Cepat betul masa berlalu... sekarang dah Julai... dah 6 bulan Aisyah melalui hari-hari persekolahan dalam darjah 1... periksa penggal pertama pon dah dapat keputusan... Open day SKBTR 1 aku siap ambil cuti lagi... excited la kan nak jumpa cikgu dia... for sure nak tau anak dapat no berapa.... hahahaha...
Pagi-pagi dalam kol 8.30 dah sampai sekolah... tunggu giliran... jumpa Ustazah Nurul Shahida... guru kelas Aisyah... hmm... cuba teka aisyah dapat no berapa? No 16 la... hehehe... tapi semua subjek dapat A, kecuali Pendidikan Jasmani... so aku rasa still ok la memandangkan Aisyah duduk dalam kelas pertama daripada 4 kelas... dah tentulah saingan sengit...
Apa yang cikgu cakap? Aisyah ok... makin lama makin pick up... cuma pergerakan tu agak slow... kena laju lagi ye Aisyah... boleh kan? Sebagai kenangan dan rujukan peribadi, aku upload kat sini... senang nak buat perbandingan untuk penggal ke dua nanti... Aisyah u go girl!
Next entry aku cite pasal exam sekolah agama aisyah pulak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment