengajian di sekolah tahfiz. Banyak juga perubahan yang saya tengok sepanjang tempoh yang singkat ini. Aisyah dah mula solat 5 waktu (tapi kadang-kadang ada juga tertinggal) dan mula ingin bertudung bila keluar jalan-jalan. Siti dan Najwa (kawan baik Aisyah di sekolah tahfiz) mengatakan yang rambut wanita akan dibakar di neraka jika tidak ditutup.

SubhanaAllah. Jiwa kanak-kanak yang suci memang mudah dibentuk. Walau pon belum sepenuh masa bertudung tapi saya agak teruja melihat perubahan dia. Aisyah juga ada meminta saya untuk membelikannya purdah. Saya agak terkejut pada mulanya tapi tidak membantah. Alhamdulillah saya gembira.

Ya Allah berkatilah keluargaku, hafizah-hafizahku dan keluarga semua pembaca blog sekalian.

Semoga perubahan Aisyah membawa kebaikan buat kami sekeluarga. Amin.

Gambar-gambar berikut diambil ketika kami menghadiri majlis sambutan harijadi pada minggu lalu :)

Aisyah bersalam dengan birthday girl

Aisyah dan kanak-kanak lain masuk sukaneka host by the clown :)

Aisyah dan kanak-kanak lain dikehendaki freeze! (jadi patung)
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Penat tapi seronok!

Contest Banner by Pa&Ma
My Najah & Jannah @your left
Sambil menunggu pertandingan bermula - Jannah dah mengantuk!
Kak Aisyah dan Sarah - setia memberi sokongan ;)
He.. ibu nak jugak masuk kamera :D
Standby sebelum catwalk atas pentas :)
Alhamdulillah dah selesai ber catwalk...
Bersama pemenang-pemenang kategori A (2-4 tahun)
Alhamdulillah... Jannah Najah dapat tempat ke tiga :)
Hadiah berupa pakej percutian ke China untuk 3 orang, pakej baby foto dan pakej pembelajaran kanak-kanak, trofi, hamper, sijil penyertaan dll bernilai rm4300.

Alhamdulillah sekali lagi dan ...

Terima kasih Pa&Ma!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Kestenbaum Operation for Najah (28.2.2012)

Wajah ceria Najah sebelum pembedahan mata (minor)
Boleh nampak kan cara Najah memandang?
Sejurus selepas dibawa keluar daripada bilik pembedahan
Boleh tahan juga dia menangis...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... syukur ya Allah...
Terlena selepas menangis...
ISEC - International Specialist Eye Centre
Sehari selepas pembedahan...
Sehari selepas pembedahan: Baru lepas check up dengan Dr.
Alhamdulillah... Najah pandang lurus ke depan :)
Semoga cepat sembuh sayang! Ibu sayang Najah :*
Pembedahan mata yang dipanggil Kastenbaum ini mengambil masa selama setengah jam sahaja bertempat di ISEC (International Specialist Eye Centre) berhampiran Midvalley.
Kami dibenarkan balik selepas Dr melihat keadaan Najah ok selepas pembedahan.
Pembedahan dilakukan oleh pakar mata kanak-kanak, Dr Choong Yee Fong.
Syukur alhamdulillah nampaknya Najah mendapat result yang bagus :)
Terima kasih Allah.
Terima kasih Dr. Choong.
Terima kasih juga atas doa kawan-kawan semua...

Penerangan tentang masalah mata Najah, boleh klik di sini :
http://www.oculist.net/downaton502/prof/ebook/duanes/pages/v6/v6c095.html
 
Oh ya, esok Najah dan Jannah akan menyertai pertandingan
Pakaian Beragam si Kembar Pa&Ma 2012. 

Tarikh: 10 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat: Mid Valley Exhibition Center
Masa: 2 – 4.30 pm

Wish us luck! ;)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya

Seronok jugak bawak keluarga jalan-jalan di pesta buku ni... sayangnya masa amat mencemburui... sempat beli di kedai Ana Muslim saje... lepas tu kocoh-kocoh kena balik...

Antara buku-buku yang sempat dibeli (lihat gambar...)

menarikkan aktiviti yang diadakan...

Shirt for Aisyah n Sarah... twin takde saiz.... huhu

Syokla buku ni... best!

Majalah Sayang Muslim... rm10 satu kotak...

Yang ni pulak majalah Ana Muslim... rm10 sekotak...
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Timetable for weekend

Alhamdulillah siap jugak...

Weekend Timetable for Aisyah...

Semoga istiqamah ye Aisyah...

InsyaAllah Amin...

Semoga Istiqamah...

10 Langkah-Langkah untuk Menghidupkan Majlis Ta’lim di Rumah

Saya dapat rasakan..bahang kehangatan semangat ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang tidak sabar lagi untuk menghidupkan MAJLIS TA’LIM di rumah masing-masing. Subhanallah!! :)  Semoga Allah swt terima niat suci murni ibu-ibu dan bapa-bapa semua….




Sebelum saya meneruskan penulisan saya, mari kita imbas kembali sebab-sebab mengapa kita mahu hidupkan majlis ta’lim di rumah kita? Apabila kita tahu sebab dan keperluannya, maka kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk menghidupkannya. InsyaAllah.

Antara sebab-sebab nya ialah…

Kerana kita semua mahu rumah kita dikunjungi oleh para malaikat, dikurniakan oleh Allah swt dengan taufiq & hidayah, rahmat akan turun mencurah-curah ke atas rumah kita, dan sakinah (ketenangan) akan menyusup masuk ke dalam setiap jiwa ahli keluarga kita.

Apabila rumah kita hidup dengan amalan agama seperti majlis ta’lim, maka segala amalan buruk, kegelapan, ketegangan akan djauhkan daripada rumah kita. Amalan ini akan membawa “nur” kepada rumah kita dan kesannya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan bahagia. InsyaAllah. :)

Jadi, sekarang sudah jelas bagi kita bahawa, bukan ahmad, aminah, aunty siew mei atau uncle siva yang memerlukan majlis ta’lim ini..bahkan, KITA dan KELUARGA kita lah yang sangat-sangat memerlukan majlis ta’lim ini.

Jadi sekarang, bagaimana caranya untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita?

1. Adakanlah mesyuarat bersama suami atau isteri agar kedua-duanya memahami betapa penting dan mulianya menghidupkan majlis ta’lim di rumah kita.

2. Tentukan waktu untuk majlis ta’lim. Waktu yang terbaik untuk ta’lim adalah adalah apabila semua ahli keluarga boleh berkumpul pada waktu itu.

Katakan, waktu ta’lim telah diputuskan pada pukul 9 malam; maka semua orang di dalam rumah kita, baik yang sedang basuh pinggan, baca suratkhabar atau buat kerja sekolah, perlu menghentikan aktiviti masing-masing dan berkumpul untuk majlis ta’lim.

3. Tentukan tempat atau ruang yang khas untuk diadakan majlis ta’lim. Sebaik-baiknya, ta’lim diadakan di tempat dan waktu yang sama secara istiqamah kerana malaikat-malaikat akan menunggu kedatangan ibu-ibu sekeluarga pada setiap hari di tempat yang sama, insyaAllah.

4. Bawa adab-adab duduk di dalam majlis dengan sempurna, seperti duduk iftirasy, menutup aurat, mendengar dengan tawajuh dll

5. Memperdengarkan bacaan sebuah buku. Buku yang dicadangkan ialah kitab Fadhail A’mal (Kelebihan-kelebihan amal), karangan Maulana Muhammad Zakariya dan Muntakhab Hadis (Hadis-hadis Terpilih) oleh Maulana Muhammad Yusof. Kedua-dua kitab ini mempunyai roh kerohanian yang sangat tinggi kerana “nur” daripada ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang telah dipilih, serta tafsiran dan kupasan yang dibuat dengan begitu baik & teliti oleh seorang ulama yang mempunyai jiwa kerohanian yang sangat tinggi.

6. Bacalah kitab-kitab ini secara bergilir-gilir. Katakan, hari isnin, Fadhail A’mal dan hari Selasa pula Muntakhab Hadis.

7. Kemudian, bacalah 1 atau 2 hadis bagi setiap bab setiap hari. Contohnya; 2 hadis daripada fadhilat solat, 1 hadis daripada fadhilat Al Quran dsb

8. Ibubapa dan anak-anak boleh bergilir-gilir untuk membacakan kitab tersebut. Beri peluang kepada semua ahli keluarga untuk menyampaikan dakwah.

9. Pastikan, tiada huraian yang dibuat oleh si pembaca. Ini kerana, untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam mafhum ayat Quran atau hadis, dan juga untuk menggalakkan setiap ahli keluarga (baik yang belajar aliran agama atau engineering) boleh dan mampu untuk melaksanakan tugas dakwah.

10. Adakan majlis taklim sekurang-kurangnya dalam masa 30 minit pada setiap hari.

InsyaAllah, sama-samalah kita berazam untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita, kerana majlis ini merupakan satu sunnah Rasulullah saw.

Pada zaman sahabat-sahabat r.ahum, setiap kali mereka pulang ke rumah setelah menghadiri majlis ta’lim Rasulullah saw di masjid, mereka akan adakan pula majlis ta’lim bersama ahli keluarga di rumah, untuk menyampaikan apa yang telah mereka dengar dan belajar daripada Rasulullah saw kepada isteri dan anak-anak mereka.

Indahnya kehidupan dalam rahmat, ketenangan dan keampunan daripada Allah swt….. :)

Semoga Allah swt memberikan taufiq dan hidayah buat saya untuk istiqamah dalam menghidupkan majlis ta’lim di rumah.

Artikel : anakkusoleh.com

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template