Belajar Alif Ba Ta...

VCD yang membantu Sarah dan twin mengenal huruf hijaiyah dan barisnya sekali insyaAllah

Alhamdulillah saya mendapat kesedaran untuk mengajar anak-anak membaca al-Quran sedari usia awal kanak-kanak apabila menghadiri Kursus Kaedah Mengajar Al Quran Pada Bayi Dan Kanak-Kanak pada Julai tahun lalu.

Susulan daripada kursus tersebut, 2 VCD di atas saya beli untuk memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah kepada anak-anak saya khususnya Sarah, Jannah dan Najah. Setiap hari, pulang daripada kerja saya akan membuka VCD ini melalui laptop atau televisyen dan membiarkan ianya terpasang walaupon kadang kala ianya tidak dihiraukan oleh anak-anak saya yang sedang sibuk bermain.

Setelah beberapa bulan memainkan kedua-dua VCD ini tanpa jemu, saya mengeluarkan pula flash card huruf hijaiyah dan menyuruh Jannah dan Najah meneka huruf-huruf tersebut.

Agak terkejut juga saya pada mulanya kerana Jannah dan Najah dapat meneka kebanyakan huruf-huruf tersebut dengan tepat. :)

Sarah pula sedang belajar di peringkat Iqrak 1. Dia sudah mengenal semua huruf hijaiyah dan menghafaz surah al-Fatihah dengan sebutan yang agak jelas.

Di sekolah tahfiz, Aisyah sedang belajar di peringkat Iqrak 5. Dalam masa yang sama dia sedang menghafaz surah al-Lokman.

Alhamdulillah.

InsyaAllah saya akan meneruskan merangsang mereka mengenal, mengeja huruf, membaca sehingga dapat menghafaz al-Quran. Moga Allah permudahkan. Amin.

Flash Card - Huruf-huruf Hijaiyah
Seronoknya dapat belon :)

Aisyah, Sarah, Jannah dan Najah semasa di majlis hari jadi di Damansara Perdana

0 comments:

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template