Hampir setahun rasanya kami tidak bercuti ke mana-mana (kecuali balik kampung) sejak kami bercuti ke Kota Kinabalu pada April tahun lepas. Sejak itu saya rasa agak fobia untuk pergi bercuti kerana pengalaman demam viral sehingga saya perlu berehat di wad selama 2 malam selepas pulang dari KK.
Sejak bibik berhenti juga, saya rasa keberatan meskipon untuk mandi dan berkelah di Sungai Congkak! Desakan Aisyah dan Sarah untuk pergi bercuti di Tiara Beach Resort juga saya biarkan di angin lalu.
Ya, anak saya taklah ramai sangat. 4 orang sahaja. Ianya kelemahan saya. Saya tak mampu nak buat semua perkara dalam satu masa. Sikap suami juga mungkin menjadi salah satu faktor.
Begitupon, bila ibu saudara (belah bapa mertua) menjemput kami semua untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya (sepupu suami) di Kuantan pada Julai ini, nampaknya saya perlu mengalah. InsyaAllah kami akan menghadiri majlis tersebut. Cadangan kakak ipar untuk mengunjungi Bukit Gambang Water Park selepas kenduri pula agak menarik.
Saya diminta menempah bilik hotel dan tiket ke Bukit Gambang Water Park untuk kami sekeluarga. Lebih kurang 11 orang dewasa dan 7 orang kanak-kanak. Alhamdulillah, saya sempat menempahnya di www.everyday.com.my dengan harga yang agak berpatutan bagi saya.
rm79 per person |
2D1N Stay at Superior Room + Breakfast + Entrance Tickets for Kuantan River Cruise Ride + Entrance Tickets to Bukit Gambang Water Park for 2 @ Sempurna Resort Kuantan (Only RM79 per Person)
Saya telah menempah 6 bilik untuk kami semua.
Alhamdulillah... teruja juga saya sebab dah lama tak pergi bercuti.
Semoga Allah permudahkan perjalanan kami.
Amin.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)
0 comments:
Post a Comment