22 Adab dan Petua Membaca al-Quran

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
Sumber : Harian Metro Online

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Menghafaz dan Menjaga Al Quran Sebaiknya

Daripada penerangan Sheikh Abdus Salam Bali di atas, dapat difahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut:

1)  Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

(Mesti 10 kali.  Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang.  Cara ini salah.  Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)
Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

2)  Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.

3)  Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali.  Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.

4)  Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.

Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek.  Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?

1)  Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal itu.  Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf.  Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris berkenaan.

Perbuatan begini, insyaALLAH akan melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda.  Anda tidak akan lupa, insyaALLAH.  Segala puji bagi ALLAH.  Kenapa?

Kerana apabila anda membacanya sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda.  InsyaALLAH ia akan melekat kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.

Berikut adalah satu lagi video penerangan oleh Sheikh Abdus-Salam Bali:

Tentu ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menghafal al-Quran.  Cara di atas hanyalah salah satu daripadanya.  Semoga ALLAH Ta`ala memberkati Sheikh atas ilmu yang dikongsikan.  Juga buat insan yang sudi berkongsi video ini kepada umum melalui youtube, semoga ALLAH Ta`ala memberkati mereka juga, amin…

Semoga ALLAH memuliakan kita semua dengan al-Quran yang mulia, amin.
Wallahu ‘alam. Semoga kita dapat sama-sama amal dan sampaikan.

*Disunting dari laman ini.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Mimpi

Twin semasa kami dinner di Al-Ansar Steak House
Malam tadi saya mimpi.

Mimpi yang agak menarik.

Saya mimpi saya mengandung!

Saya mengandung anak lelaki pulak tu!

Haha! Kelakar jugak mimpi saya kan ?

Selamat bermimpi !

Aisyah di sekolah baru :)

Aisyah belajar kt Maahad Tahfiz Bandar Tun Razak (rumah teres 2 tingkat je). Pelajar lebih kurang 30 orang. Mula-mula mereka tak nak terima Aisyah sebab umur bawah 10 tahun. Alhamdulillah selepas rayuan kami (Aisyah dan kawannya Najwa) diterima...
 
Masih terlalu awal kalau nak share tentang progress Aisyah. Aisyah kena start balik dari Iqrak 1 untuk betulkan makhraj huruf sebelum mula menghafaz. Contohnya beza bacaan ha simpul dan ha pedas. Tsa dan Sa. Tza dan Za. Alhamdulillah dia nampak seronok di sana. Pengajian Aisyah bermula pukul 8 pagi. Pukul 12 tgh - 2 ptg mereka dikehendaki tidur. (Mungkin untuk mudahkan bangun malam/pagi bagi yang tinggal di asrama). Solat berjemaah Zohor dan Asar. Makan dalam dulang beramai-ramai. Pengajian tamat lebih kurang pukul 5.30 petang. Setakat tu yang saya tahu tentang jadual dia.

Haa lupa nak cerita, mmg ada pelajar yang sebaya Aisyah dan dah belajar di maahad tu dalam 1-2 tahun (saya tak pasti). Yang pastinya, budak perempuan tu dah hafaz 7 juzuk. Baru start tahun ni duduk asrama. Emaknya merayu suruh duduk asrama supaya senang bangun solat subuh. Haih... sejuk hati tengok budak perempuan tu... moga-moga anak-anak kita tergolong dalam golongan huffaz... amin
 
Moga dipermudahkan anak-anak kita menghafaz dan belajar fardhu ain yang lain. Amin.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Sarah First Day @School

Nur Sarah Syazana. Itulah nama yang diberi untuk pengarang jantung aku yang ke-2 ni. Dialah racun, dialah penawar. Pejam celik pejam celik, tahun ni Sarah dah masuk 5 tahun. Dah boleh sekolah dah! Waktu 4 tahun dulu aku hantar jugak dia pergi sekolah setiap Sabtu, 8.30-10.30 pagi. Itu pon setelah dipaksa oleh abang aku. Yelah abang aku kan ada anak lelaki nama Haadif yang best friend dengan Sarah. So dia nak jugak hantar Haadif sekolah. Aku dengan Sarah jadi mangsa kena terlibat jugak dengan penghantaran Haadif ke sekolah. Hahaha...

Yg kelakarnya, Sarah semangat sangat pergi sekolah waktu tu, Haadif pulak kadang-kadang bantai tido 2 jam kt school. Apa barang pegi sekolah pastu tido. Tak lama pon diorang sekolah kat situ. Haadif macam tak suka. Sarah ok je. Dalam bulan 4 dah berenti kot.

Tapi kadang-kadang ada juga aktiviti mewarna di rumah. Jadi diorang ni takla kekok sangat pegang pensel dan pensel warna. Hasil mewarna diorang juga not bad.

Ok dah jauh melalut, back to the topic. Aku ambil cuti 2 hari untuk teman Sarah pegi sekolah. Excited ok walaupon Sarah anak ke-2. Hari pertama, malam sebelum sekolah baru terhegeh-hegeh cari bag dan kelengkapan menulis/mewarna untuk Sarah. Cari kat rumah je bukan kat kedai. Semua dah ada tapi kena susun masuk dalam beg elok-elok. Sarah nak bawak beg ada roda. Uish, bila aku try angkat beg tu... beratnya. Boleh ke Sarah bawak ni. Takpela kita cuba dulu.

Esok paginya. Erk lewat. Pukul 9 baru sampai sekolah. Apalah ibu ni kan. Aisyah pon ikut sekali. Excited dia nak tengok tadika lama dia. Sampai-sampai je semua budak-budak tengah beratur sambil diawasi oleh cikgu-cikgu. Ada jugak cikgu yang masih kenal Aisyah dan tegur Aisyah.Parents pulak dalam dewan tengah dengar taklimat. Alamak, ruginya aku sebab tak dapat dengar taklimat. Tak dapat update berita terkini.

Tak nak ketinggalan dengar taklimat, aku tinggalkan Sarah yang sedang beratur dan beg beroda beratnya. Aku pon dengan muka tak malunya masuk dalam dewan taklimat. Memang muka teballa sebab kena masuk ikut pintu depan. Cis!

Tak sampai 1 minit *belum sempat duduk pon*. Taklimat dah habis. Huhu. Aku dengan muka selambanya keluar dewan. Apa yang aku dapat dengar pengetua sekolah nak pindah. Alahai sedih jugakla. Pengetua ni baik sangat. Aku selalu call handphone dia kalau ada kemusykilan. Dia layan dengan baik je kalau aku call. :)

All the best to Pn Karmila. Jasamu dikenang.

Lepas je habis taklimat, cikgu-cikgu kata boleh balik dan boleh bawa anak masing-masing balik. Ceh! tak sekolahla hari ni? Adoila...

Aku nampak Sarah tengah beratur masuk kelas. Semua murid angkat tangan ke bahu kawan macam keretapi tu. Sarah nampak seronok berjalan ramai-ramai macam keretapi. Eh tapi.... mana beg Sarah? Isk isk... dia tinggal je beg dia kat tempat beratur tadi... sabar jelah... Itula serba sedikit cerita Sarah pada hari pertama persekolahan... nanti sambung pulak cerita Sarah di hari ke-2 persekolahan ye!

Sarah yang nampak bertambah kecik bila pakai baju sekolah...
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Bila mula sekolah...

Agak sibuk pada awal tahun memandangkan anak kedua, Nur Sarah, 5 tahun mula bersekolah di Tadika MAIWP (dalam kawasan Masjid Othmaniyah, BTR) manakala anak sulung Nur Aisyah, 8 tahun pula mula bersekolah di Maahad Tahfiz BTR. Semoga dipermudahkan perjuangan mereka dalam menuntut ilmu ya Allah... Amin. Kerja full time dan part time (real estate auction property negotiator) masih berjalan seperti biasa. InsyaAllah.

Sempat bergambar pada hari ke-2 persekolahan

Kakak-kakak pegi sekolah, adik-adik main buai yeay!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Projek Rak Buku Takung Air Hujan (1)

Alhamdulillah projek siap dengan jayanya. Ijam beli rain gutter warna putih sepanjang 20 kaki di kedai hardware Taman Semarak, Nilai Negeri Sembilan. Kami bahagikan kepada 4 keping rak, setiap keping sepanjang 5 kaki.

Satu keping kami tampal di ruang tamu bawah, satu di hall atas dan setiap satu di bilik Aisyah dan Sarah. Selesai proses pemasangan, Aisyah dan adik-adik mula menyusun buku-buku yang ada di ruang hall atas. Hasilnya, taraaaaa....

Sudut bacaan di hall atas...

Pandangan dari sisi...

Rak buku (yg diisi dengan mainan) di tampal dengan sticker bulat berwarna warni :)

Bangun tido terus ke sudut bacaan... Eceh...
PS: Setakat ini, projek ini nampak sangat berkesan kerana 4 orang puteri nampaknya selalu singgah di sudut bacaan membelek-belek (sebab tak tau baca lagi) buku yang tersusun cantik. Aisyah sorang je yang dah boleh baca pon. Tak sabar nak tunggu Sarah pandai baca pulak ;) seterusnya wiwin Jannah & Najah...

Mereka tak ada masalah nak susun semula buku yang telah dibaca kerana mereka sangat seronok tengok buku yg colorful tu...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Balik Kampung!

Sabtu 7 Jan 2012, balik Sg Udang ada kenduri cukur jambul dan hari jadi cucu Mak Teh (belah ijam).
Dah habis kenduri wajibla singgah Mydin MITC dan sempat pula ke rumah Mak Long (Kg Ladang) sebelum bergerak balik ke KL dengan mengangkut Mak Long sekali. Hehe...

Cian birthday girl nangis la...

Gambar sewaktu di Mydin MITC: Jannah boleh lepak dalam bakul pulak...

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template