Jannah dan Najah dah 3 tahun!

Alhamdulillah...

Pada 14 Disember 2013 genap umur si kembar buah hati ibu - 3 tahun.

SubhanaAllah... cepat betul masa berlalu. Terasa baru semalam melahirkan mereka.

Kini, mereka semakin petah bercakap. Lihat sahaja video di bawah yang sempat saya ambil semasa mereka sedang bermain. Waktu ni, mereka tak perasan yang saya sedang mengambil video mereka. Kalau mereka tau, dah tentu mereka tak jadi bermain dan sibuk merebut hp saya pula :)



InsyaAllah, tahun hadapan (2013) saya akan menghantar mereka ke kelas asas mengaji Al-Baghdadi cawangan Bandar Tun Razak. Ada sesiapa yang pernah dengar tentang teknik Baghdadi?

Oh ye, Sarah dan sepupunya Haadif dan Rifqi telah menyertai kelas Baghdadi pada awal Disember 2012 dan mereka nampak seronok pergi ke kelas :)

Ok saya terangkan sikit ye tentang teknik Baghdadi:
( Kredit untuk laman web http://www.dasyworld.com/mengaji-teknik-al-baghdadi )


Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.
Set Alat Ketuk
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Buku TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.
Buku TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
 sebelum terlupa untuk mengetahui cara ini dengan lebih dekat tontonilah Tv ALHIJRAH (114) setiap SABTU jam 8.30am..
Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN!

Untuk sesiapa yang berminat, sila hubungi ATC Bandar Tun Razak, Ustaz Syed Mohd Hasnul - 016-337 3267. 

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

2 comments:

Anonymous said...

tatau la sama ke tak, tp rasanya teknik ni yg guna tanda baca fathah, kasroh, etc ni pernah belajar masa kecik lbh 20 thn dulu,... ustazah xpakai alat ketuk tp rotan pjg.... suami org utara pun beljr teknik sama ... rasanya sgt popular belah kedah/perlis... rasanya lbh mudah guna sebutan tu berbanding alif di atas aaaaa... pjg sgt.. mmg tgh cari org guna teknik ni bbdg iqrak...mcm complicated sgt...wallahualamm... tq for d info...

Farazila Wahab said...

tq for sharing :)

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template