Nak tak anak jadi hafiz/hafizah?

Salam Ramadhan kawan-kawan semua...

Aku ni sejak dulu lagi teringin sangat anak-anak aku jadi hafiz/hafizah... yelah sebab aku sendiri belum mampu jadi hafizah makanya kalau salah sorang je daripada puteri-puteri ku ni jadi hafizah pon dah syukurrrrr sangat2...

Cakap lebih pon tak guna kalau takde tindakan kan... so, 23 Julai lepas aku pon menghadirkan diri ke 'Kursus Mengajar Al Quran pada Bayi dan Kanak-Kanak'.

Sebenarnya aku pernah pergi 'Kursus Al Barqy' sewaktu Aisyah berusia 2 tahun. Tapi bila ustazah tu cakap umur minimum untuk aku start mengajar ialah 4 tahun, aku frust. Sebab aisyah baru 2 tahun. Semangat aku yang berkobar-kobar tu terpadam macam tu je. Bila Aisyah dah 4 tahun, semangat tu ntah ke mana ditambah dengan kehadiran Sarah, hasrat aku tu pon terkubur macam tu aje. Alhamdulillah Aisyah terang hati dan boleh mengaji bila belajar di tadika Othmaniyah sewaktu berumur 5 tahun. Terima kasih kepada ustazah yang tidak jemu mengajar.

Berbalik kepada cerita 'Kursus Mengajar Al Quran pada Bayi dan Kanak-Kanak' pada 23 Julai lepas, aku dapat tau kursus ni daripada link di Facebook. Kalau tak silap daripada Wall Awin.

Jadi bila aku klik link tu terus ke blog www.darwishndarwisya.blogspot.com. SubhanaAllah... terbeliak jugakla bijik mata aku ni nampak tajuk ni...

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun...

Jadi maknanya tidak perlulah aku menunggu sehingga umur anak 4 tahun untuk start mengajarkan?

Banyak sangat-sangat yang aku pelajari daripada kursus selama 5 jam tersebut. Antara yang dapat aku ingati:

1. Tolong jangan bagi anak anda menonton tv tanpa pengawasan. Seelok-eloknya jangan bagi tengok tv terus. Hanya buka vcd/dvd tentang mengenal huruf jawi dan sebagainya. Memang sukar untuk menukar habit anak-anak tapi kalau istiqamah insyaAllah akan berjaya.

2. Doa ibu adalah senjata yang sangat dahsyat. Jangan jemu berdoa untuk anak-anak. Doa yang terang dan jelas.

3. Apabila bayi sudah pandai menyebut ba, maknanya dah boleh ajar huruf ba  la tu :)

4. Pasangkan audio bacaan al-Quran sebelum dan selepas tidur kerana waktu itu kita memasukkan bacaan ke bawah minda sedar mereka.

5. Kanak-kanak lebih suka mendengar bacaan daripada suara kanak-kanak juga. Jadi lebih menarik kalau kita pasang cd bacaan daripada Qari kanak-kanak.

6. Flash Card amat berguna untuk kenalkan huruf kepada kanak-kanak/bayi.

7. Biarlah al-Quran masuk ke jiwa anak-anak sebelum masuknya Ultraman, Superman dan lain-lain pengaruh yang ada kat dalam TV tu. InsyaAllah bila kita ajar ilmu al-Quran, jiwa anak lebih kuat dan mampu untuk menangkis segala godaan duniawi. Takut tak bila baca paper tentang gejala sosial remaja sekarang?

Ada banyak lagi yang tak mampu aku coretkan di sini... berbaloi sangat-sangat pelaburan rm150 tu. Ada juga dijual segala alat bantuan mengajar yang digunakan oleh ibu Darwisya dan Darwisy. Semua ada. Tinggal nak buat dengan tak nak buat aje. Semoga aku istiqamah kali ini. Amin!

Untuk info lanjut boleh layari http://www.islamicparentingnetwork.com

0 comments:

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template