Kursus Anak Cemerlang - NURY

Berminat pulak nk mengikuti program Nury lepas tengok kt Selamat Pagi Malaysia & baca artikel ni... Sape nk ikut? Jom!

Petikan Dari Mingguan Wanita Keluaran Jun 2003

Adakah anda mempunyai anak yang hiperaktif atau tidak tahu duduk diam? Mungkin tabiat anak anda itu boeh anda atasi jika anda tahu akan puncanya. Tidak semua anak dilahirkan hiperaktif kerana ada sebahagiannya menjadi begitu kerana beberapa faktor seperti sumber makanan dan alam persekitaran.

Ikuiti cerita di bawah, mungkin anda akan juga boleh mendapat manfaatnya.

Waktu kecilnya ibu dan ayah Asraf tidak pernah mengesan bahawa Asraf ada masalah. Mereka mengganggap Asraf anak biasa sungguhpun lambat menjulur, lambat berjalan, tidak pernah merangkak dan hingga sekarang, ada masa-masanya dia menulis terbalik, bercakap terbalik kadang-kadang nampak leka dengan diri sendiri.

Apabila Ainon, ibunya menyebut anaknya lambat bercakap, neneknya sentiasa menyahut "tak usah susahlah, ayahnya pun dulu lambat bercakap, budak-budak ada yang cepat, ada yang lambat." Masalah Asraf hanya ketara waktu dia mula bersekolah. Di dalam kelas, Asraf sentiasa berjalan ke sini dan berjalan kesana. Asraf tidak boleh duduk diam dan dengan itu sering dihukum oleh guru-gurunya. Di runah pula Asraf suka mengusik adik-adiknya. Di akhir tahun satu di sekolah Asraf menunjukkan prestasi yang amat rendah.

Ibu dan ayahnya membawa Asraf berjumpa dengan pelbagai doktor, pakar dan bomoh tetapi keadaannya makin sehari makin teruk. Setiap hari di sekolah, Asraf dihukum oleh gurunya seperti berdiri di atas bangku dan kadang-kdang dikurung dalam bilik kerana sering menganggu kawan-kawan.

Satu hari secara kebetulan ayahnya membeli kerang tiram. Ibunya merebus tiram tersebut dan Asraf serta adik-adiknya berebut-rebut memakannya. Selepas hampir satu jam, perangai Asraf agak luarbiasa. Ibunya terkejut, kerana Asraf boleh duduk menonton dari mula hingga akhir. Pada petang itu, Asraf mengambil beg sekolah dan membuka bukunya satu persatu. Ibu bertanya ayahnya "apa yang ada di dalam kerang yang menyebabkan kelakuan Asraf berubah?" Mereka perlu mencari jawapannya.

Hari esoknya si Ayah membeli tiram lagi, Demikian juga selepas makan tiram Asraf lebih tenteram, tidak terlalu agresif dan tidak lagi mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok.

Secara kebetulan juga ibu dan ayah Asraf menerima risalah tentang Kursus NURY dari seorang kawan sepejabat. Di Nury, ibu dan ayahnya mendapat jawapan kepada persoalan mereka.

Masalah Asraf jelas sekali ialah masalah kekurangan ZINK lebih-lebih lagi dia amat suka makan-makanan yang terlalu mengandungi gula seperti gula pasir, coklat, aiskrim, gula-gula dan kuih. Di dalam biliknya, ayah Asraf menemui satu beg plastik yang mengandungi bungkusan gula-gula. Makanan-makanan seperti ini mengurangkan zink dan menyebabkan tekanan atau stres dan berperangai hiperaktif : tidak boleh duduk diam.

Alahan ini menyebabkan Asraf mengalami dyslexia di mana dia tidak boleh melihat tepat dan mendengar dengan tepat. Itulah sebabnya Asraf membaca terbalik, menulis terbalik dan bercakap terbalik. Keadaan seperti ini menyebabkan Asraf sering dalam keadaan stres. Keadaan tekanan ini lebih teruk apabila orang lain dalam persekitaran hidupnya tidak memahami keadaanya.

Tiram mengandungi banyak zink. Setiap 100 mg mengandungi 14.3 mg zink jika di banding dnegan daging merah yang mengandungi 6.4 mg zink sahaja dalam setiap 100 mg daging merah. Itulah sebabnya setiap kali Asraf makan tiram, dia lebih tenteram, tidak menjerit-jerit dan boleh memberi tumpuan. Di Nury, ibu dan ayahnya dinasihatkan setiap hari mengurangkan jumlah gula, coklat, gla-gula, kuih-muih dan minuman yang bergula sehinga Asraf berhenti sama sekali makanan dan minuman bahan-bahan ini.

Ibu dan ayahnya juga dinasihatkan supaya memberi Asraf vitamin dan galian tambahan termasuk zink. Keadaan Asraf beransur berubah. Sekarang Asraf berumur 12 tahun dan baru sahaja masuk ke sekolah menengah. Asraf merupakan murid yang telah boleh mengikuti ajaran guru-gurunya. Dirumah juga Asraf adalah abang kepada adik-adiknya. Demikianlah cerita Asraf. Dengan izin Allah tiram telah memberi cahaja semula kepada hidupnya. Alhamdullilah...

1 comments:

mamaorg said...

akak, kat mana ni?mcm best je. anak2 kin dah la mcm2 peel. bape kena byr?apa no akak?sms kin boleh. 013 6192921

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template