Pohon Solat

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah..

Semalam (8 April 2012) saya dan keluarga diberi peluang oleh Allah untuk belajar tentang pohon solat.

Program diadakan di rumah rakan (Mama Awin) di Shah Alam. Pengajarnya pula ialah Mama Zila dari Telekung Project.

Perkongsian kali ini adalah tentang gambaran solat yang kita lakukan dalam bentuk pohon/pokok.

Ringkasnya, satu pohon pokok seperti di bawah mewakili gambaran solat kita untuk seminggu.

7 hari = 7 dahan.

5 waktu solat = 5 helai daun pada setiap dahan.

Gambar ihsan dari blog Mama Zila
Jika saya solat awal waktu warna hijau segar saya warnakan daun solat,
jika akhir waktu, kuning saya warnakan dan jika 'terhutang' warna daun menjadi kering (coklat).
Begitu juga untuk melatih anak-anak solat.
Aisyah dan Sarah mempunyai pohon solat masing-masing untuk diwarnakan mengikut prestasi mereka.

Jika kami membuat ibadah tambahan seperti solat sunat Dhuha, solat sunat sebelum solat fardhu, mengaji, bersedekah atau lain-lain ibadah, maka ganjaran buah pula akan dilukis pada dahan pohon solat tadi.

Menarik kan? 

Alhamdulilah, kami anak-beranak banyak mengambil manfaat daripada aplikasi pohon solat ini.

Pulang daripada kelas pohon solat, usai mandi dan solat Maghrib, Aisyah terus mewarnakan pohon solatnya. Aisyah sempat pula menunaikan solat sunat sebelum Isyak dan mengulangkaji Surah Lokman usai solat Isyak (terdorong untuk melukis lebih banyak buah di pohon solatnya). Kemudian Aisyah menyambung kerja-kerja mewarna pohon solatnya. Hasilnya.... seperti di bawah. Semoga istiqamah ye Aisyah! Amin...

Pohon solat Aisyah ;)
Selepas Sarah melihat pohon solat kakaknya, Aisyah. Timbul cemburu dalam hatinya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dengan bersemangatnya dia mengambil telekung dan bersolat Isyak. Biar pon solatnya belum sesempurna Aisyah, saya benarkan dia mewarna satu daun dengan warna kuning. Manakala lain-lainnya warna coklat.

Alahai... kesian Sarah. Esok solat rajin-rajin ya!

Pohon solat Sarah :)
Kepada pembaca yang berminat, bolehlah mencuba pohon solat ini... atau mencipta pohon solat sendiri. Saya sekadar berkongsi. Semoga kita semua beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.... Wasalam.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

0 comments:

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template