Juzuk 5

Alhamdulillah.

Aisyah lulus imtihan untuk keseluruhan juzuk 5 semalam (15 Disember 2014).

Sebenarnya saya risau. Aisyah dah hafaz banyak. Boleh ke dia kekalkan semua hafazannya?

Ya Allah permudahkanlah... Tetapkan kalimahMu di dalam hati kami dan anak-anak kami.

Ameen.

Kami di Hello Kitty Land :)
Ibu bergambar bersama twin pula...
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

HAC SRA Othmaniah 2014

Alhamdulillah tercapai juga hajat Sarah nak naik ke pentas untuk mengambil hadiah.

Sarah terpilih untuk mendapat hadiah kategori keseluruhan terbaik (tempat ke sembilan daripada 6 kelas) dan matapelajaran terbaik (Bahasa Arab).

Tahniah Sarah!

Ibu sayang cikgu Sarah al-hafizah kerana Allah ^_^

#HAC #SRA
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Result Exam Sarah November 2014

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ar-Rahman 55:13
Sekejap sahaja masa dirasakan berlalu. Terasa baru sahaja Sarah memulakan sesi persekolahan tahun 1 sesi 2014. Kini 2014 hampir melabuhkan tirainya. Waktu yang tersisa semakin mengecil terasa. Ampunkan dosa-dosa kami yang sentiasa lalai ya Allah...

Pada bulan November 2014 yang lepas, keputusan peperiksaan akhir tahun untuk Cikgu Sarah al-Hafizah dah keluar.

Seperti biasa saya upload di sini untuk kenang-kenangan dan rujukan di masa akan datang.

Ibu sayang sangat Sarah kerana Allah. :) 

Keputusan Peperiksaan Sek Kebangsaan


Keputusan peperiksaan SRA
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Juzuk 4

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah tanggal 15 Ogos 2014 Aisyah lulus imtihan juzuk 4.

Betapa banyaknya nikmatmu ya Allah.

Semoga Aisyah dan kami semua istiqamah.

Semoga semua yang ada niat menghafaz al-Quran akan dipermudahkan olehNya segala urusan.

Amin.

Berjalan-jalan di USS
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Result Exam Sarah Jun 2014

Alhamdulillah.

Dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun untuk Cikgu Sarah al-Hafizah dah keluar.

Jadi saya upload di sini untuk kenang-kenangan dan rujukan di masa akan datang.

Ibu sayang sangat Sarah kerana Allah. :)


Keputusan peperiksaan Sekolah Kebangsaan
Keputusan peperiksaan Sekolah Rendah Agama

Jalan-jalan Zoo Negara
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Juzuk 3

Alhamdulillah...

Bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di bumi milikNya.

Dr Aisyah al-Hafizah
Aisyah lulus imtihan untuk juzuk 3 pada 7 Mac 2014.
Aisyah sekarang meneruskan perjuangan menghafaz juzuk 4.

Adakala ujian melanda jua.
Semoga Allah tanam dan suburkan dalam hati anak-anak ibu rasa cinta untuk menghafaz dan mengamalkan isi kandungan al-Quran.

Ya Allah, campakkan jauh-jauh rasa jemu dan malas dalam hati anak-anakku terhadap al-Quran.

Tajamkanlah fikiran mereka, terangkan hati mereka, lembutkanlah lidah mereka.

Berilah mereka hati dan minda seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Permudahkanlah urusan guru-guru mereka.

Berkatilah mereka dan guru-guru mereka serta semua muslimin dan muslimat.

Amin.

Mulakan hari dengan bismillah. Teruskan berdoa untuk ‪#‎MH370‬.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Juzuk 2

Alhamdulillah...

Segala puji bagiMu ya Allah...

28 Oktober 2013, Aisyah bagitau saya yang imtihan untuk juzuk ke-2 nya telah lulus. Syukur!

Tanpa berlengah lagi dia menuntut hadiah-hadiah yang saya dah janjikan untuknya... hehehe...

Hadiah-hadiah tu dah pon saya order online. Harap sampai cepat ke rumah. Kalau tidak bisingla Dr Aisyah al-hafizah saya ni ;)

Selalu juga dia berkata pada saya yang dia macam tak percaya dah hafaz juzuk 1 dan 2, juzuk amma dan surah-surah pilihan.

Dr Aisyah al-Hafizah
Doa saya sebagai ibu, semoga saya, Aisyah dan adik-adik Aisyah terus kekal istiqamah dalam mendalami ilmu al-Quran. 

Jazakillaahu Khairan kepada semua guru Aisyah yang tidak pernah jemu mendidiknya. Semoga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan urusan kalian.

Amin.

Kelas Permata 2012

Gambar kenangan Sarah semasa bersekolah tadika 5 tahun :)

Semoga Allah memberkati usaha guru-guru yang dikasihi...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Cikgu

Cikgu Sarah al-Hafizah.

Saya memanggilnya begitu kerana kata Sarah dia ingin menjadi guru. Dan saya pula inginkan dia menjadi hafizah ~ in shaa Allah.

Video ini saya ambil di rumah nenek ketika saya merasa lelah untuk mengajar si kembar mengaji.

Alhamdulillah Allah datangkan pertolongan dengan menghantar Cikgu Sarah al-Hafizah.


Sejuk hati ibu =)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Sanah helwah ya Hassan!

Untuk adik Hassan yang diredhai Allah,

"Sanah helwah sakinah mawaddah barakah warahmah"

Sanah helwah sakinah mawaddah barakah warahmah

Saya doakan semoga Hassan menjadi al-hafiz dan pejuang Islam seperti yang dicita-citakan oleh ibu dan ayahmu. Semoga Hassan juga diberikan kesihatan yang baik serta menjadi penyejuk mata ibu dan ayah. Amin!

Entri ini adalah sempena GA yang dianjurkan oleh blog Puan Iryani Ahmad sempena ulang tahun putera keduanya yang genap setahun bernama Hassan. Nama Hassan dipilih sempena nama pengasas parti PM Morsi Mesir, Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Hadiah GA yang sangat menarik menanti 10 orang pembaca blog bertuah. Ianya merupakan sebuah buku yang bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki".

Semoga murah rezeki juga buat Puan Iryani Ahmad sekeluarga :)

Anda nak juga buku percuma Mudahnya Menjemput Rezeki? Jom terjah blog Puan Iryani Ahmad... 

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Islamic Parenting Network

Apabila saya berkongsi tentang entri saya di dalam blog ini yang bertajuk "Aisyah lulus imtihan juz amma =)" di FB group ~ kumpulan alumni IPN, Pn Lina Karim meminta izin kepada saya untuk menulis tentang perihal Aisyah di dinding Page Islamic Parenting Network milik beliau.

Saya memberi izin dengan harapan ianya akan memberi inspirasi dan manafaat kepada ibubapa lain yang sedang berusaha mendidik dan membesarkan anak-anak mereka di zaman moden yang penuh cabaran ini. Di bawah ini adalah caption yang saya ambil daripada dinding Page beliau. Sengaja saya buat entri ini untuk kenangan dan rujukan Aisyah bila dia rasa putus asa atau down ketika menghafaz al-Quran.

Alhamdulillah saya berdoa agar semua ibubapa yang mempunyai cita-cita yang sama dengan saya agar tercapai cita-cita kita semua. Ianya suatu perjalanan yang masih panjang.

Semoga bermanafaat. Amin.

Caption daripada wall Islamic Parenting Network
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Web menarik sebagai alat bantu menghafaz ~ House of Quran

Sedikit perkongsian daripada Pn Lina Karim
(penulis blog http://darwishndarwisya.blogspot.com dan pengasas laman web http://darwishndarwisya.blogspot.com).

Saya just nak share tentang anak-anak saya sikit ni.. Bila dah habis cd juz amma dan surah pilihan dia hafal, tibalah masa nak introduce surah-surah panjang contohnya surah al Kahfi yang 10 mukasurat keatas..
Cara saya..

1. Buka http://houseofquran.com/

2. Klik 'Start Memorization Tool'

3. Pilih Qari Al Afasy contohnya

4. Ambil Surah Al Kahfi Contohnya (Al Kahfi ada 110 ayat).. panjang tu! kalau ulang sampai habis susah nak ingat. Kanak2 belajar dengan repitition.

5. Jika kita nak anak kita baca 15 ayat sahaja secara berulang setiap ayat 3 kali sebelum ke ayat lain atau bagaimana cara pun boleh.

6. Jika mereka tengah main, pasangkan Al Kahfi 1-15 ayat contohnya, tekan butang repeat 100 times. Dia akan ulang cuma 1-15 je sampai 100 kali.

Alhamdulillah anak saya belajar melancarkan bacaan mereka pun guna tool ni. Kalau mereka ragu-ragu, saya akan cakap.. tanya uncle ya. Dia akan click kat ayat tu dan 'uncle dia' akan bacakan satu ayat yang dia click tu je. Senangkan? Kita bawak Imam Masjid Mekah jadik cikgu anak kita. Datang kat rumah lagi tu nak mengajar anak kita.

Alhamdulillah sangat mudah nak mengajar sekarang kerana kita tak perlu mengadap dia ketika mengajar dah. Tak macam dulu kita kena bagi 100% perhatian dan fokus untuk mengajar. Sekarang dah boleh mengajar anak sambil lipat kain or main facebook. Hehe.. gurau je.

Cikgu Sarah al-Hafizah yang rajin membaca al-Quran. Semoga istiqamah...
Semoga bermanafaat!

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Sarah dah naik al-Quran!

Alhamdulillah!

Pada usia 6 tahun 3 bulan, Sarah berjaya khatam iqrak dan memanjat tangga al-Quran. Ibu gembira. Sangat-sangat! Sebenarnya di kelas al-Baghdadi Bandar Tun Razak, Sarah sudah naik al-Quran lebih kurang sebulan yang lalu. Alhamdulillah kali ini Sarah naik al-Quran di Tadika Othmaniyah pula :)

Membuat kraf : Cermin mata 3D di Muzium Kesenian Islam KL
Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu (dan ibu sekali boleh?) terpilih menjadi hafizah. Amin!

Pada cuti sekolah bulan lalu, saya minta izin pengetua Maahad Tahfiz Baitul Ilmi iaitu tempat Aisyah bersekolah untuk menghantar Sarah ke sana. Saya cuma mahukan Sarah merasai persekitaran kelas tahfiz. Alhamdulillah, selama 3 hari Sarah belajar di sana, makan dalam talam dan solat berjemaah bersama pelajar lain.

Sarah dahulunya pernah berkata tidak mahu masuk ke sekolah kakak Aisyah telah berubah hati. Sarah bersetuju dan sangat seronok belajar di sana. InsyaAllah pada cuti sekolah akan datang saya akan menghantar Sarah ke sana lagi :)

Terima kasih kepada tenaga pengajar dan kakak-kakak yang sudi melayan karenah Sarah di sana. Semoga Allah merahmati kalian semua...

Cikgu Sarah al-hafizah :)
 Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Kisah Aisyah dan hafalannya...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk kita semua menemui bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersama-sama kita berusaha untuk berhijrah menjadi yang lebih baik. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan sejarah yang baru dalam kehidupan kita :)

Untuk perkembangan terbaru Aisyah di kelas tahfiz, alhamdulillah Aisyah sudah pon lulus ujian imtihan juzuk 1. Aisyah nampak tidak yakin untuk menghafaz al-Quran. Sejujurnya saya berasa sedikit risau tetapi terus memberi semangat kepada Aisyah. Saya katakan yang dia sangat beruntung kerana Allah telah memilihnya menjadi hafizah.

Ye, ustazah pon kata begitu. Jawab Aisyah kembali dengan agak bersemangat.

Ya Allah campakkan dalam hati anak-anakku rasa cinta kepada al-Quran untuk membaca dan mengamalkannya. Jauhilah mereka daripada rasa bosan kepada al-Quran. Amin.

Malam tadi ketika pulang daripada masjid untuk solat terawih, Aisyah berkata :

"Ibu, tadi kan imam tu baca Surah al-Baqarah tertinggal satu ayat. Aisyah sedar..."

"Oh ye ke... bagus Aisyah ingat hafalan Aisyah " jawab saya sambil tersenyum.

Dalam hati saya berkata, subhanaAllah kuat juga ingatan Aisyah terhadap hafalannya. Semoga ayat-ayat suci tersebut kekal dalam hati Aisyah untuk diamalkan sehingga ke syurga. Amin.

Gambar hiasan: Semasa bercuti di Telok Cempedak :)
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Mengapa dipanggil Juz Amma?

Juz 30 terdiri dari 37 surat dan termasuk juz yang paling banyak suratnya dalam al-Qur’an.

Ia juga disebut juga Juz ‘Amma kerana dimulai dengan kata ‘amma yatasaa alun, terdiri dari surat : An-Naba, an-Nazi’at, ‘Abasa, at-Takwir, al-Infithar, al-Muthaffifin, al-Insyiqaq, al-Buruj, ath-Thariq, al-A’la, al-Ghasyiyah, al-Fajr, al-Balad, asy-Syams, al-Lail, adh-dhuha, Alam Nasyrah, at-Tiin, al-‘Alaq, al-Qadr, al-Bayyinah, al-Zalzalah, al-‘Adiyat, al-Qari’ah, at-Takatsur, al-‘Ashr, al-Humazah, al-Fiil, al-Quraisy, al-Ma’un, al-Kautsar, al-Kafirun, an-Nashr, al-Lahab, al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Naas.

Isi pokok dari juz 30 adalah peristiwa hari berbangkit (kiamat), dalil keesaan, perintah berdakwah, perintah membaca, catatan amal manusia dan kisah bangsa zaman dahulu.

Jom dengar aisyah menghafaz surah an-Naba :)


Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Program Cuti Sekolah

Banner Program
InsyaAllah aisyah akan menghadiri program ini untuk pengisian cuti sekolahnya.

Semoga program ini berjalan lancar dan memberi manafaat kepada semua yang terlibat :)

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Aisyah lulus imtihan juz amma =)

Alhamdulillah...

Panglima Aisyah al-hafizah
Aisyah telah lulus imtihan untuk juzuk 30 (juz amma)

Juz amma mengandungi 37 surah bermula daripada An-Naba' hingga An-Naas.

078. An Naba’
079. An Naazi’aat
080. ‘Abasa
081. At Takwiir
082. Al Infithaar
083. Al Muthaffifiin
084. Al Insyiqaaq
085. Al Buruuj
086. Ath Thaariq
087. Al A’laa
088. Al Ghaasyiyah
089. Al Fajr
090. Al Balad
091. Asy Syams
092. Al Lail
093. Adh Dhuhaa
094. Alam Nasyrah
095. At Tiin
096. Al ‘Alaq
097. Al Qadr
098. Al Bayyinah
099. Az Zalzalah
100. Al ‘Adiyaat
101. Al Qaari’ah
102. At Takaatsur
103. Al ‘Ashr
104. Al Humazah
105. Al Fiil
106. Quraisy
107. Al Maa’uun
108. Al Kautsar
109. Al Kaafiruun
110. An Nashr
111. Al Lahab
112. Al Ikhlash
113. Al Falaq
114. An Naas

Bermakna sekarang Aisyah sudah menghafaz 43 surah termasuk 6 surah pilihan (Ar Rahman, Al Waqiah, Yasin, As-sajdah, Ad Dukhan dan Al Mulk)

Alhamdulillah, tiada kata yang terucap bagi menggambarkan kegembiraan ibu bila menerima berita ini.

Walaupon hanya satu juzuk, perasaan saya sukar digambarkan dengan kata-kata.

Hmm, ada cerita menarik di sebalik kejayaan Aisyah ini kerana Aisyah dapat menghafaz surah Al Buruj dan lain-lain dalam masa yang agak singkat berbanding dengan 6 surah pilihan.

Kelainan ini menarik perhatian ustazah untuk bertanya,

Bagaimana Aisyah dapat menghafaz dengan cepat untuk juz amma ini berbanding surah-surah pilihan yang kamu hafaz sebelum ini?

Lalu Aisyah menjawab,

Ibu selalu memasang radio juz amma jadi sebab itulah Aisyah dapat hafaz dengan cepat.

Oh, jadi Aisyah menghafaz dengan radiolah ye? kata ustazah sambil tersenyum.

Ye, sejak saya menghadiri kursus Seminar Asas Menghafal al Quran Dari Bayi Kaedah DarwishDarwisya pada Julai 2011, saya sentiasa memasang cd bacaan juz amma dari qari Ahmad Saud sebelum anak-anak saya tidur. Jadi mungkin bacaan yang selalu didengari sejak setahun yg lalu itulah yang membantu Aisyah menghafaz dengan cepat (dengan izin Allah).

Syukur pada Allah yang telah menemukan saya dengan Pn Lina Karim. Beliau sudi berkongsi teknik ini dan banyak lagi ilmu keibubapaan lain di seminar dan blog beliau. Terima kasih Pn Lina. Moga Allah berkati Pn Lina sekeluarga :)

Terima kasih juga kepada para guru dan ustazah yang memberi tunjuk ajar kepada Aisyah =)
Moga Allah berkati kalian...

Sekarang Aisyah meneruskan perjalanannya dan sedang menghafaz surah al Baqarah.
Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan Aisyah dan adik-adiknya menjadi seseorang yang bergelar hafizah.

Amin!

PS: Saya sendiri yang mula menghafaz dengan juz amma baru dapat hafaz 4 surah (An Naba’, An Naazi’aat, ‘Abasa dan At Takwiir). Aisyah sudah komplen kenapa ibu lambat sangat ni...
Aduh, kena tingkatkan prestasi! Ya Allah permudahkanlah urusan kami...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Kelas Tamhid al-Baghdadi

Sarah sudah hampir 3 bulan manakala twin hampir 2 bulan ke kelas al-baghdadi di Bdr Tun Razak. Nampak mereka seronok. Semoga Allah permudahkan...

Cikgu Sarah al-Hafizah, Dr Najah al-Hafizah dan Dr Jannah al-Hafizah
Alhamdulillah, Sarah semakin mahir mengetuk dan mengaji. Kakak Aisyah juga menemani mereka di dalam kelas.

Najah dan Jannah pula sangat pemalu di hadapan ustaz. Mereka hanya diam membisu bila ustaz meminta mereka membaca sambil mengetuk abm alat ketuk.

Tapi bila tiba sesi bermain, wah meriah betul saya dengar suara mereka dari luar =)

Berlainan pula dengan di rumah, mereka (twin) mengaji sambil mengetuk (ketuk ikut suka) dengan suara yang kuat sehingga atuk bengang sebab bising sangat... hehehe...

Untuk sesiapa yang berminat mengikut kelas mengaji teknik al-Baghdadi, sila hubungi ATC Bandar Tun Razak, Ustaz Syed Mohd Hasnul - 016-337 3267.  

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Dari hujung ke hujung...

Alhamdulillah... Aisyah dah boleh berenang style frog kick...

Video sebagai bahan bukti Aisyah berenang dari hujung ke hujung ;)


Sekarang aisyah sedang belajar berenang teknik freestyle...
Sarah pula baru belajar teknik frog kick...

Kulit Aisyah dan Sarah juga sudah kurang putih sebab berenang waktu tengahari buta :(
kakak-kakak di madrasah kata aisyah sudah kurang comel....

Help! tengah cari krim yang sesuai untuk melindungi kulit Aisyah dan Sarah semasa berenang...

Untuk pembaca yang bertanya, Aisyah dan Sarah mengikuti kelas renang di Kompleks Renang DBKL di hadapan HUKM. Bayaran untuk pakej 8 kali sebulan - RM100. Bayaran untuk pakej 4 kali sebulan pula ialah RM60. Kelas berlangsung pada hujung minggu sahaja.

No telefon Kompleks Renang DBKL : 03-91316353 

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Jannah dan Najah dah 3 tahun!

Alhamdulillah...

Pada 14 Disember 2013 genap umur si kembar buah hati ibu - 3 tahun.

SubhanaAllah... cepat betul masa berlalu. Terasa baru semalam melahirkan mereka.

Kini, mereka semakin petah bercakap. Lihat sahaja video di bawah yang sempat saya ambil semasa mereka sedang bermain. Waktu ni, mereka tak perasan yang saya sedang mengambil video mereka. Kalau mereka tau, dah tentu mereka tak jadi bermain dan sibuk merebut hp saya pula :)



InsyaAllah, tahun hadapan (2013) saya akan menghantar mereka ke kelas asas mengaji Al-Baghdadi cawangan Bandar Tun Razak. Ada sesiapa yang pernah dengar tentang teknik Baghdadi?

Oh ye, Sarah dan sepupunya Haadif dan Rifqi telah menyertai kelas Baghdadi pada awal Disember 2012 dan mereka nampak seronok pergi ke kelas :)

Ok saya terangkan sikit ye tentang teknik Baghdadi:
( Kredit untuk laman web http://www.dasyworld.com/mengaji-teknik-al-baghdadi )


Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.
Set Alat Ketuk
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Buku TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.
Buku TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
 sebelum terlupa untuk mengetahui cara ini dengan lebih dekat tontonilah Tv ALHIJRAH (114) setiap SABTU jam 8.30am..
Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN!

Untuk sesiapa yang berminat, sila hubungi ATC Bandar Tun Razak, Ustaz Syed Mohd Hasnul - 016-337 3267. 

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template