Tiket kapal terbang percuma

Semalam lebih kurang pukul 12.50 tengahari aku dapat panggilan daripada seorang lelaki ni... dia kata nama aku termasuk dalam senarai 100 orang yang terpilih untuk promosi Cuti-cuti Malaysia daripada Tourism Malaysia. Biar Benar! Aku terpilih untuk dapat 2 tiket kapal terbang percuma dan dia tanya gak aku ni dah kawen ke belum? Aku kata "Dah..." Peh tu dia kata kalau aku dtg amik tiket tu dgn laki aku dia akan tambah lagi voucher hotel 4 hari 3 malam. Wow! best gak nih... tapi cuak gak aku... skang kan byk benda2 mcm ni tipu jek...

Pastu dia kata lagi... ni bukan vacation club, x kena bayar apa2... kalau aku tanak pon dia x rugi apa2... huh berlagaknye... dia cuma di lantik oleh Tourism Malaysia untuk uruskan promosi ni. takkan aku tanak pulak... mestilah aku nak! haha... kalau korang pon mesti nak gak kan??? So aku tanya kat dia kt mana nk amik ni? Dia kata kt Bangsar ade, Puchong pon ade. Kalau aku dok Cheras, dia suggest aku p Bangsar le... jumpa dia sendiri. Aku pon on jelah... hari Ahad ni insyaAllah aku dgn ijam jumpa dia. Isk dahla jadual penuh dgn open house kena pi jumpa dia lagi. Tapi kitorang dah bertekad la... kalau diorang suh masuk apa2 atau jual apa2 kitorang akan say NO NO NOOOO... Esok dia akan call aku balik untuk confirm pukul berapa aku nk dtg... jeng jeng jeng suspen gak nih...

2 comments:

afid said...

hati2..kak farah, macam tipu je..

ctfarazila said...

thanks apid... :)

Copyright © 2008 - SubhanaAllah... - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template